Tahniah sekali lagi buat PMRAM!

>> Saturday, November 28, 2009

Hayyu Sabiek, 27 November - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amat berterima kasih dengan sokongan padu ahli samada Pengajian Islam mahupun Perubatan, dalam memeriahkan dan menjayakan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Musa Ibnu Nusair Haiyyu Sabie' Madinah Nasr, Kaherah hari ini. Kehadiran yang dijangkakan hampir 1200 mahasiswa dan mahasiswi ini turut diraikan bersama oleh beberapa orang tetamu warga Malaysia, Singapura dan rumpun Melayu yang lain. Gema takbir bermula seawal jam 7.40 pagi sejurus selepas warga Mesir menunaikan solat sunat Aidil Adha.Badan Pengurus PMRAM tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengetuai laungan takbir bersama ahli sebagai tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT Sejurus selepas itu, seluruh hadirin menunaikan solat sunat Aidil Adha dengan diimamkan oleh Saudara Mohd Azrul bin Ismail, Naib Presiden 1 PMRAM.

Menjadi tumpuan utama, adalah khutbah yang disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Saudara Abdul Mu`izz bin Muhammad. Antara perkara utama di dalam isi khutbah beliau adalah menyeru dan menyarankan kepada seluruh ahli PMRAM supaya menjadikan kisah pengorbanan 2 kekasih Allah, iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sebagai pedoman dan pegangan bersama. Ahli PMRAM sepatutnya sedia berkorban dalam apa jua lapangan yang memberikan kebaikan dan bantuan kepada agama Islam. Pengorbanan yang berbentuk wang ringgit, tenaga, harta, masa, ilmu, jiwa dan raga semuanya adalah untuk Allah. Saudara Abdul Mu`izz juga turut mengajak para hadirin supaya bersama-sama meneliti dan memahami erti sebenar perayaan ini dengan menyebutkan 2 resolusi yang perlu dimuhasabahkan bersama. Pertama, adalah seharusnya menjadikan perayaan Aidil Adha ini sebagai perayaan untuk muhasabah. Sebagai umat Islam, Aidil Adha adalah lapangan terbaik untuk kita koreksi kembali sejauh manakah pengorbanan kita selama ini untuk Islam? Adakah kita masih lagi miskin dan papa dalam meneladani kisah-kisah perjuangan dan pengorbanan umat Islam yang agung satu ketika dahulu?. Bertepatan dengan perayaan ini, amat molek dan wajar kita selaku umat Islam bermuhasabah dan sedia berubah dalam memastikan Islam itu adalah segala-galanya. Resolusi kedua yang disebutkan ialah, perayaan ini adalah sebagai mercu dan tanda kita menghayati sifat kesempurnaan Islam. Antara ayat Al-Quran yang terakhir diturunkan ketika peristiwa Hajjatul Wada', adalah menceritakan mengenai kesempurnaan Islam dan kesyumulannya. Justeru, perayaan ini seharusnya kita bermuhasabah adakah kita menjalani kehidupan kita dengan Islam yang Syumul? Adakah Islam dan Ad-Deen itu benar-benar menjadi cara hidup dan tatacara kita sewaktu kita di sini?. Semua persoalan ini adalah sebagai muhasabah dan kesedaran bersama dalam kita menghayati (Aidil Akbar) Perayaan Terbesar dalam Islam ini.

Khutbah kedua yang disampaikan oleh yang berbahagia Presiden, amat memberikan motivasi dan inspirasi kepada para hadirin. Beliau mengulas akan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. akan kepentingan kita memohon bantuan dan berserah diri kepada Allah s.w.t. Setiap masalah dan hajat seharusnya ditujukan kepada Allah s.w.t. pemilik kepada dunia dan segala isinya. Umat Islam juga wajib mempercayai akan ketentuan baik dan buruk itu adalah daripada Allah s.w.t. Tidak perlu untuk kita risau dan gundah akan rezeki dan keberuntungan kita kerana semuanya telah ditulis olehNYA. Maka tidak ada sesiapapun dimuka bumi ini yang mampu menidakkan mahupun mendahului urusan Allah s.w.t.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dan seluruh hadirin bersalam-salaman dan memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan. Para hadirin turut juga mengambil peluang bersalam-salaman dengan Kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Badan Pengurus dan HEWI PMRAM turut sama mengambil peluang ini untuk bermesra dengan ahli dan saling memaafi antara satu sama lain. Sejurus selepas itu, para hadirin dijemput hadir ke Rumah Kelantan Baru Haiyyu Sabie' untuk menikmati sedikit juadah hari raya.

Di kesempatan ini, seluruh Badan Pengurus dan HEWI PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada BKAN dan DPM yang memberikan kerjasama serta kepada ahli-ahli PMRAM yang hadir ke majlis solat sunat hari raya ini. Badan Pengurus dan HEWI PMRAM juga menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya berlaku kekurangan dan kesalahan samada sedar mahupun tidak. Semoga Ibadah kita semua diterima oleh Allah SWT.

sumber : http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=746:solat-sunat-aidiladha-anjuran-pmram-meriah&catid=1:pmram&Itemid=63

Catatan : Tahniah buat Persekutuan Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana berjaya mengadakan solat Aidil Adha 1430H di Masjid Musa Bin Nusair Haiyyu Sabi'. Walaupun tahun-tahun sebelum ini pernah dilakukan sedemikian rupa, tetapi pada kali ini ahli PMRAM lebih bertenaga dan bersemangat dalam mendokong PMRAM walaupun dalam keadaan ditekan oleh beberapa pihak.

Read more...

Memori lalu

Kepimpinan DPMM sesi 08/09

Setiap insan mempunyai pengalaman dan memori hidup masing-masing, tetapi memori yang lalu hanya dapat diingati sahaja sebagai kenangan manis ataupun pahit. Tidak boleh diputar semula dengan lakonan atau sebagainya. Kalau ada pun video-video yang merakam memori tersebut adalah tidak sama dengan kehidupan realiti yang berlaku ketika itu.


dalam Dewan Persada Jazirah Al-Ward

di luar Dewan Persada Jazirah Al-Ward

Gambar diatas mengingatkan saya kembali ketika berada di dunia kepimpinan di Mansurah pada sesi lepas. Terdapat pelbagai ragam dan cabaran dalam membawa bahtera kepimpinan ini. Namun kenangan-kenangan yang lepas itu hanya boleh diingat-ingati. Tidak boleh berulang kembali. Bak kata orang "Kelmarin adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah impian".


siap-siap untuk bergambar


Akhirnya, saya mendoakan agar sahabat-sahabat di dalam gambar diatas beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen Ya Robbal 'Alamin...

Read more...

Tahniah Anis Cemerlang UPSR

>> Friday, November 27, 2009

Alhamdulillah syukur kelmarin saya dapat menghubungi keluarga saya di tanah air dan berkesempatan untuk mendengar suara-suara kerinduan dari sanak saudara saya.

Disamping mengucap selamat hari raya dan melepaskan kerinduan, satu berita gembira buat saya juga apabila dapat tahu bahawa adik
perempuan saya (dialah sorang-sorangnya adik perempuan dalam keluarga) mendapat 4A 1B di dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Begitu terkejut saya apabila mendengarnya, maklumlah setakat ini dialah 'ranking' yang mendapat keputusan tertinggi berbanding abang-abangnya dulu. Tahniah bangteh ucapkan! Begitu juga buat Ainin Sofia (sepupu) turut mendapat 4A 1B, tahniah kedua-duanya.

Sebelum ini saya hanya mendengar kabare adik us Kadir mendapat 3A 2B dalam UPSR tahun lepasnya, alhamdulilLah. Hari ini adik sendiri, jadi bertambah-tambah kezutan dan bersyukur!

Seperti kata hukama' Islam : "Barangsiapa yang berusaha keras, dia akan beroleh hasil diatas apa yang diusahakan. Dan barangsiapa yang malas dia akan rugi."

Semoga dalam peperiksaan mendatang pun beroleh kejayaan yang baik sebegini rupa. Akan tetapi ingatlah wahai adikku, kejayaan di dunia tidak semestinya menjamin kejayaan kita di akhirat. Oleh kerana itu, bangteh ingin berpesan agar pertingkatkan amalan dan iman kita didalam kehidupan seharian dan kejarlah keredhoan Allah SWT di dalam hidup kita ini.

وَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا يُظۡلَمُونَ نَقِيرً۬ا (١٢٤

Firman Allah SWT : "Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun."(An-Nisa' : 124)

Nota : Berbaju hijau tua ialah Anis Sofia (Adik) & Berbaju putih bertudung merah ialah Ainin Sofia (Sepupu)

Read more...

Selamat mengerjakan haji dan salam aidul adha

>> Thursday, November 26, 2009

Hari ini adalah yaumu arafah, kita disunatkan berpuasa.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat mengerjakan haji bagi mereka yang mengerjakan haji dan ucapan salam Aidul Adha kepada semua.

Moga-moga haji yang dikerjakan dikurniakan haji mabrur. Dan kita yang tidak berpeluang ke sana lagi didoakan di masa mendatang diberi kesempatan. Juga mudah-mudahan sambutan raya korban kali ini benar-benar kita hayati dengan sebenar-benarnya ibadah korban tersebut.

Read more...

Imtihan dah dekat?

>> Monday, November 23, 2009

Rumah kata pergi la, kuliah kata mari

Soalan untuk diri
Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi imtihan semester pertama? Apakah persediaan yang kita telah lakukan? sudahkah kita membaca buku? sudahkah kita cuba mengkhatamkan kitab-kitab yang telah kita beli? berapa kali kita ke kuliah? jika ada bahas, adakah kita selesaikanya? berapa kali kita hubungi keluarga supaya mendoakan agar diberi kejayaan dunia dan akhirat? berapa kalikah kita solat hajat dan doa untuk kejayaan sahabat-sahabat kita dan untuk kita?

Soalan ini saya tujukan untuk diri sendiri dan semua.

Read more...

USMB dan mahasiswa baru

>> Thursday, November 12, 2009

Assalamualaikum WBT, kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT kerana diberi ruang untuk menulis dan menggerakkan hati untuk menulis walaupun sebenarnya diri ini seorang yang cukup malas dalam penulisan.

Baru-baru ini, keadaan di Mansurah menjadi riang apabila menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi yang baru apatah lagi bumi Mansurah menjadi pendidik ulama' pilihan dikalangan mereka untuk membentuk jiwa dan semangat pejuang-pejuang agama Allah SWT. Keadaan tersebut disambut baik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi yang lama berada di bumi Jazirah Al-Ward ini. Suasana ukhwah timbul dikalangan mahasiswa dan mahasiswi lama akibat ukiran senyuman yang dilontar diantara satu sama lain. Mabruk diucapkan kepada pihak USMB kerana dapat menghasilkan pertemuan yang cukup indah ini. Selain itu juga, pihak pengurusan USMB dapat memberi kerjasama yang baik dari pelbagai sudut antaranya kesatuan, penjagaan keselamatan dan pendedahan maklumat sekitar.

Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum kepada mahasiswa mahasiswi yang baru tiba di bumi Mansurah dengan harapan agar kalian dapat menjadi seorang pujangga Islam yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri. Sepertimana petikan dari ucapan Us Azlan Bin Haji Alias yang merupakan wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir pada hari pentauzi'kan tersebut. Beliau mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi baru ini dapat menjadi seperti benih yang dibuang di dalam lautan luas dapat menghasilkan pulau dan jika dilempar di daratan dapat menjadi seperti bangunan KLCC. Semoga harapan beliau dan harapan semua pihak dapat dicapai oleh kalian dan menghasilkan satu jentera penggerak yang bermutu buat ISLAM.

Read more...

Sayangnya PMRAM kepada mahasiswa baru

>> Tuesday, November 10, 2009


Hari ini kita lihat PMRAM semakin ditohmah dengan begitu mencabar tambahan pula dikaitkan dengan isu politik yang berlaku di Malaysia mahupun Mesir. Namun, hakikatnya, dari dulu hingga kini PMRAM sentiasa basah dengan tuduhan, tohmahan serta fitnah-fitnah demi untuk menjatuhkan PMRAM di Mesir. Akan tetapi hasrat buruk lagi dengki itu masih belum tercapai selagi mana kekuatan ahlinya yang komited mencecah ribuan angka itu bersatu bernanung di bawah PMRAM. Ditambah pula fitnah-fitnah yang bertaburan pada PMRAM itu tidak didahulukan dengan bukti yang jelas dan kukuh. Hal ini mencelikkan lagi mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini.

Baru-baru ini, PMRAM telah mengadakan satu ujian khas bagi mahasiswa baru. Ujian ini adalah semata-mata untuk membantu mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar yang baru datang mendapat pendedahan awal mengenai imtihan qabul yang dianjurkan oleh Al-Azhar itu sendiri. Seperti yang dimaklumkan, kehadiran mereka mencecah 400 orang mahasiswa yang mana mereka ini berkobar-kobar dan bersemangat untuk menghadapi imtihan tersebut. Pelbagai pendapat dan pandangan dari pelajar-pelajar ini mengenai imtihan qabul yang bakal berlangsung. Apapun kesungguhan PMRAM dalam mengambil satu waktu kepada mereka dengan mengadakan ujian ini menampakkan kasih sayang PMRAM terhadap mahasiswa baru ini.


Sila layari http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=721:450-orang-mahasiswa-baru-membanjiri-rumah-johor-rabaah&catid=1:pmram&Itemid=63

Buat akhirnya, saya ingin ucapkan tahniah kepada pimpinan PMRAM diatas program yang dianjurkan. Jangan berputus asa, Allah Maha Menghitung. Teruskan usaha kalian. Takbir!!

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP