Assalamualaikum....

>> Monday, December 15, 2008

Sudah sekian lama tidak bersua di ruangan ini..mohon maaf kepada semua kerana sedikit kesempitan waktu yang tidak sempat nk dikejar.

Mugkin saya terbaca di ruang shoutbox ada yang mencadangkan kepada saya supaya memasukkan entri dua minggu sekali sekurang-kurangnya.Tetapi memandangkan kerja yang perlu saya laksanakan untuk kepentingan umum lebih utama terpaksa saya ketepikan ruang ini.

Namun, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua salam aidil adha dan selamat menempuh peperiksaan bagi sahabat2 yang berada di bumi Mesir ini.semoga kita sama-sama berjaya dan Allah memberkati kejayaan kita.

Juga saya memohon jutaan kemaafan sepanjang sahabat-sahabat semua mengenali diri ini ada tersalah kata,tekasar bahasa,terhutang atau apa-apa saja.Harap dimaafkan..

sekian sahaja dari saya hamba Allah yang sangat kerdil..

Read more...

Sumbangan mereka kepada Masyarakat

>> Thursday, October 30, 2008

Tahniah diucapkan kepada pengarah dan seluruh kakitangan Al azhar Media kerana telah berjaya mempromosikan "Kamus Al Miftah khususnya dan umumnya Azhar Media di bumi Mesir ini.

Menyeru kepada semua teman-teman supaya kita sama-sama memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka.Habis kurang belilah kamus Al Miftah untuk kegunaan harian anda...

Sekian saja tanda sokongan saya demi melihat graduan Al Azhar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dalam segenap akspek.

sekian wasslam..

Read more...

Salam Aidilfitri

>> Tuesday, October 7, 2008

teringat rumah kat kampung!!

Salam ingatan tulus ikhlas dari anakmu di perantauan ini..Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat abah,umi,abg chaq,adik2 semua,tok..dan kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Ucapan ini mungkin lewat dipaparkan dek kerana masa yang tidak mengizinkan...Mohon maaf buat semua atas salah dan silap.

Semoga keluarga dan kalian semua sentiasa mendoakan diri ini thabat dalam perjuangan.sekian saja coretan yang serba ringkas ini.

saya akhiri dengan Firman Allah swt :"Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."(Al baqarah : 286)

Sabda Nabi s.a.w": Apa yang aku perintahkan kepada kamu,maka hendaklah kamu lakukan sekadar yang kamu mampu."



Amin Taufiq
Syari' azbatil aql
Mansurah.

Read more...

Harapan ramdhan...

>> Wednesday, September 17, 2008

Assalamualaikum WBTH..

Sahabat pengunjung sekalian,

Alhamdulillah marilah kita sama-sama merafa'kan kesykuran tidak terhingga kepada Allah s.wt kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat menjalankan kehidupan dan berada dalam bulan ramadhan yang penuh barakan ini.Selawat dan salam buat junjugan besar Nabi Mumamad s.a.w...para sahabat..tabi' tabiin dan para Ulama'

Para pejuang Allah sekalian,

Ingin saya mengajak diri saya dan teman sekalian merenung kembali di saat kita telah berada di pertengahan bulan Ramadhan ini.Apakah kita telah mengisi ruangan ini dengan baik?

Persoalan ini akan dijawab berdasarkan keimanan kita kepada Allah swt.jadi,para teman yang dikasihi sekalian.Kita masih lagi mempunya masa...sebelum Allah menjemput kita ke alam yang lain ....buat lah persediaan..pintu rahmah..pantu maghfirah...terbuka luas..dan ....masih ada lagi masanya ..

Lazimi lah diri kita dengan melakukan ibadat kepadanya ...jadikan setiap masa kita dengan ibadah ..kerja amal kita membantu islam juga merupakan ibadah ...moga2 bulan madrasah ini akan mendidik kita supaya kita terlatih di bulan2 yang lain ..

semoga peringatan yang saya nukilakan ini menginatkan diri saya dan teman sekalian ..

sekian saja..(masa yang sedikit terluang)

Read more...

Ahlan Ya Ramadhan...

>> Saturday, September 6, 2008


Pixel Code Graphics

Read more...

Mari belajar bahasa!

>> Tuesday, August 5, 2008

Assalamualaikum....kepada sahabat-sahabat sekalian, hari ini ana ingin menyambung kembali pengajian bahasa Thailand seperti mana minggu lepas....Moga-moga dengan ilmu yang dipelajari ini, kita akan mendapat manfaat dan dapat praktik bersama...

Apa khabar kamu hari ini? = Khun sabai di mai wan ni?

Kemana kamu pergi sebelum ini? = Khun pai nai to phai ni?

Saya sangat mengingati kamu = Phom kidtheng khun mak

Kamu datang dari mana? = Khun pai nai ma?

Ke mana kamu mahu pergi? = Khun cak pai nai? @ Khun tong karn pai nai?

Saya mahu ke sekolah = Phom cak pai rong riyean @ Phom tong karn pai rong riyean

Saya belajar di Universiti Al-Azhar = Phom riyean yu thi Mahawitayalai Al-Azhar


Sekian sahaja buat kali ini...Kita sambung jika diberi peluang oleh Allah Ta'ala... :)

Read more...

Golongan terpilih

>> Monday, August 4, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Moga-moga kita menjadi golongan yang terpilih seperti hadis Nabi SAW ini....

Read more...

Mari belajar!!

>> Tuesday, July 29, 2008


Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi lagi disayangi sekalian,

Pada kali ini, ana ingin menampilkan satu pembawakan baru ana yang berbentuk ilmiah iaitu pengajian @ pembelajaran bahasa THAILAND. Bahasa ini ana pelajari dari seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah ana beberapa tahun lalu. Bahasa ini ana pelajari dan mendalami selama hampir 3 tahun. Moga-moga dengan perkongsian bahasa ini dapat menambah input dan memberi manfaat kepada kita seperti mana galakan Nabi SAW agar mempelajari pelbagai bahasa.


Selamat sejahtera = Sawaddi krap (bagi penutur lelaki) , Sawaddi kah (bagi penutur perempuan)

Apa khabar? = Khun sabai di mai? (bagi lelaki) , Ter sabai di mai? (bagi perempuan)

Saya sihat = Phom sabai di krap (bagi lelaki) , Chan sabai di kah (bagi perempuan)

Dimanakah awak tinggal? = Khun yu ti nai? (bagi lelaki) , Ter yu ti nai? (bagi perempuan)

Berapakah umur kamu? = Ayu thao rai?

Terima kasih = Khop khun @ khop chai



Setakat ini dulu, nanti ada masa sambung lagi...

Read more...

Isu Blog

>> Sunday, July 27, 2008








Read more...

Demi Masa


Assalamualaikum Warahmatullah..

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, di samping kita menunggu 'result' yang bakal keluar tak lama lagi, marilah kita sama2 mendoakan diri kita dan sahabat2 seperjuangan agar kita semua berjaya dengan cemerlangnya di dunia dan di akhirat.

Di dalam kita bercuti ini, kita harus mengisi masa terluang kita dengan pelbagai benda yang berfaedah seperti talaqqi, bersukan, berprogram, berjaulah dan aktiviti seumpama dengannya. Tentu kita pernah mendengar seungkap rangkai kata pujangga Arab yang berbunyi : Kewajipan lebih banyak dari masa. Kerana itu umat Islam perlu meluangkan masa yang lebih untuk benda yang bermanfaat dan memberi keuntungan kepada agama Islam. Kita tidak digalakkan membuang masa lapang dengan melaksanakan aktiviti2 yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita, agama dan masyarakat sekeliling.

Azhari dan Azhariat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan, kita perlu bijak mengatur masa. Pengaturan ini penting bagi memastikan agar masa yang berlalu dapat digunakan dengan sebaiknya. Bagi umat Islam yang bertanggungjawab dan menepati masa dia tidak akan membazirkan masanya dengan sia-sia. Bahkan dia akan merasa kesal di atas kelalaian dan kealpaannya. Dia juga akan merasakan betapa pendeknya masa itu. Di sana sudah pasti dia akan merasakan kewajipan sehariannya terbatas dengan masa yang diberikan dalam satu hari. Itulah yang dimaksudkan dengan ungkapan Arab ini. Moga2 sahabat dan sahabiat dapat merencanakan masa dengan lebih sempurna dan teratur.

Sahabat dan sahabiat yang dikasihi sekalian,
Hal ini jelas menunjukkan kepentingan masa bagi seorang individu muslim. Ia juga dapat dibuktikan dengan firman Allah di dalam surah Al-Asr : "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh". Dengan ayat ini menunjukkan orang yang beriman dan beramal soleh kepada Allah SWT bijak di dalam pengurusan masa. Tidakkah kita ingin tergolong di antara orang2 yang beriman dan beramal soleh? Cukup dengan kita menguruskan masa dengan teratur dan bijaksana untuk mendapatkan pangkat 'orang yang beriman dan beramal soleh'. Fikir2kanlah dan renung2kanlah.

Read more...

Pimpinan Harun Ar-Rasyid

>> Wednesday, July 23, 2008

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Mac 809, di Thus, Khurasan.

Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi adalah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.

Walaupun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya Ibn Malik Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada masa pemerintahannya, beliau:

  • Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
  • Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
  • Membangunkan tempat-tempat ibadat.
  • Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
  • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
  • Membangunkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

Read more...

Natijah bakal keluar

>> Sunday, June 29, 2008

Assalamualaikum buat semua pengunjuang blog ini.moga sama-sama kita berada di bawah naugan Allah s.wt....

Sudah lama saya tidak memasukkan apa-apa item untuk menambahkan lagi isi kandungan dalam blog yang serba daif ini.dek kata sibuk katakan ...

Apa-apa pun kali ini juga,saya tidak mahu memanjangkan intry saya ini ..gambar yang dipapar di atas sewaktu saya pergi berdiskus untuk dapatkan maklumat tambahan dari sahabat arab berkaitan dengan pengkuliahan ,yang mana saya sekarang berada ditahun 3 jurusan bahasa arab.

ok ..oleh kerana saya telah menyatakan seawal tadi tidak mahu memanjangkan antry ini.jadinya apa yang saya harap kepada semua rakan-rakan doakan saya semoga najah dalam imtihan kali ini.dan juga untuk makluman natijah sesi 2007/2008 seakan-akan bakal keluar beberapa hari lagi.kalau control tu ada yang dah keluar dan ada yang belum.jom pakat pegi tengok..ya Allah takutnye...Doakan moga najah fiddunia wala akhirah...

Read more...

Promosi Matruh Siwa

>> Wednesday, June 4, 2008

Ingin Mengajak rakan-rajan Warga Mansurah Pengajian Islam dan Perubatan ke Matruh siwa selepas selesainya Peperiksaan ini


Perjalanan ke Matruh siwa yang cukup bermakna..pemusafiran yang memberi ilmu ,pengalaman ..ukhuwah dan banyak lagi ...Muka mereka yang dahulunya menjadi peserta dan kini mnjadi Unit Sambutan dan Rehlah dan Pengarah Jaulah Matruh Siwa 08 ( kanan sekali baju putih Us Fakrul Iman USR DPMM dan kiri sekali Us Rashidi Pengarah Ekspidisi Matruh Siwa bagi sesi ini - EMAS 2008. Dan doakanlah moga Pengarah dan seluruh AJK penggerak EMAS 2008 dapat melaksanakan tugas dengan jayanya.

Lihatlah ketenangan Laut yang membiru insyaAllah hilang keserabutan dan kagum dengan kejadian Allah..setelah kita penat bertungkus lumus berhempas pulas tumpu dengan peperiksaan.jom Dafftar!! ana seakan-akan mahu pergi sekali lagi ...memang best..


Disamping ikatan ukhuwah kita akan semakin erat..kita lihat susana yang cukup meriah..kena pakat pi tu ..msti tertanya nk daftar pada sapa?haaa..daftarlah pada us fakrul iman ..dan us Rasyidi ..lihat iklan di http://dpm-mansoura.blogspot.com/


Melihat keindahan alam

Mandi manda di kolam Cleopatra...

Read more...

Lawatan MB Kedah

>> Saturday, May 31, 2008


Tahniah kepada Menteri Besar kedah atas Lawatan kerja dan merasmikan Rumah kedah Baru di Hayyu Sabik Kaherah.Moga lawatan ini memberi semangat dan momentum bagi kami untuk meneruskan agenda menuntut ilmu dan perjuangan di bumi anbiya ' ini.

Read more...

Dengar dan hayati...

>> Sunday, May 11, 2008

Read more...

Peringatan untuk kita semua

Read more...

Industri Al-Azhar

>> Sunday, April 27, 2008


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah dan pujian dipanjatkan kepada Pencipta sekalian alam dan kepada Dia kembali setiap sesuatu.Syukur akan keluangan masa yang diberikan kepada ana untuk melakar satu coretan berbentuk dakwah dan unsur nasihat kepada sahabat2 pembaca sekalian.Dan diharapkan agar luangan masa ini tidak menjadi satu fitnah yang menikam diri sendiri akan kelalaian dan kealpaan dalam melaksanakan tugas luar sebagai seorang penuntut ilmu dan da'ie.

Al-Azhar satu ketika dahulu digelar sebagai 'Ka'batul Ilmi'.Namun sehingga kini nama tersebut masih lagi terpahat di lapangan ilmu tersebut.Bagi penuntut2 Al-Azhar atau mudah dikenali sebagai Azhariyyun dan Azhariyyat yang menuntut ilmu di Al-Azhar perlu merasa bangga dan bertuah kerana ditakdirkan oleh Yang Maha Esa untuk mendalami ilmu Islam di sini.Oleh kerana itu,perlulah kita mengambil peluang ini dengan sebenar-benarnya agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi.

Mahasiswa sebagai pemangkin dan pewaris pimpinan negara...Sejauh mana kebenaran tersebut?Jelas diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat dengan pernyataan tersebut.Oleh kerana itu,adakah kita sudah bersedia sepenuhnya untuk menempuhi keadaan tersebut?Sebagai Azhari,kita perlulah menanam satu cita2 untuk menuntut ilmu dan membawa segala bekalan-bekalan ilmu yang ada di sini untuk dipraktik dan untuk disebarkan di segenap lapisan masyarakat kita di Malaysia.Dengan itu perlulah kita mendalami ilmu di Al-Azhar ini dengan penuh tekun dan usaha demi menyempurnakan dakwah dan risalah yang dibawa oleh Baginda SAW.Sepertimana sabda Baginda SAW : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Sebagai Azhari yang bijak,kita tidak perlu memikirkan peluang pekerjaan atau kerjaya semata-mata kerana kerjaya merupakan 'wasilah' untuk berdakwah,dan pekerjaan hakiki bagi Al-Azhari adalah ulama' atau tokoh Islam yang terkemuka pada suatu masa kelak bersesuaian dengan keizzahan Universiti Al-Azhar tersebut.Firman Allah SWT di dalam Al-Quran : "Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambanya adalah ulama' " -Surah Al-Fathir:28

Dan akhir sekali,konsep yang perlu ada pada diri seseorang penuntut ilmu adalah konsep amal.Setiap perkataan yang dilafazkan atau dakwah yang disampaikan perlulah diiringi dengan amalan supaya dakwah tersebut berkesan dan tidak menjadi satu fitnah yang bisa.Sepertimana firman Allah SWT : " Hai orang-ornag yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah SWT bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan " - Surah As-Sof : 2 & 3. Dengan ini terbuktilah kemenangan dalam berdakwah adalah diiringi dengan amalan.

Akhirnya, ana menasihati diri ana sendiri dan diri sahabat-sahabat agar dapat dikongsi bersama dan dipohon agar diberi hidayah dariNya bagi menerusi onak dan duri di dalam lorong dakwah kita. Mohon maaf diatas keterlanjuran dan kekurangan kata. Yang baik dari Allah Taala, yang lemah dari diri sendiri, wassalam...

Read more...

Beras Oh Beras...

>> Saturday, April 19, 2008



Masalah yang dihadapi sekarang di seluruh pelusuk dunia adalah mengenai harga beras yang makin meningkat,sebulan demi sebulan,harga dan kawalan beras yang tidak menentu ini menyebabkan ketidaksenangan kepada seluruh pembeli beras...Namun,oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu, tidak dapat tidak pembelian beras mesti diteruskan bagi memenuhi kehendak pemakanan harian...Sepertimana negara-negara lain, Mesir juga mengalami krisis yang sama sehinggakan ia menjadi satu masalah besar di kalangan pelajar- pelajar melayu yang berada di Mesir untuk membeli beras dengan harga yang cukup tinggi...Diantara faktor -faktor kenaikkan harga beras adalah kerana kekurangan beras import dari negara luar menyebabkan kadar harga beras tidak menentu...dan juga hasil cucuk tanam di negara-negara yang banyak mengimport beras tidak mencukupi kadar yang diperlukan...Ini menyebabkan pengexport beras dari negara-negara luar terpaksa diberhentikan bagi menyara kehidupan rakyat di negara masing-masing...





Mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar Mansurah berusaha memikul beras dengan penuh tekun dan rajin walaupun harga beras meningkat...tapi demi meneruskan hidup di bumi Mansurah ini, mereka redha dengan kejutan yang menimpa, kerana masyarakat arab di sekeliling tidak mengendahkan akan masalah itu...Dan kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi Melayu yang berada di sini lah yang mengambil berat mengenai hal ini ...oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu,





Ini merupakan satu-satunya beras 'Filipine' yang berada di muka bumi Mesir...Dan kebanyakkan beras 'Filipine' ini diperuntukkan bagi masyarakat Melayu yang berada di Mesir ini bagi memenuhi kehendak harian berbanding dengan masyarakat Arab sekeliling kerana kehendak pemakanan harian mereke adalah lebih tertumpu kepada roti dan bijirin...Dengan itu benarlah kata-kata yang diungkapkan : "lain padang lain belalang"....

Read more...

Nasib si Pengumpat.....

>> Tuesday, April 15, 2008


Isu mengumpat,tongkok tambah cerita,macam-macam lagi lah..seringkali berlaku dimana-mana tempat...asalkan ada jer dua tiga org ..dan ada ja topik perbualan ..seringkali berlaku apa yang kita tidak harapkan ...kadang-kadang maklumat yang langsung tidak berasas...tapi dibincang belakang seakan-akan perkara tersebut..betul2 benar dan tepat sekali..dan ditambah lagi dengan ajinomoto...dan disampaikan lagi kepada perawi2 lain ..lanta tanguglah..perlu kita semua ingati ayat Allah ta'ala yang berbunyi terjemahanya dalam surah Al Lumazah : Allah berfirman :- Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.

Mahasiswa terutamanya,dalam mehnah kita belajaq ini terkadang diuji dengan perkara ini...ayat "bukan nak kutuk tapi tu la" seringkali berlaku sebelum pemulaan nk mengutuk dan nk mencaci..akan tetapi jadi penakut dan cukup bacul untuk berdepan dengan masyarakat ..ini adalah sebab musabab utama ...yang akan berlaku umpatan ini..oleh kerana terlampau malu..ego..ermm..segan..ikit hawa nafsu.. ..macam2 lagi..oleh kerana tu ana saja lah tulis ringkas ni ..untuk sama-sama kita berkongsi nasihat..pandangan...diingatkan hidup kita hanya semntara..bila2 masa kita akan mati..diakhirat sana akan trbongkar segala kerja keji kita ..xyah nk berlakon2...jadi setalam dua muka..hindarilah kita dari brbuat demikian..MOga Allah memberkati kerja buat kita..

Read more...

Kedai DPMM

>> Friday, April 11, 2008

segala-galanya ada....









Segala-galanya ada dijual di Kedai DPMM ..jika hampa nk beli..pergi ja Dewan Persada Jazirah Al-Ward Utubis jadid utubis jadid kmudian naik tingkat 1 kat tepi markaz 1 pjbat HEWI ..ada ja tulis kedai DPMM ...



Antara barangan menarik :-

1)Bahan bacaan ilmiah terjemahan

2)Suara kampus BKAN dan DPM

3)Beg Al -azhar

4)Alat tulis Malaysia.

5)Perencah-perencah Malaysia..

6)Baju-baju...

7)makanan ringan buatan Pakdam and makdam...

8)stiker..serta banyak lagi ..


Read more...

Tarbiah dengan Imtihan,

>> Friday, April 4, 2008


Imtihan akan mengajar kita erti kesusahan ..akan tetapi segala kesusahan imtihan dunia boleh diselesaikan dengan kesungguhan ..perlu kita kita ingat dan merenung akan sejauh manakan kesngguhan kita dalam mengerjakan ketaqwaan untuk menghadapi imtihan di akhirat kelak!!

saat ini seluruh mahasiswa khusunya di Mesir ini tidak kira pengajian islam mahupun perubatan sudah pasti bersungguh-sungguh menumpukan perhatian yang sebaiknya..namun,ana mengajak pada diri saya dan sahabat-sohabiah sekalian agar..bukan bukan sekadar selesainya imtihan maka selesailah kesungguhan dalam membaca kitab-kitab..."mudah saja kalau mahu najah dalam imtihan "pulun dan hafaz ..maka selesai..Najah!!siap jayyyid and jayyid jiddan lagi..bila tanya ntah blaja apa tak tau..itulah gara hapal membabi buta..!tapi kalau kita mahukan ilmu yang sedalamnya ..perlu lah bacaan ilmiah turathi mahupun mua'thirah perlu dteruskan..tak kira bila-bila masa..

Satu lagi ..soal ilmu dan akhlak..perlulah diselarikan ..jangan kata ja belajar tinggi-tinggi..tapi perangai sama saja dengan orang yang tidak berpelajaran .ini menyebabkan boleh timbul fitnah kepada kepada penuntut ilmu..ok..rasa itu saja untuk sesaat masa terluang ni..moga najah imtihan dunia akhirat..

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP