Basikal

>> Wednesday, August 26, 2009

Basikal sering hilang sejak akhir ini. kenapa? saya pun agak kepelikan. Apakah kita tidak menjaganya dengan baik?. Timbul spekulasi yang pelbagai oleh rakan-rakan yang memliki basikal di sebuah tempat pengajian Universiti Al- Azhar Cawangan Mansurah di sini.

Eh kenapa saya membawa cerita tetang basikal pula sebagai entry di ruang blog ini? mesti pembaca blog agak pelik. Mungkin juga akan membosankan. Maaf ya! jika tidak mahu membacanya sila abaikan.

Basikal yang dipamerkan di atas juga turut hilang. Basikal ini menurut sejarahnya, apa yang saya dengar dari mereka yang telah lama berada di Mansurah Mesir ini banyak pemiliknya. Ianya juga banyak berjasa memudahkan urusan membantu pesatuan serta kerja-kerja lain. Sehinggalah berakhir pemiliknya oleh Us Zuhdi maka hilang..".

Tidak menjaga dengan baik. "Bukan! kata mereka yang biasa hilang basikal. Bila dijaga terlalu baik lagi hilang. Tidak dijaga buat biasa-biasa tidak hilang pula". Apa pun kita perlu usaha menjaganya dengan baik.

Inilah yang dinamakan TAQDIR.

1 comments:

Anonymous,  October 12, 2009 at 12:01 PM  

Takpelah.Hilang basikal boleh ganti,tp hilang org yg rajin amik berat kat akhawat yg balik lambat (maghrib) sukar dicari:) smg kehilangan tu akan ALLAH gntikan dgn lebih baik lagi.amin

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP