Bahana Fitnah Media

>> Monday, November 30, 2009

Media massa adalah sistem penyampaian maklumat yang menyebarkan berita-berita mengenai apa-apa kejadian yang berlaku untuk diketahui oleh orang awam. Ia bertujuan untuk memberi faham kepada orang awam akan kejadian-kejadian yang berlaku. Disamping itu juga, ia memberi peranan yang cukup penting di dalam menambah pengetahuan baru kepada masyarakat dan umat seluruh dunia.

Akan tetapi peranan media sekarang ini sudah menjadi songsang akibat meletakkan tujuan yang bersalahan dengan tujuan utama mereka. Perkara yang dimaksudkan adalah mereka hilang amanah dalam menyampaikan maklumat terkini, hatta sanggup mengkhianati akan maklumat yang disampaikan. Hal ini terjadi akibat perbezaan fahaman dan fikrah yang menyelubungi jiwa pemberita dan penyampai maklumat. Perkara ini sepatutnya tidak terjadi walaupun sesuatu maklumat itu menyalahi sesuatu pihak.

Baru-baru ini, saya menonton sebuah berita mengenai tokoh politik pembangkang yang dikatakan cuba berdoa agar Najib dan UMNO dimusnahkan oleh Allah SWT. Berita ini disampaikan oleh media TV3 yang sering terpapar di skrin tv di Malaysia. Saya kira berita yang disampaikan ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan sayap politik UMNO. Kenapa saya boleh katakan demikian? Ini kerana saya melihat dalam banyak-banyak isu yang dibawa oleh media TV3 mengenai PAS tidak pernah menyiarkan ucapan-ucapan atau kalam dari pihak yang didakwa sendiri. Adakah adil kalian bersikap demikian?

Kalau anda semua dapat perhatikan, blog peribadi tokoh politik menulis isu tersebut yang agak bersalahan dengan fakta yang diberikan oleh pihak TV3. Adakah TV3 benar atau orang yang didakwa itukah yang benar? Bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri kita?

Sama-samalah kita fikirkan dan saya sarankan kepada TV3 khususkan agar berlaku adil dalam menyampai maklumat semasa. Wallahu Taala A'lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP