Selamat Hari Lahir Sahabat...

>> Wednesday, December 23, 2009

Syukur dirafa'kan terhadap Allah SWT diatas nikmat kesihatan dan nikmat hidup. Pada 23 Disember 1986, dilahirkan seorang putera dari negeri Perak Darul Ridzuan, berjantina lelaki, diberi nama Mohd Alif Junaidi Bin Abdullah. Perkenalan saya dan beliau bermula sejak kedatangan beliau ke bumi Mansurah pada sesi 2007/2008. Baru semalam beliau menjangkau usia 23 tahun bagi tahun ini. Semoga dengan nikmat panjang umur yang dikurniakan Allah diberkati dan diredhoi olehNya. Ini adalah gambar-gambar kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah beliau semalam.

sebiji kek yang dihadiahkan oleh ahli baitnya (Bait Tok Guru) iaitu Us Adham dan Us Amirul Hasim

kegembiraan dan kesyukuran diraikan bersama

umur semakin meningkat ukhwah semakin erat

memasak laksa ketika kenduri di Bait Tok Guru

now we are 23 years old...semoga umur yang panjang diberkati...we pray to Allah to give us Zaujah Solehah...AMEEN!

Read more...

Anugerah Allah di Akhir Zulhijjah 1430

>> Friday, December 18, 2009


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana pada tahun ini dikurniakan seorang insan yang menambah seri kehidupan kami sekeluarga. Pada tanggal 15/12/09 bersamaan 28 Zulhijjah 1430, dilahirkan seorang anak saudara saya yang diberi nama Kauthar. Walaupun saya xdapat tatap wajahnya secara realiti, sudah memadai dan bersyukur dapat melihat gambarnya. Alfun mabruk buat abah dan ummi, dah dapat cucu dan tahniah buat abang dan kakak saya diatas kelahiran anak sulung mereka. Ukirkanlah padanya sebaik-baik ukiran dan didiklah ia menjadi muslimah yang mukminah di sisi agama Islam. Ameen ya Robbal 'Alamin.

Read more...

Secara spontan : Usrah Amali Istad Gama'ah

>> Monday, December 14, 2009

Saling mengenali

Usrah dan ukhuwah

Read more...

Muhasabah Cinta

>> Saturday, December 12, 2009

Read more...

Persepsi Tomyam

>> Friday, December 11, 2009

Tomyam ini andai dilihat dengan menggunakan mata dan aqal pendek pastinya kita akan mengatakan kesedapanya yang tidak berbelah bagi.

Namun, dua keadaan yang akan dirasai setelah kita merasaanya.

Pertama, barangkali ianya sememangnya sedap. Kedua tidak sedap.

Sedapnya tomyam ini setelah kita merasainya sendiri, dan begitu juga sebaliknya tidak sedap.

Sedap dan tidak sedap pula terbahagi kepada beberapa keadaan mengikut citarasa masing-masing.

Nalurinya, sesiapa yang ingin merasainya secara realiti, maka perlulah ianya merasa menggunakan lidahnya sendiri. Bukan sekadar dengar-dengar dari cerita orang lain. Mulut orang lain siapa tahu. takut ajinomoto terlalu banyak dalam tomyam tu, jadi dia akan mengatakan sedap.

Perlukah kita mempercayai??

Read more...

Sentiasa berdoa

>> Saturday, December 5, 2009

Insan sepertiku bukanlah sebaik mereka lain. Namun ingin mengajak teman-teman agar kita sentiasa beristiqomah berdoa. Doa di atas eloklah diamalkan berdasarkan hadis berikut :

" Barangsiapa membacanya dengan yakin ketika malam hari, lalu ia meninggal dunia pada ketika itu maka ia masuk syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari." HR. Al-Bukhari

Read more...

Sayyid Nuh Pendakwah Bersifat Rabbani

>> Friday, December 4, 2009

Kepelbagaian cara, pendekatan dan kaedah bagi masyarakat Islam boleh menjadi individu Muslim yang baik seperti yang disarankan oleh Allah melalui ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”


Maka Allah akan datangkan kepada manusia, pewaris-pewaris bagi tugas-tugas para Nabi dan Rasul yang disebut oleh Nabi sebagai Warathatul Anbiya’, yang menjalankan tugas yang sama dilakukan oleh golongan para Anbiya’ dengan menyampaikan segala yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang keji dan munkar, ia dilakukan semata-mata untuk menyeru manusia seluruhnya untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Demikian apa yang telah diwarisi oleh salah seorang tokoh AL-Azhar yang disifakan sebagai seorang “Pendakwah bersifat Rabbani” kerana kejituan pegangan agamanya yang kental, di samping tidak mudah menyerah kalah kepada keadaan serta melakukan apa yang terbaik untuk memimpin umat menuju jalan yang sempurna, beliau yang dimaksudkan ialah Syeikh Dr As-Sayyid Muhammad Nuh atau lebih dikenali sebagai Sheikh Sayyid Nuh.

Mengenali Sheikh Sayyid Nuh Lebih Dekat

Sheikh Dr As-Sayyid Muhammad Nuh dilahirkan pada 3 Jamadil Awal 1365H, bersamaan dengan 24 April 1946 di sebuah perkampungan Al-Koum At-Tawil dalam jajahan Kufr As-Syeikh di Negara Mesir, datang daripada keluarga yang menetap di pedalaman yang serba dhaif dan kekampungan.

Ayahnya seorang petani dan mempunyai 11 orang adik-beradik, enam lelaki dan lima perempuan hasil daripada 3 orang ibu. Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai tanggungjawab berat dalam memikul amanah keluarga. Berkahwin dengan adik perempuan kepada Sheikh Zain Al-Asy’ari yang juga meupakan kawan baiknya ketika sama-sama belajar di Universiti Al-Azhar dan telah dikurniakan seramai 10 orang anak, Sembilan lelaki dan seorang perempuan.

Menghafaz Al-Quran 30 juzuk semasa usianya lapan tahun, kemudiannya memasuki Maahad Al-Azhar peringkat rendah dan menengah di Kufr As-Syeikh dan mendapat tempat pertama keseluruhan di sekolah dan tempat ketiga di peringkat kebangsaan. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau dapat menyempurnakan tesis PhD di universiti yang sama pada 1976

Guru-gurunya Semasa Belajar Dan Penglibatan Dengan Gerakan

Syeikh Sayyid Nuh memahami situasi keluarga yang serba dhaif dan memerlukan dalam menaja pembelajarannya sehingga ke peringkat yang tinggi. Berkat kesungguhan dan ketabahannya dalam pelajaran, akhirnya beliau berjaya menjulang kecemerlangan hingga akhirnya memperolehi biasiswa daripada Al-Azhar hingga ke peringkat PhD.

Di university, Sayyid Nuh menadah kitab-kitab ilmiah lama daripada guru-gurunya yang amat ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu agama. Beliau berasa beruntung dan bertuah kerana memiliki guru-guru yang sedemikian, beliau juga sempat menghabiskan konsep pengajian “talaqqi” secara langsung daripada awal kitab hingga ke akhirnya dengn penuh kesabaran dan kecekalan walaupun menghadapi masa-masa yang amat sukar.

Antara kitab yang dianjurkan oleh guru-gurunya seperti Syeikh Ibrahim Al-Khamis dan Syeikh Abdul Fattah Sultan untuk beliau baca sebagai persediaan mengambil PhD ia kitab “Ibadat Dalam Islam” hasil tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi dirinya.

Syeikh As-Sayyid Nuh mempelajari ilmu tasawwuf daripada Syeikh Abdus Salam Abu Al-Fadhl, Imam Besar Masjid Al-Abbasi di Al-Mahallat Al-Kubra, dalam jajahan Al-Gharbiyyah. Membaca penulisan-penulisan ilmiah dalam pelbagai pendekatan yang dihasilkan oleh kebanyakan pemimpin gerakan Islam.

Itu adalah salah satu sebab mengapa Syeikh Nuh mengambil inisiatif menyertai gerakan Islam yang akhirnya beliau bergiat aktif dalam gerakan tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk memimpin kelas-kelas pengajian, usrah, dan berdakwah secara berkelompok bagi menyedarkan umat Islam, apatah lagi Mesir, bukan hanya pada zaman kehidupannya, malah hingga ke hari ini tidak dapat menerima Islam dengan baik.

Kerjaya Syeikh Sayyid Nuh Dalam Bidang Akademik

Selepas menamatkan pengajian di peringkat PhD, Sayyid Nuh dipilih untuk menjadi seorang tenaga pengajar di Fakulti Usuluddin, Univesiti Al-Azhar Kaherah untuk beberapa tahun, kemudian dihantar oleh Timbalan Syeikh Al-Azhar waktu itu, Syeikh Rauf Al-Syalabi sebagai Pemangku Dekan Fakulti Usuluddin di Mansurah bagi melengkapkan jadualnya sbagai murabbi kepada mahasiswa di situ.

Beliau mendapat sokongan padu menjawat jawatan itu daripada tokoh ulama Al-Azhar iaitu Syeikh Al-‘Adawi, beliau melepaskan jawatan itu kerana mahu menimba pengalaman berharga di luar Negara tambahan pula ganjaran yang diberikan amat lumayan memandangakan beliau masih memiliki adik-adik yang masih belajar di peringkat menengah dan pengajian tinggi selepas kematian ayahnya kerana sakit tua.

Pada 1981, Sayyid Nuh dipinjamkan ke Fakulti Syariah, Universiti Qatar, di mana dekannya pada waktu itu ialah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Pada 1982, beliau ke negara Emiriah Arab Bersatu hingga 1993 dan kemudian ke Kuwait untuk mengajar subjek hadis di Fakulti Syariah Universiti Kuwait hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sejak meninggalkan Mesir dari tahun 1993, beliau merasa jauh dari ibu kandungnya, hinggalah pada 2003, beliau pulang ke Mesir menjemput ibunya bersama untuk menunaikan fardhu haji dan sebelum pulang semula ke Kuwait, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Darul Fuad di Bandar 6 Oktober di Kaherah hingga meninggal dunia.

Ramai kawan-kawannya sama ada di kalangan pensyarah, mahupun rakan-rakan dalam gerakan Islam, menyifatkannya sebagai manusia yang memiliki sifat Rabbani iaitu sifat ketuhanan kerana sering bangun pada waktu malam untuk bermunajat kepada Allah SWT, membaca al-Quran dengan segala ilmu yang berkaitan dengannya, mulutnya tidak lekang daripada berzikir dan amat meminati membaca buku-buku tulisan para ulama’ muktabar.

Menurut mereka, Sayyid Nuh memiliki penguasaan luar biasa dalam ilmu-ilmu hadis, lebih-lebih lagi tesis peringkat MA dan PhDnya adalah mengenai ilmu hadis. Beliau juga dikatakan menguasai ilmu menganai pemikiran Islam hingga mampu berhujah mematahkan pandangan pihak lawan, menguasai ilmu dakwah dan tarbiah. Justeru beliau dipertanggungjawabkan oleh pihak gerakan, mengandali kelas-kelas pengajian berhubung ilmu-ilmu berkenaan, bukan sahaja secara teori, malah secara praktikal kerana sepanjang berada dalam bidang akademik, beliau menggunakan kesempatan untuk berdialog, berdakwah walau dengan sesiapapun yang beliau temui semata-mata untuk mengembangkan ajaran Islam di muka bumi ini.

Sumber : pmram.org

Read more...

Ada apa dengan Mansurah?

>> Thursday, December 3, 2009

Mansurah kini mempunyai dua Persatuan penting yang menggerakkan dan menyediakan kebajikan kepada Mahasiswa yang bermukim di Mansurah. Pertama adalah Dewan Perwakilan Mahasiwa/wi Mansurah (DPMM) yang dinaungi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, dan keduanya Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) yang dinaungi oleh Perubatan Malaysia Mesir.

Tugas DPMM adalah menjaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Pengajian Islam khususnya, dan Perubatan jika menjadi ahli dan umumnya kepada semua. Persatuan PCM pula menjalankan tugasan mejaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Perubatan seluruhnya yang berada di bumi Mansurah ini.

DPMM telah ditubuhkan oleh Persukutuan Melayu Republik Arab Mesir semenjak tahun sesi 1992/1993. Manakala, Perubatan Cawangan Mansurah telah ditubuhkan pada tahun sesi 2006/2007 setelah disepakati oleh sekalian warga Malaysia yang bermukim di Cawangan Mansurah secara sebulat suara.

Demikianlah, hingga hari ini kebanjiran Mahasiswa/wi Perubatan melebihi jumlahnya berbanding Mahasiswa/wi Pengajian Islam. Hal ini, menunjukkan bahawa mereka tersangat memerlukan kesatuan suara demi melihat kebersamaan di dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah dan memudahkan urusan seruan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagaimanapun tanggungjawab ini perlu digalasi oleh semua penduduk Mahasiswa yang bermukim di bumi Mansurah.

Lihatlah, hari ini Mahasiswa/wi Perubatan khasnya Perubatan Cawangan Mansurah sudah mula bersidang Mesyuarat Tahunannya buat kali ke-empat. Segala permasalah diuraikan di sana. Terlaksananya sunnah bermusyawarah. Masalah diselesaikan, cadangan disepakati dengan berlapang dada. Maknanya kematangan mereka dalam berpesatuan akan bertambah-tambah.

Dalam kebanjiran terlalu ramai. Masalah pasti pelbagai. Segalanya tentu akan diselesaikan dengan cara Islam. Iaitu agama yang sesuai dan menjadi fitrah penerimaan hati-hati ummat Manusia.

Selaku saudara semuslim pastinya turut merasai kepayahan dalam menggalasi tanggungjawab yang maha berat ini.

Selamat bersidang.

Read more...

Cabaran diakhir zaman

Dari Anas RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana orang yang berpegang dengan agamanya laksana menggenggam bara api". (Hadis Riwayat Tarmizi)


Hadis diatas merupakan salah satu petanda akhir zaman yang akan terjadi kepada satu golongan yang akan menegakkan agama Islam lalu dihimpit dan dihalang untuk dilaksanakan. Jikalau diperhatikan, kehidupan sekarang berlakunya mehnah yang pelbagai kepada orang agamawan yang ingin melaksanakan tuntutan Islam sebagai prinsip kehidupan manusia.

Kalau ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Hal ini berlaku akibat suasana sekeliling yang tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya. Seharusnya kita sedari perkara ini sedang berlaku dan kita selaku insan yang inginkan Islam dicernakan dalam kehidupan perlu bertungkus lumus membantu dan mendorong sebaik mungkin agar matlamat dan hadaf yang ingin dicapai oleh Ulama' tercapai.

Sama-samalah kita bermuhasabah...

Read more...

Bahana Fitnah Media

>> Monday, November 30, 2009

Media massa adalah sistem penyampaian maklumat yang menyebarkan berita-berita mengenai apa-apa kejadian yang berlaku untuk diketahui oleh orang awam. Ia bertujuan untuk memberi faham kepada orang awam akan kejadian-kejadian yang berlaku. Disamping itu juga, ia memberi peranan yang cukup penting di dalam menambah pengetahuan baru kepada masyarakat dan umat seluruh dunia.

Akan tetapi peranan media sekarang ini sudah menjadi songsang akibat meletakkan tujuan yang bersalahan dengan tujuan utama mereka. Perkara yang dimaksudkan adalah mereka hilang amanah dalam menyampaikan maklumat terkini, hatta sanggup mengkhianati akan maklumat yang disampaikan. Hal ini terjadi akibat perbezaan fahaman dan fikrah yang menyelubungi jiwa pemberita dan penyampai maklumat. Perkara ini sepatutnya tidak terjadi walaupun sesuatu maklumat itu menyalahi sesuatu pihak.

Baru-baru ini, saya menonton sebuah berita mengenai tokoh politik pembangkang yang dikatakan cuba berdoa agar Najib dan UMNO dimusnahkan oleh Allah SWT. Berita ini disampaikan oleh media TV3 yang sering terpapar di skrin tv di Malaysia. Saya kira berita yang disampaikan ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan sayap politik UMNO. Kenapa saya boleh katakan demikian? Ini kerana saya melihat dalam banyak-banyak isu yang dibawa oleh media TV3 mengenai PAS tidak pernah menyiarkan ucapan-ucapan atau kalam dari pihak yang didakwa sendiri. Adakah adil kalian bersikap demikian?

Kalau anda semua dapat perhatikan, blog peribadi tokoh politik menulis isu tersebut yang agak bersalahan dengan fakta yang diberikan oleh pihak TV3. Adakah TV3 benar atau orang yang didakwa itukah yang benar? Bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri kita?

Sama-samalah kita fikirkan dan saya sarankan kepada TV3 khususkan agar berlaku adil dalam menyampai maklumat semasa. Wallahu Taala A'lam.

Read more...

Ulama' dipinggirkan kerana akhir zaman

>> Sunday, November 29, 2009

Dari Sahl Bin Saad As-Saadi R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan satu zaman di mana para uama' sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang 'Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
(H.R Ahmad)

Keterangan :
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama'. Mereka takut mendekati para ulama', kerana khuatir perbuatan mereka ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun dihadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang sengaja perkara maksiat itu dilakukan dihadapan para ulama' untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat hati orang lain padahal hati mereka adalah seperti hati harimau yang bersedia untuk membaham mangsa dan musuhnya.

Sama-samalah kita merenung keadaan umat kita sekarang ini dan saling bermuhasabah diri.

Read more...

Tahniah sekali lagi buat PMRAM!

>> Saturday, November 28, 2009

Hayyu Sabiek, 27 November - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amat berterima kasih dengan sokongan padu ahli samada Pengajian Islam mahupun Perubatan, dalam memeriahkan dan menjayakan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Musa Ibnu Nusair Haiyyu Sabie' Madinah Nasr, Kaherah hari ini. Kehadiran yang dijangkakan hampir 1200 mahasiswa dan mahasiswi ini turut diraikan bersama oleh beberapa orang tetamu warga Malaysia, Singapura dan rumpun Melayu yang lain. Gema takbir bermula seawal jam 7.40 pagi sejurus selepas warga Mesir menunaikan solat sunat Aidil Adha.Badan Pengurus PMRAM tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengetuai laungan takbir bersama ahli sebagai tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT Sejurus selepas itu, seluruh hadirin menunaikan solat sunat Aidil Adha dengan diimamkan oleh Saudara Mohd Azrul bin Ismail, Naib Presiden 1 PMRAM.

Menjadi tumpuan utama, adalah khutbah yang disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Saudara Abdul Mu`izz bin Muhammad. Antara perkara utama di dalam isi khutbah beliau adalah menyeru dan menyarankan kepada seluruh ahli PMRAM supaya menjadikan kisah pengorbanan 2 kekasih Allah, iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sebagai pedoman dan pegangan bersama. Ahli PMRAM sepatutnya sedia berkorban dalam apa jua lapangan yang memberikan kebaikan dan bantuan kepada agama Islam. Pengorbanan yang berbentuk wang ringgit, tenaga, harta, masa, ilmu, jiwa dan raga semuanya adalah untuk Allah. Saudara Abdul Mu`izz juga turut mengajak para hadirin supaya bersama-sama meneliti dan memahami erti sebenar perayaan ini dengan menyebutkan 2 resolusi yang perlu dimuhasabahkan bersama. Pertama, adalah seharusnya menjadikan perayaan Aidil Adha ini sebagai perayaan untuk muhasabah. Sebagai umat Islam, Aidil Adha adalah lapangan terbaik untuk kita koreksi kembali sejauh manakah pengorbanan kita selama ini untuk Islam? Adakah kita masih lagi miskin dan papa dalam meneladani kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan umat Islam yang agung satu ketika dahulu?. Bertepatan dengan perayaan ini, amat molek dan wajar kita selaku umat Islam bermuhasabah dan sedia berubah dalam memastikan Islam itu adalah segala-galanya. Resolusi kedua yang disebutkan ialah, perayaan ini adalah sebagai mercu dan tanda kita menghayati sifat kesempurnaan Islam. Antara ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan ketika peristiwa Hajjatul Wada', adalah menceritakan mengenai kesempurnaan Islam dan kesyumulannya. Justeru, perayaan ini seharusnya kita bermuhasabah adakah kita menjalani kehidupan kita dengan Islam yang Syumul? Adakah Islam dan Ad-Deen itu benar-benar menjadi cara hidup dan tatacara kita sewaktu kita di sini?. Semua persoalan ini adalah sebagai muhasabah dan kesedaran bersama dalam kita menghayati (Aidil Akbar) Perayaan Terbesar dalam Islam ini.

Khutbah kedua yang disampaikan oleh yang berbahagia Presiden, amat memberikan motivasi dan inspirasi kepada para hadirin. Beliau mengulas akan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. akan kepentingan kita memohon bantuan dan berserah diri kepada Allah s.w.t. Setiap masalah dan hajat seharusnya ditujukan kepada Allah s.w.t. pemilik kepada dunia dan segala isinya. Umat Islam juga wajib mempercayai akan ketentuan baik dan buruk itu adalah daripada Allah s.w.t. Tidak perlu untuk kita risau dan gundah akan rezeki dan keberuntungan kita kerana semuanya telah ditulis olehNYA. Maka tidak ada sesiapapun dimuka bumi ini yang mampu menidakkan mahupun mendahului urusan Allah s.w.t.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dan seluruh hadirin bersalam-salaman dan memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan. Para hadirin turut juga mengambil peluang bersalam-salaman dengan Kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Badan Pengurus dan HEWI PMRAM turut sama mengambil peluang ini untuk bermesra dengan ahli dan saling memaafi antara satu sama lain. Sejurus selepas itu, para hadirin dijemput hadir ke Rumah Kelantan Baru Haiyyu Sabie' untuk menikmati sedikit juadah hari raya.

Di kesempatan ini, seluruh Badan Pengurus dan HEWI PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada BKAN dan DPM yang memberikan kerjasama serta kepada ahli-ahli PMRAM yang hadir ke majlis solat sunat hari raya ini. Badan Pengurus dan HEWI PMRAM juga menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya berlaku kekurangan dan kesalahan samada sedar mahupun tidak. Semoga Ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT.

sumber : http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=746:solat-sunat-aidiladha-anjuran-pmram-meriah&catid=1:pmram&Itemid=63

Catatan : Tahniah buat Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana berjaya mengadakan solat Aidil Adha 1430H di Masjid Musa Bin Nusair Haiyyu Sabi'. Walaupun tahun-tahun sebelum ini pernah dilakukan sedemikian rupa, tetapi pada kali ini ahli PMRAM lebih bertenaga dan bersemangat dalam mendokong PMRAM walaupun dalam keadaan ditekan oleh beberapa pihak.

Read more...

Memori lalu

Kepimpinan DPMM sesi 08/09

Setiap insan mempunyai pengalaman dan memori hidup masing-masing, tetapi memori yang lalu hanya dapat diingati sahaja sebagai kenangan manis ataupun pahit. Tidak boleh diputar semula dengan lakonan atau sebagainya. Kalau ada pun video-video yang merakam memori tersebut adalah tidak sama dengan kehidupan realiti yang berlaku ketika itu.


dalam Dewan Persada Jazirah Al-Ward

di luar Dewan Persada Jazirah Al-Ward

Gambar diatas mengingatkan saya kembali ketika berada di dunia kepimpinan di Mansurah pada sesi lepas. Terdapat pelbagai ragam dan cabaran dalam membawa bahtera kepimpinan ini. Namun kenangan-kenangan yang lepas itu hanya boleh diingat-ingati. Tidak boleh berulang kembali. Bak kata orang "Kelmarin adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah impian".


siap-siap untuk bergambar


Akhirnya, saya mendoakan agar sahabat-sahabat di dalam gambar diatas beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen Ya Robbal 'Alamin...

Read more...

Tahniah Anis Cemerlang UPSR

>> Friday, November 27, 2009

Alhamdulillah syukur kelmarin saya dapat menghubungi keluarga saya di tanah air dan berkesempatan untuk mendengar suara-suara kerinduan dari sanak saudara saya.

Disamping mengucap selamat hari raya dan melepaskan kerinduan, satu berita gembira buat saya juga apabila dapat tahu bahawa adik
perempuan saya (dialah sorang-sorangnya adik perempuan dalam keluarga) mendapat 4A 1B di dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Begitu terkejut saya apabila mendengarnya, maklumlah setakat ini dialah 'ranking' yang mendapat keputusan tertinggi berbanding abang-abangnya dulu. Tahniah bangteh ucapkan! Begitu juga buat Ainin Sofia (sepupu) turut mendapat 4A 1B, tahniah kedua-duanya.

Sebelum ini saya hanya mendengar kabare adik us Kadir mendapat 3A 2B dalam UPSR tahun lepasnya, alhamdulilLah. Hari ini adik sendiri, jadi bertambah-tambah kezutan dan bersyukur!

Seperti kata hukama' Islam : "Barangsiapa yang berusaha keras, dia akan beroleh hasil diatas apa yang diusahakan. Dan barangsiapa yang malas dia akan rugi."

Semoga dalam peperiksaan mendatang pun beroleh kejayaan yang baik sebegini rupa. Akan tetapi ingatlah wahai adikku, kejayaan di dunia tidak semestinya menjamin kejayaan kita di akhirat. Oleh kerana itu, bangteh ingin berpesan agar pertingkatkan amalan dan iman kita didalam kehidupan seharian dan kejarlah keredhoan Allah SWT di dalam hidup kita ini.

وَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا يُظۡلَمُونَ نَقِيرً۬ا (١٢٤

Firman Allah SWT : "Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun."(An-Nisa' : 124)

Nota : Berbaju hijau tua ialah Anis Sofia (Adik) & Berbaju putih bertudung merah ialah Ainin Sofia (Sepupu)

Read more...

Selamat mengerjakan haji dan salam aidul adha

>> Thursday, November 26, 2009

Hari ini adalah yaumu arafah, kita disunatkan berpuasa.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat mengerjakan haji bagi mereka yang mengerjakan haji dan ucapan salam Aidul Adha kepada semua.

Moga-moga haji yang dikerjakan dikurniakan haji mabrur. Dan kita yang tidak berpeluang ke sana lagi didoakan di masa mendatang diberi kesempatan. Juga mudah-mudahan sambutan raya korban kali ini benar-benar kita hayati dengan sebenar-benarnya ibadah korban tersebut.

Read more...

Imtihan dah dekat?

>> Monday, November 23, 2009

Rumah kata pergi la, kuliah kata mari

Soalan untuk diri
Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi imtihan semester pertama? Apakah persediaan yang kita telah lakukan? sudahkah kita membaca buku? sudahkah kita cuba mengkhatamkan kitab-kitab yang telah kita beli? berapa kali kita ke kuliah? jika ada bahas, adakah kita selesaikanya? berapa kali kita hubungi keluarga supaya mendoakan agar diberi kejayaan dunia dan akhirat? berapa kalikah kita solat hajat dan doa untuk kejayaan sahabat-sahabat kita dan untuk kita?

Soalan ini saya tujukan untuk diri sendiri dan semua.

Read more...

USMB dan mahasiswa baru

>> Thursday, November 12, 2009

Assalamualaikum WBT, kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana diberi ruang untuk menulis dan menggerakkan hati untuk menulis walaupun sebenarnya diri ini seorang yang cukup malas dalam penulisan.

Baru-baru ini, keadaan di Mansurah menjadi riang apabila menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi yang baru apatah lagi bumi Mansurah menjadi pendidik ulama' pilihan dikalangan mereka untuk membentuk jiwa dan semangat pejuang-pejuang agama Allah SWT. Keadaan tersebut disambut baik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi yang lama berada di bumi Jazirah Al-Ward ini. Suasana ukhwah timbul dikalangan mahasiswa dan mahasiswi lama akibat ukiran senyuman yang dilontar diantara satu sama lain. Mabruk diucapkan kepada pihak USMB kerana dapat menghasilkan pertemuan yang cukup indah ini. Selain itu juga, pihak pengurusan USMB dapat memberi kerjasama yang baik dari pelbagai sudut antaranya kesatuan, penjagaan keselamatan dan pendedahan maklumat sekitar.

Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada mahasiswa mahasiswi yang baru tiba di bumi Mansurah dengan harapan agar kalian dapat menjadi seorang pujangga Islam yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Sepertimana petikan dari ucapan Us Azlan Bin Haji Alias yang merupakan wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir pada hari pentauzi'kan tersebut. Beliau mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi baru ini dapat menjadi seperti benih yang dibuang di dalam lautan luas dapat menghasilkan pulau dan jika dilempar di daratan dapat menjadi seperti bangunan KLCC. Semoga harapan beliau dan harapan semua pihak dapat dicapai oleh kalian dan menghasilkan satu jentera penggerak yang bermutu buat ISLAM.

Read more...

Sayangnya PMRAM kepada mahasiswa baru

>> Tuesday, November 10, 2009


Hari ini kita lihat PMRAM semakin ditohmah dengan begitu mencabar tambahan pula dikaitkan dengan isu politik yang berlaku di Malaysia mahupun Mesir. Namun, hakikatnya, dari dulu hingga kini PMRAM sentiasa basah dengan tuduhan, tohmahan serta fitnah-fitnah demi untuk menjatuhkan PMRAM di Mesir. Akan tetapi hasrat buruk lagi dengki itu masih belum tercapai selagi mana kekuatan ahlinya yang komited mencecah ribuan angka itu bersatu bernanung di bawah PMRAM. Ditambah pula fitnah-fitnah yang bertaburan pada PMRAM itu tidak didahulukan dengan bukti yang jelas dan kukuh. Hal ini mencelikkan lagi mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini.

Baru-baru ini, PMRAM telah mengadakan satu ujian khas bagi mahasiswa baru. Ujian ini adalah semata-mata untuk membantu mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar yang baru datang mendapat pendedahan awal mengenai imtihan qabul yang dianjurkan oleh Al-Azhar itu sendiri. Seperti yang dimaklumkan, kehadiran mereka mencecah 400 orang mahasiswa yang mana mereka ini berkobar-kobar dan bersemangat untuk menghadapi imtihan tersebut. Pelbagai pendapat dan pandangan dari pelajar-pelajar ini mengenai imtihan qabul yang bakal berlangsung. Apapun kesungguhan PMRAM dalam mengambil satu waktu kepada mereka dengan mengadakan ujian ini menampakkan kasih sayang PMRAM terhadap mahasiswa baru ini.


Sila layari http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=721:450-orang-mahasiswa-baru-membanjiri-rumah-johor-rabaah&catid=1:pmram&Itemid=63

Buat akhirnya, saya ingin ucapkan tahniah kepada pimpinan PMRAM diatas program yang dianjurkan. Jangan berputus asa, Allah Maha Menghitung. Teruskan usaha kalian. Takbir!!

Read more...

Tahniah Sahabatku Mujahid

>> Monday, November 9, 2009

Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke anak cucu

Firman Allah SWT : "Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir". (Ar-Rum : 21)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Merancang segala sesuatu dan Dialah yang sebaik-baik perancang. Kesyukuran dirafa'kan juga kepada Allah SWT kerana aku dapat melihat seorang sahabatku dari negeri jiran iaitu Perak menjadi seorang suami kepada serikandi pilihannya. Walaupun kenduri yang diadakan tidak dapat aku hadiri tetapi harapan dan doa mengiringi kedua-dua mempelai yang segak dan bergaya ini.

Mujahid merupakan seorang sahabat yang sebaya denganku yang hadir ke bumi Anbiya' bersama-sama satu ketika dahulu. Telatah dan kerenahnya mula aku kenali ketika kami bersama-sama belajar di sebuah Pusat Bahasa Arab Nilampuri sebagai persediaan untuk belajar di Ardul Kinanah ini. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan dari sekolah Maahad Muhammadi di Kelantan dan beliau begitu aktif di dalam persatuan sehinggakan pernah dilantik menjadi exco di Pusat Bahasa Arab Nilampuri Kelantan.

Keaktifan beliau tidak dapat dipisahkan dari jiwanya semasa keberadaannya disini sehinggakan beliau dilantik menjadi YDP di BKAN Perak. Satu anjakan paradigma dapat aku lihat dari dirinya untuk menjadi seorang pemimpin berjiwa murabbi. Tambahan pula sekarang ini sudah menjadi seorang suami yang akan mendidik isteri dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhoi Allah. Semoga sunnah Nabi yang dilakukan ini mendapat satu kekuatan dalam jiwa untuk terus beriman kepada Allah SWT. Seperti sabda Nabi SAW yang menyebut bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman, maka setengahnya lagi adalah dengan taqwa kepada Allah.

Alfun Mabruk diucapkan kepada Mujahid, lepas ni sapa yang nak kawin? Doakan sahabat-sahabat yang belum kawin nie plak ye...Moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Read more...

Pengalaman yang mendewasakan

>> Sunday, November 8, 2009


Firman Allah SWT : "Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal". (At-Taubah : 51)

Setiap insan berbeza kehidupan mereka mengikut ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Dan kita perlu bergantung harap pada Allah SWT sepenuhnya tanpa bergantung harap pada makhluk lain dengan harapan agar Allah meringankan bebanan yang dialami. Sememangnya itulah sikap orang mukmin yang sentiasa bertawakkal pada Allah SWT.

Dikesempatan ini, suka ana menyebut berkenaan abang-abang dan kakak-kakak lama yang berada di Mesir umumnya dan Mansurah khususnya. Kalimah abang-abang atau kakak-kakak lama ini begitu sinonim dalam jiwa Azhari dan mereke seringkali dikenali ramai sehinggakan dihormati oleh adik-adik yang datang selepas mereka.

Keberadaan mereka di sini bukanlah satu fitnah dikalangan Azhari, tidak seperti pandangan pihak-pihak yang lain berpandangan negatif terhadap mereka. Mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang hanya boleh dinilai oleh orang yang mendampingi mereka. Ketabahan mereka dapat kita perhatikan bersama, dalam menempuh ujian hidup dan tidak pernah merasa kecewa akan takdir yang menentukan nasib mereka. Apatah lagi menyalahkan takdir yang Maha Esa.

Secara terus terangnya, keberadaan mereka di sini mematangkan lagi mahasiswa Al-Azhar yang menjadi pucuk muda dalam membentuk peribadi sebagai Ulama' Azhari. Tanpa mereka, kematangan selaku orang lama tidak dapat disalurkan dengan baik dalam membentuk biah mahasiswa yang matang. Sekurang-kurangnya mereka dapat mentarbiyah diri dan jiwa orang-orang muda di sini.

Selain itu juga, keilmuan mereka juga tiada tolak bandingnya. Jika dilihat dari sudut menggapai kejayaan dalam peperiksaan, kemungkinan mereka tidak dipilih untuk berjaya 'ala tul. Akan tetapi, didalam diam-diam ubi, ilmu yang berada di dalam tubuh mereka tidak dapat dihitung bahkan lebih hebat dan perkasa berbanding dengan golongan yang najah 'ala tul. Hal ini terbukti dengan pengisian tenaga pengajar di dalam pentas-pentas pengajian adalah dari golongan abang-abang lama di sini. Saya kira tidak perlu menyebut siapakah mereka itu, saudara dan saudari boleh menilainya sendiri dan berkemungkinan sahabat-sahabat sekalian dapat menjadi seperti mereka bagaikan permata di dasar lautan.

Read more...

3J di dalam diri

>> Friday, November 6, 2009

Jami' = masjid | Jami'ah = Universiti | Jam'iyyah = persatuan


Dalam situasi kita selaku mahasiswa sekarang ini, kita perlu menanam 3J dalam diri kita untuk menjadi seorang pejuang agama Allah SWT. Konsep yang disebut ini dikira satu benda yang cukup sempurna bagi merealisasikan Daulah Islamiah berdaulat di muka bumi.

Peranan masjid adalah sebagai instistusi pembinaan rohani yang menjadi benteng kekuatan ruhiyah diri. Dengan berpegangnya konsep ini, diri kita dapat membentuk akhlak yang baik dan terpuji, serta iman yang kukuh.

Peranan universiti adalah sebagai institusi untuk menimba ilmu sedalam yang mungkin bagi menjana kefahaman Islam yang syumul sebelum merealisasikannya.

Adapun konsep yang ketiga iaitu persatuan, ia merupakan satu peranan yang penting bagi merealisasikan konsep ruhiyah yang disemai melalui jami', ia boleh diadaptasikan melalui medan ini. Begitu juga dengan konsep yang kedua (universiti). Dengan adanya persatuan, ilmu yang dipelajari di jami'ah dapat direalisasikan di dalam persatuan. Oleh itu, konsep yang disebutkan diatas mempunyai kaitan diantara satu sama lain lantas memberi impak yang begitu besar dan positif terhadap diri sendiri, masyarakat dan Islam.

Read more...

Tepuk dada tanya iman

>> Thursday, November 5, 2009


Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan satu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.”

Hakikat kehidupan sekarang, rata-rata insan yang berada di sekeliling kita masih lagi tidak memahami konsep perubahan pada diri. Ada yang menyalahkan faktor kejadian padahal ianya datang dari perbuatan diri sendiri, kuasa perubahan tersebut mampu dilakukan oleh jiwa-jiwa mereka. Akan tetapi akibat “ego” mereka sanggup menyalahkan kejadian Sang Pencipta.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap anak Adam terdapat kesalahan yang dilakukan samada terhadap Sang Pencipta atau sesama makhluk. Akan tetapi kesalahan tersebut perlu ditebusi dengan amalan taubat yang diajar oleh Islam. Bukan dengan memberi dakwaan bahawasanya perkara keji yang dilakukan itu adalah dari ketetapan Ilahi yang tidak dapat di ubah.

Firman Allah SWT : “Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”

Dengan ayat ini sudah cukup jelas kepada kita bahawasanya Allah SWT tidak menzalimi makhlukNya sendiri.

………………………………………………………………………

Perubahan pada diri merupakan sikap yang digalakkan di dalam Islam, konsep ini boleh dikenali dengan kata lain iaitu “hijrah”. Perkara ini dinukilkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW di dalam peristiwa hijrah dengan membawa golongan-golongan mukmin di Mekah ke Madinah.

Ulama’ Islam juga menafsirkan istilah hijrah ini dengan definisinya iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain atau berpindah dari perkara yang buruk ke perkara yang baik. Alangkah indahnya Islam ini, memberi ruang kesempatan pada ummatnya untuk merubah diri sendiri.

Sedarikah kita setakat mana pengamalan yang kita lakukan di dalam saki baki kehidupan kita pada hari ini? Adakah iainya mencukupi bagi kita untuk bertemu dengan Allah SWT dengan rasa diri ini cukup sempurna dengan amalan-amalan yang baik? Tidak dinafikan terkadang kita menjadi khalal dalam perkara-perkara ini.

Jadi, ingatlah masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri kita yang lemah ini selagi mana masih ada peluang untuk kita hidup di bumi Allah SWT ini. Ayat Allah SWT yang berbunyi :

“Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera mengingati Allah SWT, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (135)

Balasan bagi mereka adalah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (136) (Ali Imran)

Sedarilah bahawasanya pengampunan dari Allah cukup-cukup luas dan terbuka bagi orang-orang yang ikhlas denganNya.

Read more...

Musim Sejuk

>> Tuesday, October 20, 2009

Gambar Jaulah Sinai 2008

Sejak semalam musim sejuk di bumi Mesir ini kian dirasai. Nikmat ini perlulah kita syukuri. Nikmat empat musim yang di anugerahkan tidak nilaian melainkan merafa'kan rasa syukur dan sentiasa beriman kepada-Nya.

Allah maha pemurah dan penyayang menanugerahkan nikmat dunia sementara demi melihat sejauh mana keimananan kepada-Nya. Seluruh ummat merasai nikmat dunia ini. Namun bezanya apa yang telah Allah anugerakan kepada ummat Islam adalah nikmat Iman dan Islam. Bertambah syukur supaya dikekalkan nikmat sangat bernilai berbanding nikmat lain.

Terkenang aku bila melihat gambar-gambar sepanjang keberadaan di bumi Mesir. Bila menjegah gambar ketika bermusim sejuk terasa kesejukan. Bila menjengah gambar ketika berada di musim kepanasan Allahurabbi kepanasan dikenang. Kesemuanya adalah nikmat supaya aku tidak mengeluh menyoal. Kenapa sejuk sangat..? eh kenapa panas sangat..? cukup dengan berkata syukur.

Tiada persoalan lagi. Hanya lafaz syukur yang perlu diungkapkan...

Read more...

Pertemuan PMRAM -JPMK, PMRAM minta penjelasan

>> Saturday, October 17, 2009

14 Oktober, Kaherah - Satu pertemuan antara wakil PMRAM dan BKAN dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) Prof. Dr. Jamil bin Hasyim telah diadakan di bilik tetamu bangunan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Pertemuan yang bermula pada pukul 9.15 pagi tersebut dihadiri oleh beberapa Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime selaku Pemangku Presiden PMRAM. Beliau ditemani oleh Saudara Mohd. Azrul bin Ismail Naib Presiden 1, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Naib Presiden 3 dan Saudara Mohd. Yazid bin Pardi Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa.


Perjumpaan yang mengambil masa hampir 2 jam tersebut membincangkan tentang isu menggagalkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah oleh JPMK. Beberapa orang Badan Pengurus serta YDP BKAN yang hadir meminta penjelasan tentang beberapa tuduhan yang tidak berasas oleh pihak JPMK terhadap majlis yang akan dijalankan.

Kata Saudara Mohd. Azrul bin Ismail selaku Timbalan Pengarah 1 bagi program tersebut, beliau mendapat makluman daripada pihak pengurus dewan ACC (Azhar Conference Centre) tentang satu faks yang dihantar oleh pihak JPMK kepada wakil Al-Azhar As-Syarif meminta supaya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dibatalkan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana PMRAM melaksanakan program tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak JPMK. Lebih mendukacitakan lagi apabila surat faks tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Jamil bin Hasyim sendiri.

Dalam pertemuan tersebut beberapa tindakan dibincangkan dan dipersetujui oleh kesemua ahli mesyuarat yang hadir. Antara tindakan yang dipersetujui bersama ialah Prof. Dr. Jamil bin Hashim bersetuju untuk menghadiri satu sesi dialog terbuka di hadapan semua mahasiswa dan mahasiswi bagi menjelaskan keraguan dan kekeliruan di kalangan mahasiswa terutamanya peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini. Sesi dialog tersebut akan dimaklumkan kemudian oleh pihak PMRAM.

Selain isu Kutub Sittah ini, beberapa isu lain dibangkitkan untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci. Antaranya ialah kebajikan mahasiswa baru yang terabai. Mereka dibiarkan tinggal sesama sendiri dan dilarang untuk bercampur dengan abang-abang lama disini. Hal tersebut telah menyebabkan mereka ditipu oleh orang arab dalam beberapa perkara. Isu ini dibangkitkan oleh Saudara Mohd. Ridhwan bin Abu Bakar YDP Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu dan Saudara Mohd. Hanafi bin Zulkapli YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.

Sebelum bersurai,Saudara Shahrizan selaku Pemangku Presiden mengharapkan agar pihak JPMK merujuk PMRAM terlebih dahulu sekiranya mendengar desas desus ahli terhadap program PMRAM yang akan dijalankan. Tindakan yang tidak professional akan menyebabkan jatuhnya mutu gerak kerja yang dijalankan. Lebih-lebih lagi apabila tindakan tersebut dilakukan oleh pihak yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

http://pmram.org/

Komen saya : Apakah mereka iaitu JPMK hadir bertugas di sini bagi memudahkan Para Pelajar untuk menuntut ilmu? fikir-fikirkan..bagi saya, jika perkara sebegini berlaku amat menyulitkan lagi ada la....

Read more...

Belajar dan berbakti

>> Friday, October 2, 2009

Buat pertama kalinya cuba brjinak-jinak menjejaki untuk menjadi pengerusi majlis peringat pesatuan pusat PMRAM. Sebuah pesatuan induk di bumi Mesir yang banyak berjasa menjaga seluruh mahasiswa dan mahasiswa yang berada di bumi Mesir ini, tanpa mengira latar belakang kepartian politik. Apabila disebut pertama kali, semestinya banyak kekurangan yang berlaku semasa berinteraksi dengan hadirin yang ramai begitu rupa.

Meskipun begitu, saya masih diperingat baru belajar. Ya. Memang baru belajar untuk bidang ini. Walaupun sebelum ini pernah juga jadi Mc untuk majlis-majlis, tapi main hentam saja. Buat kali ini memang dilatih.

Sewaktu majlis EGP '09 berlangsung dibuka oleh pihak PESAT PMRAM bagi yang berminat untuk latih diri menjadi Pengacara majlis, Moderator, Juru hebah dan sebagainya dinamakan sebagai Voice of PMRAM. saya memang berminat untuk sumbangkan tenaga bahagian ini. Jadi, saya daftarkan untuk temuduga diri. Akhirnya dipilih.

Alhamdulillah boleh belajar dan berbakti.

Read more...

Kelewatan mengucapkan aidilfitri 1430

>> Monday, September 21, 2009

Rasanya agak keterlewatan saya dalam memberi ucapan salam aidilfitri 1430 buat semua, namun hari ni alhamdulillah kesempatan diberikan, akhirnya sempat jua.

Hari ni sudah masuk raya kedua iaitu 2 syawwal 1430H yang tentu masing-masing masih lagi sibuk dengan kunjung mengunjuk antara satu sama lain, termasuk menyediakan juadah buat tetamu. Mudah-mudah dalam kesibukan kita tidak melupakan diri untuk persediaan berpuasa 6 hari di bulan syawwal.

saya tidaklah berniat untuk memanjangkan tulisan kali ini. Jadi, buat akhirnya saya ingin megucapkan salam aidilfitri maaf zahir dan batin" Kullu sanah wa antum bikhair", terutama buat kelurga tersayang, rakan-rakan di Mesir ni, serta seluruh warga Malaysia yang mengenali.

Sekali lagi maaf tersangat-sangat buat semua jika saya ada melakukan kesilapan, terkasar bahasa, amanah tidak tertunai dan sebagainya.

sekian saja
Amin Taufiq Mohd Rifain
Tahun Empat,
Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mansurah, Mesir.

Read more...

Umur meningkat

>> Monday, September 14, 2009


Kini umur sudah pun menjangkau 23 tahun selepas melepasi tarikh 10 September 2009. Pastinya masih bergelar kategori "syabab". Doakan moga aku dipanjangkan umur dengan penuh ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

sekian. Wassalam

Read more...

Di mana saja ramadan tetap dirai

>> Tuesday, September 8, 2009


"Sejuk hati kami..!". Bila melihat gambar ahli bait kami yang sentiasa mendekati Al Quran dan menhayatinya dalam kehidupannya, biarpun beliau sering bermusafir dek kerana tugasan yang perlu diselesaikan di sana. Kami pada peringkat awal agak membimbangi jika hanya beliau bermusafir kosong tanpa pengisian jiwa. Namun dikhabarkan beliau di sana lebih pada itu sentiasa dengan majlis-majlis ilmu yang disediakan sepanjang ramadan. Alhamdulillah syukur.

Jangan marah Talha ana menulis pasal anta. Kerana anta harapan Islam. hehe

Bagusnya walaupun beliau sentiasa bermusafir dan menyelesaikan tanggungjawab yang diamanakan kepada beliau. Tetap beliau tidak melupakan keperluan beliau di bumi Mansurah ini.

okkkkes...dah nk pergi berbuka di Masjid Sa'ah Madinah Salam....jemputan khasss...

Read more...

Berbuka di Pelembahan Nil

>> Saturday, August 29, 2009

Beginilah keadaan Ramadhan yang kami sambut di Pelembahan Nil ini. Suasana yang sememangnya meriah tiada bandingan di tempat lain. Sikap dan cara hidup arab di sini akan berubah dan cukup berbeza berbanding di bulan-bulan lain. Berubah segalanya menjadi baik soleh solehah.

Undangan warga Malaysia untuk iftor iaitu berbuka puasa bersama samada di masjid atau rumah mereka sudah menjadi rutin sejak dahulu kala. Menunjukkan masyarakat arab masih lagi raspek Mahasiswa Al-Azhar mahunpun Perubatan yang menuntut ilmu di sini. Jadi jangan buat perangai yang membuatkan tidak jemputan selepas ini. Pendek kata jaga sikap dan jangan tunjuk kaya.

Alhamdulillah syukur kita dikurniakan jemputan sebegini bahkan jemputan dengan penuh terhormat di penginapan Mahasiswa Malaysia dengan kenderaan yang disediakan mereka. Terkadang diberi lagi wang sumbangan sekitar LE 50 seorang. Ditambah pula dengan sedekah barang-barang seprti gula, beras, minyak dan lain-lain. MasyaAllah berkat bulan ramadan.

Kita perlu syukuri dan terus berdoa agar kesatuan kita terus utuh tanpa dipecah belahkan oleh mana-mana pihak.

Sayang DPMM.

Read more...

Basikal

>> Wednesday, August 26, 2009

Basikal sering hilang sejak akhir ini. kenapa? saya pun agak kepelikan. Apakah kita tidak menjaganya dengan baik?. Timbul spekulasi yang pelbagai oleh rakan-rakan yang memliki basikal di sebuah tempat pengajian Universiti Al- Azhar Cawangan Mansurah di sini.

Eh kenapa saya membawa cerita tetang basikal pula sebagai entry di ruang blog ini? mesti pembaca blog agak pelik. Mungkin juga akan membosankan. Maaf ya! jika tidak mahu membacanya sila abaikan.

Basikal yang dipamerkan di atas juga turut hilang. Basikal ini menurut sejarahnya, apa yang saya dengar dari mereka yang telah lama berada di Mansurah Mesir ini banyak pemiliknya. Ianya juga banyak berjasa memudahkan urusan membantu pesatuan serta kerja-kerja lain. Sehinggalah berakhir pemiliknya oleh Us Zuhdi maka hilang..".

Tidak menjaga dengan baik. "Bukan! kata mereka yang biasa hilang basikal. Bila dijaga terlalu baik lagi hilang. Tidak dijaga buat biasa-biasa tidak hilang pula". Apa pun kita perlu usaha menjaganya dengan baik.

Inilah yang dinamakan TAQDIR.

Read more...

Kering

"Ingin menjadi pendokong dan pejuang Islam perlu bersedia menjadi kering. Itulah kalam semangat yang penah disampaikan beliau buat kami. Apakah kita tidak bersemangat mendengar kalam seperti ini?. Mungkin ya sebab bukan semudah itu untuk kita mengeringkan diri berdepan dengan cabaran yang kita terima sendiri. Ianya sudah pasti memerlukan kepada pengisian jiwa yang mantap.

Sebab apabila kita sedia berjuang maka kita perlu sedia terima mehnah dan tribulasi yang menimpa. Kerana sudah pasti ada yang akan bercakap, mengkritik, mengherdik, perli dan sebagainya. Jika kita lemah! maka kita akan kecundang terus berputus asa. Sedangkan ini merupakan ujian sahaja.

Jika dibaca sirah Nabi juga banyak ujian.

Ramadhan juga mengajar kita menjadi kering, tabah dan sedia berkorban apa saja. Ditambah lagi kerja yang perlu dilaksanakan dalam keadaan lapar dan dahaga.

Proses pengeringan diri ini perlu dibiasakan agar kita lebih mudah bergerak untuk melaksakan kerja-kerja Islam serta terus mengharapkan keredhaan Allah S.W.T diakhirat kelak.

Read more...

Selamat berta'ruf

>> Monday, August 24, 2009

Sempena Ramadhan yang mulia ini pimpinan DPMM bersama Ahli Jawatankuasanya dan Ahli Jawatankuasa HEWI akan berta'ruf dan membentangkan peraturan untuk ahli DPMM serta berbuka bersama ahli. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kita sama-sama menghadiri agar sama mengenali secara lebih dekat dan memberi segala pandangan demi memantapkan DPMM untuk masa hadapan.

Walaupun secara zahirnya kita dalam kepenatan menunaikan ibadah puasa. Semoga kehadiran kita menjadi ibadah.

Ok selamat berta'aruf.

Read more...

Selamat menyambut Ramadhan al- mubarak....

>> Thursday, August 20, 2009

Hakikatnya tahun ini aku masih berpuasa dan beraya di bumi Mesir. Bersedih dan berkenyang bersama rakan-rakan seperjuangan yang menuntut ilmu di sini. Terbayang juga kadang-kadang alangkah indahnya jika dapat menyambut Ramadhan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia. Tetapi inilah nasib seorang perantau dan penuntut ilmu Allah dalam menempuhi kehidupan. Semuanya bercampur baur diantara sedih dan gembira.


Semalam mendapat satu sms yang dikatakan Mesir akan mula berpuasa pada hari Sabtu. Hanya berbaki sehari lagi untuk menempuhi dan menikmati azimat bulan Ramadhan yang sangat mulia. Wah..bila difikirkan semula best juga setiap tahun dapat menyambut kedatangan Ramadhan di bumi Mesir yang barakah ini. Cuma waktu sedihnya raya ja la..Di takbir mengingati Allah ketika itu dengan alunan yang cukup bermakna sehinggakan teringat saudara2 di kampung halaman. Apa2 pun, sambutan menyambut Ramadhan di bumi barakah ini sangat2 meriah berbanding dengan suasana di Malaysia yang hanya meriah menanti kedatangan Syawal. Suasana di sini pun akan berubah menjadi biah solehah ketika Ramadhan. Saksikanlah kehidupan masyarakat arab di sini ketika menyambut Ramdhan Al-Mubarak.

Akhir sekali, ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa dituju kepada semua yang mengenali diri ini..

Kullu am Wa antum Bikhair..

Read more...

Kepulangan Labib dan selainnya

Kepulangan Labib agak berbeza dengan rakan lain yang belajar di Mansurah iaitu hanya berwida' di kaherah sahaja. Bahkan, dalam kelam kabut baru selesai EGP' 09. Begitulah keadaan kesibukan selaku selaku seorang hamba yang telah diberi amanah yang amat berat, tidak berkesampatan memikirkan pengurusan peribadi. Namun, masa yang ada tidak lain tidak bukan hanya untuk Islam.

Bagi yang lain, rugi rasanya masa 24 jam yang diperuntukkan hanya kita selesai dengan masalah peribadi sahaja. Ada yang ingin melarikan diri dari kesibukan membantu sesama kita. Akhirnya sibuk juga sebenarnya.Timbul masalah sini dan macam-macam. Sebab Allah mampu menyibukkan walaupun kita cuba melarikan diri..!

Kembali pada cita si Labib kita ni. Maklumat yang saya dapat beliau juga diantara yang pulang dengan hajat yang besar adalah untuk mendirikan rumah tangga di Malaysia...juga yang selainya tu rasanya hajat yang sama..moga kesampaian..

Tiba-tiba! semalam pula yang saya dapat maklumat jemputan ke rumahnya bagi yang balik Malaysia RAYA KE 6 AKAD NIKAH DAN KENDURI. Maka jadilah dia mendirikan rumah tangga...alhamdulillah...

Read more...

Amanah kepimpinan sedang dipikul mereka

>> Monday, August 17, 2009

"Menggilap Keizzahan Kepimpinan Ulama' "

Mereka barisan kepimpinan DPMM yang diketuai oleh Ust Amirul Bin Hasim sedang merancang segala jenis perancangan demi menyatukan warga Malaysia yang berada di cawangan Mansurah. Perancangan ini demi memperlihatkan kesatuan yang akan merealisasikan kebersamaan dan kefahaman yang akan melahirkan Mahasiswa yang sebaik-baik ummah mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Seperimana Firman Allah swt : "Kamu adalah ummat yang tebaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah". Surah Ali-imran : 110

Mereka yang baru sahaja hampir dua minggu memegang tampuk kepimpinan DPMM amatlah sukar merealisasikan segala perancangan ini tanpa bantuan kita semua selaku ahli DPMM yang juga turut memikul amanah selaku ahli.

Mereka juga sebenarnya ingin punyai masa seperti kita untuk mendalami ilmu dengan sedalam-dalamnya. Namun mereka telah mempertaruhkan masa yang amat berharga ini kerana mereka benar faham bahawa ini adalah amanah yang telah tiba giliran mereka.

Sepertimana Firman Allah swt : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)

InsyaAllah mudah-mudahan mereka akan membina generasi yang akan menyambung mata rantai perjuangan ini di masa mendatang.

salam perjuangan.

Read more...

Jalan-jalan Hisbah

>> Sunday, August 16, 2009

Kalau kita mempunyai luangan masa untuk pergi jalan beli barang-barang atau makan dan sebagainya terutama di kawasan Gama'ah, Tir'ah dan sewaktu dengannya, jangan lupa apabila terserempak dengan mana-mana couple atau akhawat yang keluar malam tanpa musyrif sila ambil tindakan yang paling bagus adalah dengan memberi nasihat dan hantar balik dengan segera...

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR TANGGUGJAWAN BERSAMA

Read more...

Asri Rabbani meninggal dunia..Al Fatihah...

>> Thursday, August 13, 2009


Al Fatihah..Asri bin Ibrahim adalah seorang vokalis nasyid kumpulan Rabbani yang telah dikhabarkan kembali ke rahmatullah hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan digolongkan para solehin..

Mati adalah perkara pasti, dan ianya tidak diawalkan dan tidak dilewatkan walaupun sesaat kecuali dengan izin Allah. Ianya juga merupakan peringatan buat kita yang masih hidup untuk terus bersedia untuk menghadapi saat kematian tersebut.

Asri Rabbani yang telah banyak menyumbangkan dakwahnya melalui medium nasyid yang juga salah satu cabang untuk menyampaikan risalah Islam yang maha agung. Mudah-mudahan segala ilmu nasyid yang beliau sampaikan ini akan terus dikira sebagai amal Islami selagimana dimanfaatkan umumnya.

Sekadar itu saja, ucapan takziah buat ahli keluarganya dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al- fatihah buatnya.....

Kata-katanya di blog http://asrirabbani.blogspot.com/ : Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Read more...

Mansurah : ramai sudah kahwin....

>> Monday, August 10, 2009

ni kre akad nikoh..akad ngn tok guru tuhh....

Maka berbahagialah....:-)

ijat kamal dan isteri....

Alhamdulillah syukur tidak terhingga pada Allah Swt dengan penambahan pakdam dan makdam di bumi Mansurah. Mudah-mudahan dengan penambahan ini memudahkan lagi proses amar ma'ruf nahi mungkar.

Walaupun perkahwinan yang berlangsung di tanah air Malaysia kami tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan, hanya dapat melihat gambar sahaja ( pic Farizul belum ada) hehhe. Namun sebenarnya bahang gegaran perkahwinan ini amat dirasai. Kami sambut dengan mengucapkan Tahniah.

Tapi...kalau mereka kembali ke bumi Mesir nk buat kenduri kali kedua ok juga tu ...bertambah kemeriahan di bumi Mansurah ni ....

Apa2 pun kami semua ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhirat...bagi yang belum kawin termasuk saya...teruskan usaha untuk terus mengamalkan SUNNAH yang sangat baik ini.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP