Di manakah kita kelak?

>> Thursday, January 21, 2010


Salam imtihan dan salam ukhwah.

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas. Jam, minit, saat apatah lagi. Apakah amalan dan bekalan yang bakal dibawa di hari 'pembentangan' kelak? Beratkah ia, ringankah ia atau sedang-sedang saja? Hitam atau putih bekalan itu? Semua itu adalah akibat dari diri sendiri. Tiada kaitan dengan orang lain.

Di hari yang akhir kelak, setiap insan membawa 'dulang-dulang' untuk dihadapkan. Tiada pembantu dalam setiap masalah yang bakal dihadapi. Isteri-isteri ditinggalkan suami. Anak-anak ditinggalkan ibu dan ayah. Pasangan-pasangan lain juga akan berpisah-pisah, sudah tidak menghiraukan diri kekasihnya lagi. Gerun dan takut menjadi makanan perasaan kufur dan munafiq. Adapun tenang dan bahagia adalah milik mukmin dan mukminah.

Dunia yang panjang umurnya menjadi pentas utama bagi insan-insan ciptaan Allah mengutip segala amalan-amalan buat 'tayangan' kelak. Ini adalah janji Allah pada kita. Adakah kita lupa pada ayat-ayatNya yang sering memesan? Atau kita tidak pernah membaca pesananNya (Al-Quran)? Atau membaca tetapi tidak mengerti makna tersirat? Itu semua tidak menjadi alasan buat kita kelak. Yang ada hanyalah penyesalan. Tidak berguna lagi.

Sementara hari berbaki masih ada, peluang ini digunakan sebaiknya buat diri yang alpa. Taubat menjadi resepi pengubah rasa. Dari yang binasa menjadi taqwa. Susulan istiqomah mengiringi ibadah, semoga ianya milik kita semua. Itulah cita-cita kita. Berakhir di sana dengan keindahan hakiki.

Dikala umur masih berbaki,
baik kita mencari diri sejati,
sorotan sunnah menjadi cermin diri,
semoga kelak tiada tagih simpati.

Al-Faqir wal Haqir,
Amin Taufiq Mohd Rifain
Kota Mansurah
Egypt

Read more...

Segarkan diri!!

>> Friday, January 15, 2010

Sukakah anda bersenam? kelihatan gambar di atas mereka sedang bersenam di pagi hari di bumi anbya' Mesir. Bersenam? Betulkah? Atau hanya bersenam setelah terlibatnya dengan program anjuran PMRAM sahaja? Mujur juga ada program begini. Mencergaskan otak Mahasiswa.

Jika, tidak! tentu sekali kita jarang bersenam. Kecualilah mereka yang gemar bermain bola. Sebabnya paling pelik la tiba-tiba musim sejuk menggigil ni ada juga yang keluar bersenam pagi-pagi seperti gambar di atas.

Mari senaman senyum. Moga kita lebih ceria!!

Read more...

Usrah oh Usrah

>> Friday, January 1, 2010

Inilah muka-muka ahli usrah kumpulan saya yang sentiasa bersemangat mengemudi bahtera berkongsi ilmu, ukhuwah, semangat, dan banyak lagi, termasuk pengisian jasmani iaitu makan! hehe. Apa-apa pun itulah part yang paling penting.

Rajin adalah salah satu sikap yang paling utama yang perlu ada di dalam diri jika kita mahu melihat usrah sentiasa berjalan. Tanamkan sikap tanggungjawab memperingati Naqib dan rakan usrah lain adalah satu sikap yang sangat baik.

Jadi, marilah kita jalani usrah masing-masing. Lemah usrah, maka lemahlah Persatuan kita!!!

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP