Ada apa dengan Mansurah?

>> Thursday, December 3, 2009

Mansurah kini mempunyai dua Persatuan penting yang menggerakkan dan menyediakan kebajikan kepada Mahasiswa yang bermukim di Mansurah. Pertama adalah Dewan Perwakilan Mahasiwa/wi Mansurah (DPMM) yang dinaungi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, dan keduanya Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) yang dinaungi oleh Perubatan Malaysia Mesir.

Tugas DPMM adalah menjaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Pengajian Islam khususnya, dan Perubatan jika menjadi ahli dan umumnya kepada semua. Persatuan PCM pula menjalankan tugasan mejaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Perubatan seluruhnya yang berada di bumi Mansurah ini.

DPMM telah ditubuhkan oleh Persukutuan Melayu Republik Arab Mesir semenjak tahun sesi 1992/1993. Manakala, Perubatan Cawangan Mansurah telah ditubuhkan pada tahun sesi 2006/2007 setelah disepakati oleh sekalian warga Malaysia yang bermukim di Cawangan Mansurah secara sebulat suara.

Demikianlah, hingga hari ini kebanjiran Mahasiswa/wi Perubatan melebihi jumlahnya berbanding Mahasiswa/wi Pengajian Islam. Hal ini, menunjukkan bahawa mereka tersangat memerlukan kesatuan suara demi melihat kebersamaan di dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah dan memudahkan urusan seruan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagaimanapun tanggungjawab ini perlu digalasi oleh semua penduduk Mahasiswa yang bermukim di bumi Mansurah.

Lihatlah, hari ini Mahasiswa/wi Perubatan khasnya Perubatan Cawangan Mansurah sudah mula bersidang Mesyuarat Tahunannya buat kali ke-empat. Segala permasalah diuraikan di sana. Terlaksananya sunnah bermusyawarah. Masalah diselesaikan, cadangan disepakati dengan berlapang dada. Maknanya kematangan mereka dalam berpesatuan akan bertambah-tambah.

Dalam kebanjiran terlalu ramai. Masalah pasti pelbagai. Segalanya tentu akan diselesaikan dengan cara Islam. Iaitu agama yang sesuai dan menjadi fitrah penerimaan hati-hati ummat Manusia.

Selaku saudara semuslim pastinya turut merasai kepayahan dalam menggalasi tanggungjawab yang maha berat ini.

Selamat bersidang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP