Perutusan Maulidur Rasul SAW

>> Friday, February 26, 2010

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Read more...

Pengertian As-Sunnah

>> Tuesday, February 16, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan [ As Sunnah ] jika dilihat dari sudut bahasanya memberi maksud [ Satu jalan yang diikuti . Samaada jalan itu jalan yang baik atau jalan yang jahat . Baik dan jahatnya itu dilihat kepada bagaimana perkataan [ As Sunnah ] itu digunakan .

Seperti contoh : Sabda Nabi saw dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam shohihnya , dari Jarir bin Abdullah :

من سن في الإسلام سنة حسنة فعمل بها كتب له مثل أجر من عمل بها و لا ينقص من أجورهم شئ و من سن في الإسلام سنة سيئة فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها و لا ينقص من أوزارهم شئ

Barang siapa yang telah melakukan suatu perkara ( atau melorongkan satu jalan ) di dalam Islam , sebagai perkara ( atau jalan ) kebaikan lalu diamalkannya ( oleh orang yang ditunjukkinya ) , nescaya ditetapkan baginya pahala seperti mana pahala orang yang mengamalkannya ( kebaikan tersebut ) dan tidaklah mengurangkan pahala mereka sedikit pun dan barangsiapa yang telah melakukan suatu perkara ( atau melorongkan satu jalan ) di dalam Islam , sebagai perkara ( atau jalan ) kejahatan lalu kejahatan itu dilakukan oleh orang lain nescaya ditetapkan ke atasnya dosa seperti dosa orang yang melakukannya dan tidak sedikitpun mengurangkan dosa mereka .

Secara ringkas kita bahagikan pandangan - pandangan ulama' berkait pengertian sunnah secara umum kepada beberapa kategori .

As Sunnah Menurut pandangan Ulama' Usul


As Sunnah adalah sumber perundangan Islam selain Kitab suci Al Quran
dan ia adalah suatu yang datang dari Nabi Muhammad saw . Samaada perkataan , perbuatan atau diamnya [ taqrir ] Nabi saw terhadap sesuatu perkara , ia merupakan as Sunnah . Dalam pengertian yang serupa as Sunnah juga merupakan penunjuk cara dari Nabi saw untuk memahami agama Allah swt dan bagaimana untuk melaksanakannya .

As Sunnah menurut pandangan Ulama' al Hadis

Sedikit penambahan dalam pengertian as Sunnah menurut pandangan ulama' hadis sekira - kira suatu yang diktibarkan sebagai sunnah ialah apa yang disandarkan kepada Nabi saw samaada perkataan , perbuatan , diam , sifat atau sirah [ perjalanan hidupnya ] . Demikianlah sunnah menurut pandangan ulama' hadis yang mengandungi 5 jenis yang disebutkan tadi .

As Sunnah menurut pandangan Ulama' Feqah

Sunnah dalam pengertian ulama' Feqah ialah suatu yang menjadi tuntutan syara' namun ianya bukanlah satu kemestian [ غير جازم ] untuk melakukankannya sekira - kira diberi pahala kepada pelakunya dan tidaklah berdosa kepada mereka yang meninggalkannya . Sebagai contoh puasa enam dibulan syawal selepas hari raya aidil fitri , ianya disebut sunnah bukan wajib .

Kesimpulannya :

As Sunnah di sisi ulama' usul adalah satu dalil daripada dalil - dalil Hukum Syara' . Sementara sunnah di sisi ulama' Feqah [ Fuqaha' ] ialah satu hukum daripada hukum-hukum syara'.

As Sunnah di satu sudut pandangan yang lain juga bermaksud syariat yang dibawa oleh nabi saw dan ia adalah suatu yang berlawanan dengan bida'ah [ amal yang direka - reka dalam perkara ibadah ] . Pengertian jelas kita lihat dalam satu hadis Nabi saw. yang diriwayatkan oleh Abu Dawud , Ibnu Majah dan Tarmizi dan katanya Hadis ini Hasan Sohih :

عن العرباض بن سارية يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم
أنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسني و سنة الخلفاء الراشدين من بعدي
عضوا عليها بالنواجذ و إياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة

Maksudnya : dari Irbadh bin Sariah Nabi saw bersabda : Sesungguhnya sesiapa yang hidup [ panjang umur ] dikalangan kamu nescaya ia akan melihat berlakunya perselisihan [ konflik atau krisis ] yang dahsyat [ dikalangan ummat manusia ] maka diwajibkan keatas kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang datang selepasku . Genggamlah [ sunnah ] itu dengan geraham seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara yang diada - adakan . maka sesungguhnya setiap yang bid'ah [ perkara yang diada - adakan dalam ibadah ] adalah suatu kesesatan .

Sumber :

Read more...

Kahwin lagi....

Salam muhibbah...

Sekali lagi majlis perkahwinan berlangsung pada bulan ini dan kedua-dua pasangan pengantin tersebut merupakan mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan Mansurah. Majlis perkahwinan diadakan di Kaherah kelmarin dan saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada pihak pengantin kerana tidak dapat menghadiri majlis kalian. Urusan yang lebih penting menggamit saya. Apa-apa pun, saya ingin ucapkan Barakkallahu lakuma wa barakallahu 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair..Ameeeeen Ya Robbal 'Alamin..

TAHNIAH BUAT

Muhammad bin Ali

Tengku Nur Aqilah bt Tengku Nikman


Semoga kalian berbahagia hingga ke anak cucu....Ameen

Read more...

Kolokium Ilmuan (Q)

>> Sunday, February 14, 2010

Kolokium Ilmuan merupakan satu program thaqafah atau ilmiah yang dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Program ini lebih dikhususkan untuk mahasiswa/wi baru tahun 1 Al-Azhar, akan tetapi secara umumnya ia dibuka bagi semua lapisan mahasiswa yang sudi hadir tidak kira apa jua bidang pengajian dan juga tahun pengajian.

Program Kolokium atau secara mudahnya dikenali sebagai Q adalah lebih mengutamakan thaqafah dan ilmuan buat mahasiswa/wi baru, Ianya diadakan secara berperingkat dan mempunyai lavel-level yang disusun oleh PMRAM. Ia bukan memakan masa sehari dua untuk menghabiskan level-level ini, bahkan berbulan-bulan. Itulah kelebihannya. Bukan saja-saja disusun begitu. Tetapi ia mempunyai silibus-silibus pengajian yang sesuai mengikut keadaan semasa.

Selain pengisian berbentuk diskusi, ceramah dan forum. Diselitkan juga aktiviti menguji tahap kefahaman dengan pengisian berbentuk GKB mengikut pembahagian kumpulan usrah. Pembentangan hasil perbincangan gerak kerja akan dilakukan dan saya amat menyukai slot-slot sebegini. Ini kerana kita dapat menilai tahap kefahaman hasil dari pengisian yang berbentu diskusi, ceramah, forum dan sebagainya.

Buat akhirnya, harapan saya buat seluruh mahasiswa Mansurah terutamanya mahasiswa baru agar dapat menghadirkan diri ke program Q yang bakal diadakan nanti. Walaupun ianya diadakan secara berperingkat, perlu kita mengkaji apakah keperluannya ia diadakan sedemikian rupa. Mungkin sahabat-sahabat akan merasa benefitnya apabila berada lama di Mesir nanti. Apa-apa pun saya berharap agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ini bukan ayat promosi (walaupun terkenal dengan panggilan promoter) tetapi ini adalah suasana realiti yang pernah saya tempuhi sebelum ini. Rasa rugi pun ada. Insya Allah saya akan menghadirinya lagi buat kali ini.

Pesanan: Buat ahli usrah, tolong hadirkan diri ke program Q nie nanti. Kalo tak, GKB tak kan sempurna akibat tak cukup orang...Jangan nyesal nanti...

Read more...

Matlamat Usrah

Apakah Matlamat Usrah?

Matlamat usrah boleh digariskan seperti :

1) Untuk menghimpunkan ahli-ahli di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.

2) Untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dikalangan mereka dan proses pembentukan diri.

3) Untuk melatih ahli-ahli mengenali dan memahami kaedah bermuamalah dengan pimpinan dan bentuk-bentuk muamalah yang betul sesama rakan-rakan seperjuangan.

4) Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.

5) Untuk menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur (berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.

6) Untuk memudahkan sebarang makluman-makluman yang penting atau segera.

7) Untuk melahirkan tenaga-tenaga mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program dengan jaya dan berkesan.

8) Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Penutup

Kita sama-sama berharap agar aktiviti usrah sebagai salah satu method untuk memastikan kebangkitan semula Islam dapat berjalan sebaik mungkin. Apa yang diharapkan ialah semoga usaha yang kita sama-sama lakukan akan diteruskan oleh generasi selepas daripada kita. Kerana sesungguhnya kita merupakan mata rantai di dalam perjuangan, tidak yang pertama dan tidak juga yang terakhir…

Read more...

Barakallahu lakuma...

>> Tuesday, February 9, 2010

Read more...

Selamat Pengantin Baru

>> Monday, February 8, 2010

Salam ukhwah...


Kenduri kahwin Us Kadir dan Dr Syakila di Tir'ah (bait Darul Rahmah a.k.a Bujang Senang)


Kesedapan makanan dapat dinilai dengan thumbs up Us Amir (ahli bet)


Diapit oleh Exco Kedah Us Subki (kiri) dan Us Fakhrul Penasihat BKAN Penang (kanan)


Bersama raja sehari

Read more...

Mengejar cinta suci

7 Februari 2010 merupakan tarikh keramat buat pasangan bahagia Ustaz Abdul Kadir Bin Umar dan isterinya Doktor Syakila Binti Aini diatas majlis perkahwinan yang berlangsung di Arma kelmarin. Majlis akad nikah diadakan di surau Arma pada jam 10.30 pagi dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Yasir Bin Razi serta Doktor Mohd Izzat Bin Mohamad Kamal. Kemeriahan majlis akad nikah tersebut dapat dirasai dengan kehadiran pelajar-pelajar perubatan dan pengajian Islam Mansurah. Tambahan pula, kunjungan hormat oleh Badan Pengurus PMRAM bersama Presiden PMRAM menyerikan lagi suasana majlis akad nikah pada pagi tersebut.


Pengantin lelaki, Ustaz Abdul Kadir Bin Umar bersalaman dengan tuan Qadhi (Pegawai Johor) menandakan permulaan akad nikah. Us Kadir melafazkan akad pernikahan ijab dan kabul dengan satu nafas. Bismillahirrahmanirrahimmm...sah?? Alhamdulillah sahhhhh...



Kedua-dua mempelai diberi ruang waktu untuk menunaikan solat sunat selepas upacara akad dilangsungkan. Kekhusyukkan ibadah solah makin bertambah selepas digelar suami isteri. Didoakan agar antuma diberi kekuatan dalam menempuh onak dan duri kehidupan.



Seusai solat sunat, upacara menyarung cincin ke jari si isteri dengan sekali sarungan sahaja. Tidak ada dua kali..hehehe



Selamat Pengantin Baru buat saudaraku Abdul Kadir Umar. Semoga Allah memberkatimu sepanjang hayat kehidupanmu di dunia dan di akhirat.



Cenderamata kenangan. Termetrai satu ikatan cinta suci

Read more...

Selamat Pengantin Baru

>> Thursday, February 4, 2010

kad jemputan perkahwinan

Abd Kadir Umar ♥ Syaidatul Syakila Aini


Salam Mahabbah...

Selamat Pengantin Baru buat dua mempelai secocok yang akan bersatu di dalam satu payungan pernikahan pada 7 Februari 2010. Tarikh keramat ini mungkin menjadi satu kenangan yang amat berharga buat dua mempelai ini. Terpahat di lubuk hati hingga menjadi satu memori indah yang boleh diceritakan pada anak cucu mendatang. hehehe..jauh saya memikir..diri sendiri pun tak lepas lagi...(sambil tangan mengangkat doa untuk diri saya plak)

Dengan berbesar hati, saya ingin mengucapkan Tahniah buat sahabat istimewa Us Abdul Kadir Bin Umar (merangkap ahli bait Darul Thabat) diatas perkahwinannya dengan seorang serikandi istemewa pilihannya iaitu Dr. Syaidatul Syakila Aini. Semoga antuma diberi rahmat dan hidayah oleh Allah SWT. Itulah janji Allah pada insan yang mengikuti sunnah-sunnah Baginda SAW. Iringan doa buat antuma juga bahagia hingga ke akhir hayat dan bertemu di Jannah Allah SWT.

Perkahwinan ini merupakan satu-satunya perkahwinan yang sulung bagi mahasiswa di Mansurah. Apa yang sulungnya? Gabungan mantap diantara pengajian Islam dan Perubatan di sini (Mansurah khususnya). Kemungkinan besar menambahkan lagi keterbukaan pemikiran kita semua dalam memilih calon pilihan hati. Golongan ustaz berkahwin dengan doktor. Tidak menjadi satu masalah bahkan inilah buktinya. Satu gabungan yang mantap saya kira dan barangkali kemantapan ini memberi momentum yang begitu besar pada masa mendatang. Momentumnya adalah hubungan diantara golongan pengajian Islam dan Perubatan menjadi lebih kukuh dan lebih perkasa sehingga boleh duduk dalam satu rumah. Setiap perkara yang berlaku pasti punyai hikmahnya. Dan itu jugalah harapan saya.

Buat family saya di Malaysia, inilah salah satu majlis pernikahan yang bakal berlangsung walaupun secara realitinya kalian tidak dapat menggambarkan keadaan yang sebenar samada bentuk pelaksanaannya seperti di Malaysia atau tidak. Hakikatnya pengurusan perkahwinan disini amat mudah bahkan lebih mudah dari Malaysia dari pelbagai sudut...hehehe..nampak macam mengumpan tetapi itulah keadaan kami disini.

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan dua merpati (Us Abdul Kadir dan Dr. Syaidatul Syakila) ini berbahagia sehingga ke anak cucu. Barakallahu lakuma wa barakallahu alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair....Ameen ya Robbal 'Alamin....

Catatan :
1) Lepas nie boleh la kami panggil kat Us Kadir sebagai Dr Kadir yee..begitu gak ngan zaujah...hehehe..ke camne?? ;p
2) Macam mana ngan kawan-kawan yang lain? tak terasa 'seru' lagi ke bila nampak kawan kita sorang nie dah kawin...hehehe..

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP