Soalan ini saya tujukan untuk diri sendiri dan semua.
Imtihan dah dekat?
Monday, November 23, 2009
Soalan ini saya tujukan untuk diri sendiri dan semua.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 12:57 AM 0 comments
USMB dan mahasiswa baru
Thursday, November 12, 2009
Assalamualaikum WBT, kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana diberi ruang untuk menulis dan menggerakkan hati untuk menulis walaupun sebenarnya diri ini seorang yang cukup malas dalam penulisan.
Baru-baru ini, keadaan di Mansurah menjadi riang apabila menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi yang baru apatah lagi bumi Mansurah menjadi pendidik ulama' pilihan dikalangan mereka untuk membentuk jiwa dan semangat pejuang-pejuang agama Allah SWT. Keadaan tersebut disambut baik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi yang lama berada di bumi Jazirah Al-Ward ini. Suasana ukhwah timbul dikalangan mahasiswa dan mahasiswi lama akibat ukiran senyuman yang dilontar diantara satu sama lain. Mabruk diucapkan kepada pihak USMB kerana dapat menghasilkan pertemuan yang cukup indah ini. Selain itu juga, pihak pengurusan USMB dapat memberi kerjasama yang baik dari pelbagai sudut antaranya kesatuan, penjagaan keselamatan dan pendedahan maklumat sekitar.
Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada mahasiswa mahasiswi yang baru tiba di bumi Mansurah dengan harapan agar kalian dapat menjadi seorang pujangga Islam yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Sepertimana petikan dari ucapan Us Azlan Bin Haji Alias yang merupakan wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir pada hari pentauzi'kan tersebut. Beliau mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi baru ini dapat menjadi seperti benih yang dibuang di dalam lautan luas dapat menghasilkan pulau dan jika dilempar di daratan dapat menjadi seperti bangunan KLCC. Semoga harapan beliau dan harapan semua pihak dapat dicapai oleh kalian dan menghasilkan satu jentera penggerak yang bermutu buat ISLAM.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 2:34 PM 0 comments
Sayangnya PMRAM kepada mahasiswa baru
Tuesday, November 10, 2009

Hari ini kita lihat PMRAM semakin ditohmah dengan begitu mencabar tambahan pula dikaitkan dengan isu politik yang berlaku di Malaysia mahupun Mesir. Namun, hakikatnya, dari dulu hingga kini PMRAM sentiasa basah dengan tuduhan, tohmahan serta fitnah-fitnah demi untuk menjatuhkan PMRAM di Mesir. Akan tetapi hasrat buruk lagi dengki itu masih belum tercapai selagi mana kekuatan ahlinya yang komited mencecah ribuan angka itu bersatu bernanung di bawah PMRAM. Ditambah pula fitnah-fitnah yang bertaburan pada PMRAM itu tidak didahulukan dengan bukti yang jelas dan kukuh. Hal ini mencelikkan lagi mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini.
Baru-baru ini, PMRAM telah mengadakan satu ujian khas bagi mahasiswa baru. Ujian ini adalah semata-mata untuk membantu mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar yang baru datang mendapat pendedahan awal mengenai imtihan qabul yang dianjurkan oleh Al-Azhar itu sendiri. Seperti yang dimaklumkan, kehadiran mereka mencecah 400 orang mahasiswa yang mana mereka ini berkobar-kobar dan bersemangat untuk menghadapi imtihan tersebut. Pelbagai pendapat dan pandangan dari pelajar-pelajar ini mengenai imtihan qabul yang bakal berlangsung. Apapun kesungguhan PMRAM dalam mengambil satu waktu kepada mereka dengan mengadakan ujian ini menampakkan kasih sayang PMRAM terhadap mahasiswa baru ini.
Sila layari http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=721:450-orang-mahasiswa-baru-membanjiri-rumah-johor-rabaah&catid=1:pmram&Itemid=63
Buat akhirnya, saya ingin ucapkan tahniah kepada pimpinan PMRAM diatas program yang dianjurkan. Jangan berputus asa, Allah Maha Menghitung. Teruskan usaha kalian. Takbir!!
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 12:54 AM 0 comments
Tahniah Sahabatku Mujahid
Monday, November 9, 2009
Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke anak cucuAlhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Merancang segala sesuatu dan Dialah yang sebaik-baik perancang. Kesyukuran dirafa'kan juga kepada Allah SWT kerana aku dapat melihat seorang sahabatku dari negeri jiran iaitu Perak menjadi seorang suami kepada serikandi pilihannya. Walaupun kenduri yang diadakan tidak dapat aku hadiri tetapi harapan dan doa mengiringi kedua-dua mempelai yang segak dan bergaya ini.
Mujahid merupakan seorang sahabat yang sebaya denganku yang hadir ke bumi Anbiya' bersama-sama satu ketika dahulu. Telatah dan kerenahnya mula aku kenali ketika kami bersama-sama belajar di sebuah Pusat Bahasa Arab Nilampuri sebagai persediaan untuk belajar di Ardul Kinanah ini. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan dari sekolah Maahad Muhammadi di Kelantan dan beliau begitu aktif di dalam persatuan sehinggakan pernah dilantik menjadi exco di Pusat Bahasa Arab Nilampuri Kelantan.
Keaktifan beliau tidak dapat dipisahkan dari jiwanya semasa keberadaannya disini sehinggakan beliau dilantik menjadi YDP di BKAN Perak. Satu anjakan paradigma dapat aku lihat dari dirinya untuk menjadi seorang pemimpin berjiwa murabbi. Tambahan pula sekarang ini sudah menjadi seorang suami yang akan mendidik isteri dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhoi Allah. Semoga sunnah Nabi yang dilakukan ini mendapat satu kekuatan dalam jiwa untuk terus beriman kepada Allah SWT. Seperti sabda Nabi SAW yang menyebut bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman, maka setengahnya lagi adalah dengan taqwa kepada Allah.
Alfun Mabruk diucapkan kepada Mujahid, lepas ni sapa yang nak kawin? Doakan sahabat-sahabat yang belum kawin nie plak ye...Moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 9:17 AM 0 comments
Pengalaman yang mendewasakan
Sunday, November 8, 2009
Firman Allah SWT : "Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal". (At-Taubah : 51)
Setiap insan berbeza kehidupan mereka mengikut ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Dan kita perlu bergantung harap pada Allah SWT sepenuhnya tanpa bergantung harap pada makhluk lain dengan harapan agar Allah meringankan bebanan yang dialami. Sememangnya itulah sikap orang mukmin yang sentiasa bertawakkal pada Allah SWT.
Dikesempatan ini, suka ana menyebut berkenaan abang-abang dan kakak-kakak lama yang berada di Mesir umumnya dan Mansurah khususnya. Kalimah abang-abang atau kakak-kakak lama ini begitu sinonim dalam jiwa Azhari dan mereke seringkali dikenali ramai sehinggakan dihormati oleh adik-adik yang datang selepas mereka.
Keberadaan mereka di sini bukanlah satu fitnah dikalangan Azhari, tidak seperti pandangan pihak-pihak yang lain berpandangan negatif terhadap mereka. Mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang hanya boleh dinilai oleh orang yang mendampingi mereka. Ketabahan mereka dapat kita perhatikan bersama, dalam menempuh ujian hidup dan tidak pernah merasa kecewa akan takdir yang menentukan nasib mereka. Apatah lagi menyalahkan takdir yang Maha Esa.
Secara terus terangnya, keberadaan mereka di sini mematangkan lagi mahasiswa Al-Azhar yang menjadi pucuk muda dalam membentuk peribadi sebagai Ulama' Azhari. Tanpa mereka, kematangan selaku orang lama tidak dapat disalurkan dengan baik dalam membentuk biah mahasiswa yang matang. Sekurang-kurangnya mereka dapat mentarbiyah diri dan jiwa orang-orang muda di sini.
Selain itu juga, keilmuan mereka juga tiada tolak bandingnya. Jika dilihat dari sudut menggapai kejayaan dalam peperiksaan, kemungkinan mereka tidak dipilih untuk berjaya 'ala tul. Akan tetapi, didalam diam-diam ubi, ilmu yang berada di dalam tubuh mereka tidak dapat dihitung bahkan lebih hebat dan perkasa berbanding dengan golongan yang najah 'ala tul. Hal ini terbukti dengan pengisian tenaga pengajar di dalam pentas-pentas pengajian adalah dari golongan abang-abang lama di sini. Saya kira tidak perlu menyebut siapakah mereka itu, saudara dan saudari boleh menilainya sendiri dan berkemungkinan sahabat-sahabat sekalian dapat menjadi seperti mereka bagaikan permata di dasar lautan.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 3:15 PM 0 comments
3J di dalam diri
Friday, November 6, 2009
Jami' = masjid | Jami'ah = Universiti | Jam'iyyah = persatuan
Peranan masjid adalah sebagai instistusi pembinaan rohani yang menjadi benteng kekuatan ruhiyah diri. Dengan berpegangnya konsep ini, diri kita dapat membentuk akhlak yang baik dan terpuji, serta iman yang kukuh.
Peranan universiti adalah sebagai institusi untuk menimba ilmu sedalam yang mungkin bagi menjana kefahaman Islam yang syumul sebelum merealisasikannya.
Adapun konsep yang ketiga iaitu persatuan, ia merupakan satu peranan yang penting bagi merealisasikan konsep ruhiyah yang disemai melalui jami', ia boleh diadaptasikan melalui medan ini. Begitu juga dengan konsep yang kedua (universiti). Dengan adanya persatuan, ilmu yang dipelajari di jami'ah dapat direalisasikan di dalam persatuan. Oleh itu, konsep yang disebutkan diatas mempunyai kaitan diantara satu sama lain lantas memberi impak yang begitu besar dan positif terhadap diri sendiri, masyarakat dan Islam.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 2:55 AM 0 comments
Tepuk dada tanya iman
Thursday, November 5, 2009

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan satu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.”
Hakikat kehidupan sekarang, rata-rata insan yang berada di sekeliling kita masih lagi tidak memahami konsep perubahan pada diri. Ada yang menyalahkan faktor kejadian padahal ianya datang dari perbuatan diri sendiri, kuasa perubahan tersebut mampu dilakukan oleh jiwa-jiwa mereka. Akan tetapi akibat “ego” mereka sanggup menyalahkan kejadian Sang Pencipta.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap anak Adam terdapat kesalahan yang dilakukan samada terhadap Sang Pencipta atau sesama makhluk. Akan tetapi kesalahan tersebut perlu ditebusi dengan amalan taubat yang diajar oleh Islam. Bukan dengan memberi dakwaan bahawasanya perkara keji yang dilakukan itu adalah dari ketetapan Ilahi yang tidak dapat di ubah.
Firman Allah SWT : “Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”
Dengan ayat ini sudah cukup jelas kepada kita bahawasanya Allah SWT tidak menzalimi makhlukNya sendiri.
………………………………………………………………………
Perubahan pada diri merupakan sikap yang digalakkan di dalam Islam, konsep ini boleh dikenali dengan kata lain iaitu “hijrah”. Perkara ini dinukilkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW di dalam peristiwa hijrah dengan membawa golongan-golongan mukmin di Mekah ke Madinah.
Ulama’ Islam juga menafsirkan istilah hijrah ini dengan definisinya iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain atau berpindah dari perkara yang buruk ke perkara yang baik. Alangkah indahnya Islam ini, memberi ruang kesempatan pada ummatnya untuk merubah diri sendiri.
Sedarikah kita setakat mana pengamalan yang kita lakukan di dalam saki baki kehidupan kita pada hari ini? Adakah iainya mencukupi bagi kita untuk bertemu dengan Allah SWT dengan rasa diri ini cukup sempurna dengan amalan-amalan yang baik? Tidak dinafikan terkadang kita menjadi khalal dalam perkara-perkara ini.
Jadi, ingatlah masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri kita yang lemah ini selagi mana masih ada peluang untuk kita hidup di bumi Allah SWT ini. Ayat Allah SWT yang berbunyi :
“Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera mengingati Allah SWT, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (135)
Balasan bagi mereka adalah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (136) (Ali Imran)
Sedarilah bahawasanya pengampunan dari Allah cukup-cukup luas dan terbuka bagi orang-orang yang ikhlas denganNya.
Posted by Amin Taufiq Bin Mohd Rifain at 2:00 PM 0 comments


