Salam Imtihan 2009!

>> Tuesday, April 14, 2009


Assalamualaikum wbth...

Sempena menjelang imtahan ini, ingin saya mencoretkan posting pada kali ini berkenaan imtihan yang bakal menjelang buat saya dan sahabat-sahabat saya di Mansurah ini.

Sahabat-sahabat sekalian,

Jangan sesekali kita mengeluh akan peperiksaan yang bakal kita tempuhi ini, bahkan patut rasa bersyukur di atas peluang yang diberikan untuk menguji kepekaan dan kefahaman kita terhadap pelajaran selama ini. Bagi saya ini imtihan yang di bawa oleh Al-Azhar ini merupakan satu langkah terbaik bagi pelajarnya memahami terhadap pengajiannya selama ini. Walaupun terdapat beberapa fahaman sekular yang cuba mencemarkan status Al-Azhar itu dengan mengatakan Al-Azhar cuba menerapkan konsep barat dengan pembawakan imtihan tersebut.

Padahal konsep yang dibawa di barat sekarang ini adalah datangnya dari pemikiran umat Islam itu sendiri. Cuba sahabat-sahabat perhatikan sejarah-sejarah Islam yang terdahulu bagaimana cara hafiz-hafiz Alquran ingin menjadi Al-Hafiz yang berkualiti? Ia menggunakan konsep ingat, hafal dan faham akan pengajiannya selama ini.Dan seterusnya mengamalkan sistem tasmi' kepada gurunya.

Islam merupakan agama rahmat yang diturunkan oleh Baginda SAW. Disana juga umat Islam diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi terutama bagi orang-orang yang bergelar mukmin. Jadi jelaslah disini bahawa Islam juga mengajar pada ummatnya erti ujian sepanjang kita menghadapi liku-liku dalam menuntut ilmu ini.

Firman Allah SWT di dalam ayatnya yang berbunyi :-
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi." (Al-Ankabut : 2)

Demikian itu, kita perlu fahami konsep yang cuba dibawa oleh Islam itu sendiri. Manusia diciptakan bukan semata-mata untuk bermain-main dan melibatkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi manusia ini diciptakan untuk beribadat kepadanya.

Firman Allah SWT :-

"Maka apakah kamu kira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun :115)

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita bersungguh di dalam menghadapi imtihan ini walaupun ianya ujian duniawi. Namun ia juga merupakan satu persediaan bagi kita menempuhi ujian ukhrawi.

Salam imtihan,
Amin Taufiq Bin Mohd Rifain,
Syari' Izbatil 'Aqli, Murur.
Mansurah, Mesir.
11:25 PM

Read more...

Catatan Kolokium dan Motivasi Mansurah

>> Sunday, April 12, 2009

Assalamualaikum wbth...

Kolokium Ilmuan siri ke 4 dan 5

Alhamdulillah lafaz syukur tidak terhingga pada Allah SWT atas kurnia masa yang telah diberikan kepada kita semua.Seterusnya dapat bersama-sama menjalankan tugasan kita selaku mahasiswa untuk menuntut ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' ini.

MANSURAH, DPJA, 28-29 Mac 2009 Dibawah kelolaan Unit Dakwah DPMM telah melaksanakan satu program Kolokium Ilmuan "Q" kali ke 4 dan 5 dengan jayanya.

Program ini diisi dengan beberapa pembentangan kitab antaranya Fiqh Aulawiyat dan kertas kerja Nasionalisme serta beberapa lagi aktiviti menarik. Lantaran merapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin itu dengan serapat-rapatnya.

Program yang melibatkan semua mahasiswa baru khususnya dan umumnya seluruh mahasiswa telah diberi sambutan yang amat mengalakkan. Pengisian program yang cukup menarik disampaikan kepada seluruhnya secara teori dan praktikal bagi merealisasikan tema program "Memperkasa Generasi Ulama' " dengan harapan majlis tersebut diberkati oleh Allah SWT.

Semoga ianya akan terlaksana oleh keseluruhan peserta mengikut RESOLUSI yang telah digariskan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

MIM (Motivasi Injeksi Mandiri) 2009

MANSURAH,DPJA,11 April 2009 Bersempena menjelang imtihan semester ke 2 secara langsungnya terlaksana satu lagi program yang melibatkan seluruh mahasiswa yang berada dicawangan Mansurah.

Program yang bertujuan memberi suntikan semangat kepada seluruh mahasiswa bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelang telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Motivasi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us Hanafi Bin Zulkapli yang merupakan mantan Badan Pengurus PMRAM dan Dr Ali Luqom - Pensyarah Universiti Al Azhar (Banat) ternyata memberi semangat yang luar biasa buat mahasiswa yang berada di bumi Jazirah Al-Ward Mansurah ini.Malah diberi semangat untuk kita sama-sama menjalankan tugasan amanah kita selaku muslim dengan melaksanakannya seikhlas hati.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini.Semoga ganjaran pahala yang berganda diberikan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Selamat menempuh Imtihan fasa dua dan selamat maju jaya".

Sekian dari hamba yang kerdil lagi hina,
Amin Taufiq bin Mohd Rifain.

Read more...

Selamat pengantin baru

>> Saturday, April 11, 2009

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah syukur pada Ilahi atas kurniannya, dapat kita sama menghirup udara yang nyaman dan diberi nikmat kesihatan dan segala-galanya.Dan apa yang paling penting sekali yang amat perlu kita syukuri adalah nikmat Iman dan Islam.

Kali ke kedua untuk entry kali ini satu lagi ucapan "Tahniah dan selamat pengantin baru" buat abang sulung saya yang selamat diijabkabulkan beberapa hari lepas.

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT tidak terhingga kerana dikurniakan seorang kakak ipar yang baik walaupun tidak dapat melihat secara langsung saat majlis tersebut kerana keberadaan saya yang begitu jauh sekali. Ini merupakan suatu kejutan buat saya...

Apa2 pun ucapan tahniah sekali lagi buat "Abang caq dan kakak oli"....semoga kekal hingga ke anak cucu....

Dari adikmu
Amin Taufiq
Mansoura

Read more...

Tahniah buat abe din"

>> Wednesday, April 8, 2009

Dikesempatan waktu yang ada ini saya ingin ucapkan tahniah buat Ustaz Azruddin bin Mat Ali yang selamat diijabkabulkan dengan seorang seringkandi yang saya kira amat disayangi oleh beliau.

Sewaktu di Mansurah seketika dahulu, beliau merupakan seorang abang contoh buat kami semua. Beliau bersikap matang dalam segenap perkara dan diatas perilaku beliau disegani oleh penduduk Malaysia disini. Beliau juga pernah mmenjawat jawatan di dalam kepimpinan tertinggi di peringkat DPMM selaku Timbalan Pengerusi (Unit Perancang) pada sesi 2007/2008 dimana pada ketika itu diketuai oleh Ust Abd Kadir Umar.

Mungkin kawan-kawan yang pernah bersamanya dan mengenalinya sewaktu disini amat senang dan selesa dengan kemesraanya dan kesabarannya.Beruntunglah bagi sesiapa yang bersamanya itu.

Kesabaran beliau pada ketika itu sentiasa diuji oleh sahabat saya iaitu Ustaz Amirul yang sekarang ini menjawat jawatan yang pernah disandang oleh beliau. Tersenyum saya apabila teringat kenangan itu..

Saya rasa sekadar itu saja..Semoga kekal abadi dan bahagia hingga ke anak cucu dan cicit....Doakan kami di sini jua...

Amin Taufiq
8:43 malam

Read more...

Tasji'at

>> Saturday, April 4, 2009

Firman Allah swt: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.Surah Assof 8 )

"Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt ." (Saidina Umar Al-Khattab)

Ayat Al quran karim yang tertulis diatas ini sebagai peringatan kepada kita semua.Pada saya ianya perlu diambil istifadah yang terbaik untuk kita sama-sama fikirkan.

Melihat kepada keadaan masyarakat sekarang yang semakin hari seakan-akan tidak menyukai sinar Islam itu dketengahkan dilapangan masyarakat.Dibimbangi kita juga terjerumus dalam keadaan itu.

Sedarlah bahawa golongan kuffar mereka tidak melawan Islam secara terang-terangan,Bahkan mereka mempergunakan UMMAT Islam bagi memadamkan cahaya agama Allah.Lalu kita terguna-guna olehnya dan tejadilah kita dikalangan orang yang rugi disisi Allah swt.

sekadar itu saja...sekian wassalam..

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP