USMB dan mahasiswa baru

>> Thursday, November 12, 2009

Assalamualaikum WBT, kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana diberi ruang untuk menulis dan menggerakkan hati untuk menulis walaupun sebenarnya diri ini seorang yang cukup malas dalam penulisan.

Baru-baru ini, keadaan di Mansurah menjadi riang apabila menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi yang baru apatah lagi bumi Mansurah menjadi pendidik ulama' pilihan dikalangan mereka untuk membentuk jiwa dan semangat pejuang-pejuang agama Allah SWT. Keadaan tersebut disambut baik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi yang lama berada di bumi Jazirah Al-Ward ini. Suasana ukhwah timbul dikalangan mahasiswa dan mahasiswi lama akibat ukiran senyuman yang dilontar diantara satu sama lain. Mabruk diucapkan kepada pihak USMB kerana dapat menghasilkan pertemuan yang cukup indah ini. Selain itu juga, pihak pengurusan USMB dapat memberi kerjasama yang baik dari pelbagai sudut antaranya kesatuan, penjagaan keselamatan dan pendedahan maklumat sekitar.

Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada mahasiswa mahasiswi yang baru tiba di bumi Mansurah dengan harapan agar kalian dapat menjadi seorang pujangga Islam yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Sepertimana petikan dari ucapan Us Azlan Bin Haji Alias yang merupakan wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir pada hari pentauzi'kan tersebut. Beliau mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi baru ini dapat menjadi seperti benih yang dibuang di dalam lautan luas dapat menghasilkan pulau dan jika dilempar di daratan dapat menjadi seperti bangunan KLCC. Semoga harapan beliau dan harapan semua pihak dapat dicapai oleh kalian dan menghasilkan satu jentera penggerak yang bermutu buat ISLAM.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP