Selamat Hari Lahir Sahabat...

>> Wednesday, December 23, 2009

Syukur dirafa'kan terhadap Allah SWT diatas nikmat kesihatan dan nikmat hidup. Pada 23 Disember 1986, dilahirkan seorang putera dari negeri Perak Darul Ridzuan, berjantina lelaki, diberi nama Mohd Alif Junaidi Bin Abdullah. Perkenalan saya dan beliau bermula sejak kedatangan beliau ke bumi Mansurah pada sesi 2007/2008. Baru semalam beliau menjangkau usia 23 tahun bagi tahun ini. Semoga dengan nikmat panjang umur yang dikurniakan Allah diberkati dan diredhoi olehNya. Ini adalah gambar-gambar kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah beliau semalam.

sebiji kek yang dihadiahkan oleh ahli baitnya (Bait Tok Guru) iaitu Us Adham dan Us Amirul Hasim

kegembiraan dan kesyukuran diraikan bersama

umur semakin meningkat ukhwah semakin erat

memasak laksa ketika kenduri di Bait Tok Guru

now we are 23 years old...semoga umur yang panjang diberkati...we pray to Allah to give us Zaujah Solehah...AMEEN!

Read more...

Anugerah Allah di Akhir Zulhijjah 1430

>> Friday, December 18, 2009


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana pada tahun ini dikurniakan seorang insan yang menambah seri kehidupan kami sekeluarga. Pada tanggal 15/12/09 bersamaan 28 Zulhijjah 1430, dilahirkan seorang anak saudara saya yang diberi nama Kauthar. Walaupun saya xdapat tatap wajahnya secara realiti, sudah memadai dan bersyukur dapat melihat gambarnya. Alfun mabruk buat abah dan ummi, dah dapat cucu dan tahniah buat abang dan kakak saya diatas kelahiran anak sulung mereka. Ukirkanlah padanya sebaik-baik ukiran dan didiklah ia menjadi muslimah yang mukminah di sisi agama Islam. Ameen ya Robbal 'Alamin.

Read more...

Secara spontan : Usrah Amali Istad Gama'ah

>> Monday, December 14, 2009

Saling mengenali

Usrah dan ukhuwah

Read more...

Muhasabah Cinta

>> Saturday, December 12, 2009

Read more...

Persepsi Tomyam

>> Friday, December 11, 2009

Tomyam ini andai dilihat dengan menggunakan mata dan aqal pendek pastinya kita akan mengatakan kesedapanya yang tidak berbelah bagi.

Namun, dua keadaan yang akan dirasai setelah kita merasaanya.

Pertama, barangkali ianya sememangnya sedap. Kedua tidak sedap.

Sedapnya tomyam ini setelah kita merasainya sendiri, dan begitu juga sebaliknya tidak sedap.

Sedap dan tidak sedap pula terbahagi kepada beberapa keadaan mengikut citarasa masing-masing.

Nalurinya, sesiapa yang ingin merasainya secara realiti, maka perlulah ianya merasa menggunakan lidahnya sendiri. Bukan sekadar dengar-dengar dari cerita orang lain. Mulut orang lain siapa tahu. takut ajinomoto terlalu banyak dalam tomyam tu, jadi dia akan mengatakan sedap.

Perlukah kita mempercayai??

Read more...

Sentiasa berdoa

>> Saturday, December 5, 2009

Insan sepertiku bukanlah sebaik mereka lain. Namun ingin mengajak teman-teman agar kita sentiasa beristiqomah berdoa. Doa di atas eloklah diamalkan berdasarkan hadis berikut :

" Barangsiapa membacanya dengan yakin ketika malam hari, lalu ia meninggal dunia pada ketika itu maka ia masuk syurga. Dan demikian juga ketika pagi hari." HR. Al-Bukhari

Read more...

Sayyid Nuh Pendakwah Bersifat Rabbani

>> Friday, December 4, 2009

Kepelbagaian cara, pendekatan dan kaedah bagi masyarakat Islam boleh menjadi individu Muslim yang baik seperti yang disarankan oleh Allah melalui ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”


Maka Allah akan datangkan kepada manusia, pewaris-pewaris bagi tugas-tugas para Nabi dan Rasul yang disebut oleh Nabi sebagai Warathatul Anbiya’, yang menjalankan tugas yang sama dilakukan oleh golongan para Anbiya’ dengan menyampaikan segala yang baik dan mencegah manusia daripada melakukan yang keji dan munkar, ia dilakukan semata-mata untuk menyeru manusia seluruhnya untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Demikian apa yang telah diwarisi oleh salah seorang tokoh AL-Azhar yang disifakan sebagai seorang “Pendakwah bersifat Rabbani” kerana kejituan pegangan agamanya yang kental, di samping tidak mudah menyerah kalah kepada keadaan serta melakukan apa yang terbaik untuk memimpin umat menuju jalan yang sempurna, beliau yang dimaksudkan ialah Syeikh Dr As-Sayyid Muhammad Nuh atau lebih dikenali sebagai Sheikh Sayyid Nuh.

Mengenali Sheikh Sayyid Nuh Lebih Dekat

Sheikh Dr As-Sayyid Muhammad Nuh dilahirkan pada 3 Jamadil Awal 1365H, bersamaan dengan 24 April 1946 di sebuah perkampungan Al-Koum At-Tawil dalam jajahan Kufr As-Syeikh di Negara Mesir, datang daripada keluarga yang menetap di pedalaman yang serba dhaif dan kekampungan.

Ayahnya seorang petani dan mempunyai 11 orang adik-beradik, enam lelaki dan lima perempuan hasil daripada 3 orang ibu. Beliau merupakan anak sulung dan mempunyai tanggungjawab berat dalam memikul amanah keluarga. Berkahwin dengan adik perempuan kepada Sheikh Zain Al-Asy’ari yang juga meupakan kawan baiknya ketika sama-sama belajar di Universiti Al-Azhar dan telah dikurniakan seramai 10 orang anak, Sembilan lelaki dan seorang perempuan.

Menghafaz Al-Quran 30 juzuk semasa usianya lapan tahun, kemudiannya memasuki Maahad Al-Azhar peringkat rendah dan menengah di Kufr As-Syeikh dan mendapat tempat pertama keseluruhan di sekolah dan tempat ketiga di peringkat kebangsaan. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau dapat menyempurnakan tesis PhD di universiti yang sama pada 1976

Guru-gurunya Semasa Belajar Dan Penglibatan Dengan Gerakan

Syeikh Sayyid Nuh memahami situasi keluarga yang serba dhaif dan memerlukan dalam menaja pembelajarannya sehingga ke peringkat yang tinggi. Berkat kesungguhan dan ketabahannya dalam pelajaran, akhirnya beliau berjaya menjulang kecemerlangan hingga akhirnya memperolehi biasiswa daripada Al-Azhar hingga ke peringkat PhD.

Di university, Sayyid Nuh menadah kitab-kitab ilmiah lama daripada guru-gurunya yang amat ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu agama. Beliau berasa beruntung dan bertuah kerana memiliki guru-guru yang sedemikian, beliau juga sempat menghabiskan konsep pengajian “talaqqi” secara langsung daripada awal kitab hingga ke akhirnya dengn penuh kesabaran dan kecekalan walaupun menghadapi masa-masa yang amat sukar.

Antara kitab yang dianjurkan oleh guru-gurunya seperti Syeikh Ibrahim Al-Khamis dan Syeikh Abdul Fattah Sultan untuk beliau baca sebagai persediaan mengambil PhD ia kitab “Ibadat Dalam Islam” hasil tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi dirinya.

Syeikh As-Sayyid Nuh mempelajari ilmu tasawwuf daripada Syeikh Abdus Salam Abu Al-Fadhl, Imam Besar Masjid Al-Abbasi di Al-Mahallat Al-Kubra, dalam jajahan Al-Gharbiyyah. Membaca penulisan-penulisan ilmiah dalam pelbagai pendekatan yang dihasilkan oleh kebanyakan pemimpin gerakan Islam.

Itu adalah salah satu sebab mengapa Syeikh Nuh mengambil inisiatif menyertai gerakan Islam yang akhirnya beliau bergiat aktif dalam gerakan tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk memimpin kelas-kelas pengajian, usrah, dan berdakwah secara berkelompok bagi menyedarkan umat Islam, apatah lagi Mesir, bukan hanya pada zaman kehidupannya, malah hingga ke hari ini tidak dapat menerima Islam dengan baik.

Kerjaya Syeikh Sayyid Nuh Dalam Bidang Akademik

Selepas menamatkan pengajian di peringkat PhD, Sayyid Nuh dipilih untuk menjadi seorang tenaga pengajar di Fakulti Usuluddin, Univesiti Al-Azhar Kaherah untuk beberapa tahun, kemudian dihantar oleh Timbalan Syeikh Al-Azhar waktu itu, Syeikh Rauf Al-Syalabi sebagai Pemangku Dekan Fakulti Usuluddin di Mansurah bagi melengkapkan jadualnya sbagai murabbi kepada mahasiswa di situ.

Beliau mendapat sokongan padu menjawat jawatan itu daripada tokoh ulama Al-Azhar iaitu Syeikh Al-‘Adawi, beliau melepaskan jawatan itu kerana mahu menimba pengalaman berharga di luar Negara tambahan pula ganjaran yang diberikan amat lumayan memandangakan beliau masih memiliki adik-adik yang masih belajar di peringkat menengah dan pengajian tinggi selepas kematian ayahnya kerana sakit tua.

Pada 1981, Sayyid Nuh dipinjamkan ke Fakulti Syariah, Universiti Qatar, di mana dekannya pada waktu itu ialah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Pada 1982, beliau ke negara Emiriah Arab Bersatu hingga 1993 dan kemudian ke Kuwait untuk mengajar subjek hadis di Fakulti Syariah Universiti Kuwait hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sejak meninggalkan Mesir dari tahun 1993, beliau merasa jauh dari ibu kandungnya, hinggalah pada 2003, beliau pulang ke Mesir menjemput ibunya bersama untuk menunaikan fardhu haji dan sebelum pulang semula ke Kuwait, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Darul Fuad di Bandar 6 Oktober di Kaherah hingga meninggal dunia.

Ramai kawan-kawannya sama ada di kalangan pensyarah, mahupun rakan-rakan dalam gerakan Islam, menyifatkannya sebagai manusia yang memiliki sifat Rabbani iaitu sifat ketuhanan kerana sering bangun pada waktu malam untuk bermunajat kepada Allah SWT, membaca al-Quran dengan segala ilmu yang berkaitan dengannya, mulutnya tidak lekang daripada berzikir dan amat meminati membaca buku-buku tulisan para ulama’ muktabar.

Menurut mereka, Sayyid Nuh memiliki penguasaan luar biasa dalam ilmu-ilmu hadis, lebih-lebih lagi tesis peringkat MA dan PhDnya adalah mengenai ilmu hadis. Beliau juga dikatakan menguasai ilmu menganai pemikiran Islam hingga mampu berhujah mematahkan pandangan pihak lawan, menguasai ilmu dakwah dan tarbiah. Justeru beliau dipertanggungjawabkan oleh pihak gerakan, mengandali kelas-kelas pengajian berhubung ilmu-ilmu berkenaan, bukan sahaja secara teori, malah secara praktikal kerana sepanjang berada dalam bidang akademik, beliau menggunakan kesempatan untuk berdialog, berdakwah walau dengan sesiapapun yang beliau temui semata-mata untuk mengembangkan ajaran Islam di muka bumi ini.

Sumber : pmram.org

Read more...

Ada apa dengan Mansurah?

>> Thursday, December 3, 2009

Mansurah kini mempunyai dua Persatuan penting yang menggerakkan dan menyediakan kebajikan kepada Mahasiswa yang bermukim di Mansurah. Pertama adalah Dewan Perwakilan Mahasiwa/wi Mansurah (DPMM) yang dinaungi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, dan keduanya Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) yang dinaungi oleh Perubatan Malaysia Mesir.

Tugas DPMM adalah menjaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Pengajian Islam khususnya, dan Perubatan jika menjadi ahli dan umumnya kepada semua. Persatuan PCM pula menjalankan tugasan mejaga kebajikan kepada Mahasiswa/wi Perubatan seluruhnya yang berada di bumi Mansurah ini.

DPMM telah ditubuhkan oleh Persukutuan Melayu Republik Arab Mesir semenjak tahun sesi 1992/1993. Manakala, Perubatan Cawangan Mansurah telah ditubuhkan pada tahun sesi 2006/2007 setelah disepakati oleh sekalian warga Malaysia yang bermukim di Cawangan Mansurah secara sebulat suara.

Demikianlah, hingga hari ini kebanjiran Mahasiswa/wi Perubatan melebihi jumlahnya berbanding Mahasiswa/wi Pengajian Islam. Hal ini, menunjukkan bahawa mereka tersangat memerlukan kesatuan suara demi melihat kebersamaan di dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah dan memudahkan urusan seruan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagaimanapun tanggungjawab ini perlu digalasi oleh semua penduduk Mahasiswa yang bermukim di bumi Mansurah.

Lihatlah, hari ini Mahasiswa/wi Perubatan khasnya Perubatan Cawangan Mansurah sudah mula bersidang Mesyuarat Tahunannya buat kali ke-empat. Segala permasalah diuraikan di sana. Terlaksananya sunnah bermusyawarah. Masalah diselesaikan, cadangan disepakati dengan berlapang dada. Maknanya kematangan mereka dalam berpesatuan akan bertambah-tambah.

Dalam kebanjiran terlalu ramai. Masalah pasti pelbagai. Segalanya tentu akan diselesaikan dengan cara Islam. Iaitu agama yang sesuai dan menjadi fitrah penerimaan hati-hati ummat Manusia.

Selaku saudara semuslim pastinya turut merasai kepayahan dalam menggalasi tanggungjawab yang maha berat ini.

Selamat bersidang.

Read more...

Cabaran diakhir zaman

Dari Anas RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana orang yang berpegang dengan agamanya laksana menggenggam bara api". (Hadis Riwayat Tarmizi)


Hadis diatas merupakan salah satu petanda akhir zaman yang akan terjadi kepada satu golongan yang akan menegakkan agama Islam lalu dihimpit dan dihalang untuk dilaksanakan. Jikalau diperhatikan, kehidupan sekarang berlakunya mehnah yang pelbagai kepada orang agamawan yang ingin melaksanakan tuntutan Islam sebagai prinsip kehidupan manusia.

Kalau ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Hal ini berlaku akibat suasana sekeliling yang tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya. Seharusnya kita sedari perkara ini sedang berlaku dan kita selaku insan yang inginkan Islam dicernakan dalam kehidupan perlu bertungkus lumus membantu dan mendorong sebaik mungkin agar matlamat dan hadaf yang ingin dicapai oleh Ulama' tercapai.

Sama-samalah kita bermuhasabah...

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP