Beras Oh Beras...

>> Saturday, April 19, 2008



Masalah yang dihadapi sekarang di seluruh pelusuk dunia adalah mengenai harga beras yang makin meningkat,sebulan demi sebulan,harga dan kawalan beras yang tidak menentu ini menyebabkan ketidaksenangan kepada seluruh pembeli beras...Namun,oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu, tidak dapat tidak pembelian beras mesti diteruskan bagi memenuhi kehendak pemakanan harian...Sepertimana negara-negara lain, Mesir juga mengalami krisis yang sama sehinggakan ia menjadi satu masalah besar di kalangan pelajar- pelajar melayu yang berada di Mesir untuk membeli beras dengan harga yang cukup tinggi...Diantara faktor -faktor kenaikkan harga beras adalah kerana kekurangan beras import dari negara luar menyebabkan kadar harga beras tidak menentu...dan juga hasil cucuk tanam di negara-negara yang banyak mengimport beras tidak mencukupi kadar yang diperlukan...Ini menyebabkan pengexport beras dari negara-negara luar terpaksa diberhentikan bagi menyara kehidupan rakyat di negara masing-masing...





Mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar Mansurah berusaha memikul beras dengan penuh tekun dan rajin walaupun harga beras meningkat...tapi demi meneruskan hidup di bumi Mansurah ini, mereka redha dengan kejutan yang menimpa, kerana masyarakat arab di sekeliling tidak mengendahkan akan masalah itu...Dan kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi Melayu yang berada di sini lah yang mengambil berat mengenai hal ini ...oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu,





Ini merupakan satu-satunya beras 'Filipine' yang berada di muka bumi Mesir...Dan kebanyakkan beras 'Filipine' ini diperuntukkan bagi masyarakat Melayu yang berada di Mesir ini bagi memenuhi kehendak harian berbanding dengan masyarakat Arab sekeliling kerana kehendak pemakanan harian mereke adalah lebih tertumpu kepada roti dan bijirin...Dengan itu benarlah kata-kata yang diungkapkan : "lain padang lain belalang"....

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP