Jaga Kesihatan diri

>> Sunday, September 19, 2010

Menjaga kesihatan tubuh badan juga merupakan saranan penting di dalam Islam. Ini kerana umat Nabi Muhammad SAW perlu bersifat cerdas dan cergas dari segi mental dan fizikal. Oleh yang demikian, penjagaan dan rawatan tubuh badan amatlah penting bagi kita untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan dakwah Islamiah.

Sejak kebelakangan ini, terdapat sebahagian dari sahabat-sahabat saya mengidap penyakit demam, pening kepala, suhu badan yang tidak terkawal. Hal ini mungkin terjadi akibat dari cuaca yang semakin berubah dari hari ke hari dan dari masa ke semasa.

Mengikut laporan yang dibuat di peringkat PMRAM pula, terdapat 6 kes yang mengidap penyakit Hepatitis A atau mudah dikenali dengan penyakit demam kuning. Kes ini berlaku pada mahasiswa yang menetap di Kaherah. Bimbang-bimbang, dengan kedatangan mahasiswa/wi baru yang datang dari Malaysia juga turut mudah dijangkiti dengan penyakit-penyakit yang sebegini. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil langkah untuk merawat sebelum ianya menjadi lebih teruk. Semoga diri kita semua dilindungi dari segala musibah baik dari penyakit-penyakit luaran (zahiriah) mahupun penyakit-penyakit dalaman (batiniah).

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penyakit :

Firman Allah SWT:

"Dan ingatlah kisah Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya : "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang".

Read more...

Bersama HATI PMRAM

>> Monday, September 13, 2010

Setelah beberapa hari Ramadhan berlalu pergi, kehangatan bahang sambutan hari raya masih terasa hingga kini. Kenikmatan hari raya dengan kunjung - mengunjung, rumah terbuka dan berpakaian baru masih wujud suasananya sehingga hari ini. Apa yang penting, pengisian yang perlu ada dalam sambutan hari raya tersebut adalah nilai-nilai dalam menambah erti taqwa kita kepada Allah SWT. Biarpun berapa hari sambutannya, walau seminggu, walau sebulan, apa yang penting, taqarrub kepada Allah boleh kita perolehi dari sambutan tersebut.

Insya Allah, pada 18 September 2010 ini akan berlangsung program Haflah Aidilfitri 1431H (HATI) anjuran PMRAM Pusat, bertempat di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah. Semoga dengan adanya program sebegini, ukhwah diantara kita (ahli-ahli PMRAM) yang berada di BKAN dan DPM akan bertambah kukuh.

Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> Saturday, September 11, 2010

Yang pergi tetap pergi, yang datang tetap datang. Itulah roda kehidupan. Begitu juga dengan perjalanan bulan-bulan Islam, bulan Ramadhan yang dikecapi selama sebulan ini akan pergi meninggalkan kita dan dihadiri dengan bulan seterusnya iaitu bulan Syawal.

Dikesempatan Syawal yang ada ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan diatas kesilapan yang dilakukan selama ini, maaf zahir dan batin. Begitu juga dengan penulisan ana di dalam blog ini yang menyepi selama beberapa waktu atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ## MAAF ZAHIR DAN BATIN

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP