Amanah kepimpinan sedang dipikul mereka

>> Monday, August 17, 2009

"Menggilap Keizzahan Kepimpinan Ulama' "

Mereka barisan kepimpinan DPMM yang diketuai oleh Ust Amirul Bin Hasim sedang merancang segala jenis perancangan demi menyatukan warga Malaysia yang berada di cawangan Mansurah. Perancangan ini demi memperlihatkan kesatuan yang akan merealisasikan kebersamaan dan kefahaman yang akan melahirkan Mahasiswa yang sebaik-baik ummah mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Seperimana Firman Allah swt : "Kamu adalah ummat yang tebaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah". Surah Ali-imran : 110

Mereka yang baru sahaja hampir dua minggu memegang tampuk kepimpinan DPMM amatlah sukar merealisasikan segala perancangan ini tanpa bantuan kita semua selaku ahli DPMM yang juga turut memikul amanah selaku ahli.

Mereka juga sebenarnya ingin punyai masa seperti kita untuk mendalami ilmu dengan sedalam-dalamnya. Namun mereka telah mempertaruhkan masa yang amat berharga ini kerana mereka benar faham bahawa ini adalah amanah yang telah tiba giliran mereka.

Sepertimana Firman Allah swt : "Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah telah selesai menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun"(Al-Ahzab : 23)

InsyaAllah mudah-mudahan mereka akan membina generasi yang akan menyambung mata rantai perjuangan ini di masa mendatang.

salam perjuangan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP