Kelebihan Menuntut Ilmu

>> Saturday, January 17, 2009


Wahai penuntut ilmu Allah, didalam kita menempuh imtihan ini, jangan kita lupa akan tuntutan sebenar yang digariskan oleh Islam bagi orang yang menuntut ilmu. Hukum menuntut ilmu terbahagi kepada dua, seperti sahabat-sahabat ketahui sebelum ini. Disini ana ingin mengingatkan kembali bahawa hadaf utama kita menuntut ilmu di bumi Anbiya' ini bukanlah semata-mata untuk menggenggam segulung ijazah bahkan kita dituntut oleh Islam agar mendalami ilmu agama yang sebanyak mungkin bagi mengislah masyarakat yang belum mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya.

Beruntunglah bagi sesiapa yang menuntut dan mencari ilmu kerana diberi ganjaran yang pelbagai oleh Allah SWT sepertimana sabda Nabi SAW : Daripada Abu Darda' RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat-malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu yang redha dengan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi sehinggakan ikan di air beristighfar kepada orang alim. Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak. (Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Selain itu juga kita, Allah mengurniakan darjat kepada orang yang menuntut ilmu seperti mana firman Allah SWT : "Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (Surah Al-Mujadalah : 11). Ini menunjukan kelebihan-kelebihan dan galakan-galakan oleh Islam kepada umatnya agar agama Islam dapat tersebar melalui ilmu pengetahuan yang disampaikan oelh Allah SWT kepada nabi-nabiNya.

Oleh itu, disamping kita membaca kitab-kitab kuliah untuk berhadapan dengan imtihan duniawi ini. Mafilah kita sama-sama fikirkan sejenak mengenai kelebihan-kelebihan yang dimiliki kita semua. Dan perlu diingatkan juga bahawa ilmu yang dipelajari bukan semata-mata untuk membawa pulang segulung ijazah atau menjadikan ilmu satu nilai taruhan bagi kita untuk mendapat jawatan yang tinggi dan pekerjaan yang besar. Ingatlah wahai sahabat-sahabat sesungguhnya yang takut kepada Allah dikalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'.

Read more...

Hayati Doa Imam Masjidil Haram

>> Saturday, January 10, 2009




Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat muslimin dan muslimat sekalian...Video di atas ini dipetik dari bacaan doa salah seorang imam besar Masjidil Haram yang mendoakan agar diberi kemenangan kepada orang Islam dan diberi kemusnahan dan kehancuran kepada kaum yang cuba menindas dan menghapuskan umat Nabi Muhammad SAW dari muka bumi ini.

Sempena dengan peristiwa berdarah di Palestin ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa kepada Rabbul Jalil supaya diberi satu 'nusrah' dariNya dan dihentikan segala bentuk tumpah darah yang berlaku pada umat Islam sekarang ini...



Read more...

Ya Allah selamatkanlah Palestin....

>> Tuesday, January 6, 2009



Fiman Allah swt : Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah : "Sesungguhnya pertunjuk Allah itulah pertunjuk
( yang benar)".Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu...

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP