Hati oh Hati

>> Thursday, May 21, 2009


Hati merupakan satu 'controller' bagi manusia, ia adalah kurniaan Allah SWT kepada kita dan ciptaanNya ini menggambarkan betapa besarnya dan agungnya Allah SWT. Adakah kita pernah melihat manusia yang diciptakan Allah SWT tanpa hati? Di dalam tubuh manusia, yang menjadi pusat kepada segala-nya adalah hati, dan perantaraannya adalah otak. Oleh kerana itu, hati perlu disemai dengan benih-benih yang baik, barulah segala benda yang kita lakukan menjadi elok dan sempurna. Sabda Nabi SAW :

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah hati" (Sahih Muslim)

Segala perbuatan yang kita lakukan adalah terhasil daripada komukasi antara hati dan akal. Ini kerana akal menjadi penapis untuk menimbang tara diantara dua benda. Sekiranya hati yang rosak dikawal dengan akal yang rosak, maka akan terhasillah perbuatan yang rosak. Oleh kerana itu kita perlu berjaga-jaga dan perlu mengawal hati dan akal kita. Biarlah hati kita menjadi jernih dan selalu menghasilkan maklumat-maklumat yang baik dan disampaikan kepada akal seterusnya ditapis oleh akal dengan pertimbangan yang baik agar terhasilnya satu perbuatan yang baik. Walaupun keadaan ini tidak nampak dengan mata kasar manusia dan tidak diketahui tetapi Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.
Firman Allah SWT :

"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati"
(Al - Ghafir :19)

Kesimpulannya, 'ibu' kepada jasad adalah hati sepertimana hati Al-Quran adalah Surah Yaasiin. Kawalan hati adalah penting dan memberi kesan yang kepada jasad, akhlak dan sebagainya. Oleh kerana itu, senantiasalah kita menyucikan hati dan selalu melembutkannya dengan mengingati Allah SWT agar hati tidak menjadi keras dan kotor dengan benda-benda mungkar.
Firman Allah SWT :

"Maka kecelakaan yang amat besar bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah SWT. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az - Zumar : 22)

Sabda Nabi SAW :

"Janganlah perbanyakkan kata-kata selain berzikir mengingati Allah SWT, maka sesungguhnya banyak berkata-kata selain berzikir kepada Allah mengeraskan hati. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah adalah manusia yang keras hatinya."
(At - Tirmizi)

Read more...

Gegaran imtihan semakin hampir...

>> Tuesday, May 12, 2009


Usaha,Doa,Tawakkal..

1- Usaha

-Perlu melakukan persediaan yang sebaik mungkin sebelum dan sehingga menduduki Dewan Peperiksaan.

-Baca,faham dan hafaz kitab.

-Fahami soalan Pensyarah.

2-Doa

-Doakan untuk sahabat dulu kmudian baru untuk diri sendiri

-Hubungi keluarga minta maaf dan suh doakan...

3-tawakkal

-Berserah pada Allah SWT segala penat lelah kita setelah berusaha semoga Allah memberi kejayaan yang berkat pada kita.Bukan(Istidhraj) iaitu kesenangan yang membanggakan diri dan melalaikan...

Ameen

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP