Al - Fatihah buat anak Us Ihsan

>> Monday, August 10, 2009


Semalam sewaktu hampir berlangsungnya perasmian EGP '09 satu khabaran yang saya terima dari Mansurah bahawa, isteri Us Ihsan pakdam gugur.

saya yang masih berada di Kaherah pada ketika itu sebenarnya agak terkejut dan berdebar hati penuh kasihan bercampur sedih. Sebab keguguran yang dialami bukanlah kali pertama tapi buat kali kedua. Namun selaku orang-orang yang beriman perlu akur atas ketetapan Ilahi ini.

Sepertimana Allah berfirman dalam Al- Quran : "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."( Aali- Imran: 185)

Walaubagaimanapun, saya berharap kepada Us Ihsan dan Isteri dapat menerimanya dengan tabah dan sabar. Setiap insan ada ujiannya yang tersendiri. Segala ujian yang Allah swt berikan adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah swt.

Firman Allah swt : " Apakah manusia itu menyangka bahawasanya mereka dibiarkan untuk berkata ;" kami telah beriman" padahal mereka tidak diuji lagi."( Al-Ankabut:2)

Mudah-mudahan sagala ujian ini dapat mempertingkatkan keimanan kita InsyaAllah.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat anaknya...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP