Mari belajar!!

>> Tuesday, July 29, 2008


Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi lagi disayangi sekalian,

Pada kali ini, ana ingin menampilkan satu pembawakan baru ana yang berbentuk ilmiah iaitu pengajian @ pembelajaran bahasa THAILAND. Bahasa ini ana pelajari dari seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah ana beberapa tahun lalu. Bahasa ini ana pelajari dan mendalami selama hampir 3 tahun. Moga-moga dengan perkongsian bahasa ini dapat menambah input dan memberi manfaat kepada kita seperti mana galakan Nabi SAW agar mempelajari pelbagai bahasa.


Selamat sejahtera = Sawaddi krap (bagi penutur lelaki) , Sawaddi kah (bagi penutur perempuan)

Apa khabar? = Khun sabai di mai? (bagi lelaki) , Ter sabai di mai? (bagi perempuan)

Saya sihat = Phom sabai di krap (bagi lelaki) , Chan sabai di kah (bagi perempuan)

Dimanakah awak tinggal? = Khun yu ti nai? (bagi lelaki) , Ter yu ti nai? (bagi perempuan)

Berapakah umur kamu? = Ayu thao rai?

Terima kasih = Khop khun @ khop chai



Setakat ini dulu, nanti ada masa sambung lagi...

Read more...

Isu Blog

>> Sunday, July 27, 2008








Read more...

Demi Masa


Assalamualaikum Warahmatullah..

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, di samping kita menunggu 'result' yang bakal keluar tak lama lagi, marilah kita sama2 mendoakan diri kita dan sahabat2 seperjuangan agar kita semua berjaya dengan cemerlangnya di dunia dan di akhirat.

Di dalam kita bercuti ini, kita harus mengisi masa terluang kita dengan pelbagai benda yang berfaedah seperti talaqqi, bersukan, berprogram, berjaulah dan aktiviti seumpama dengannya. Tentu kita pernah mendengar seungkap rangkai kata pujangga Arab yang berbunyi : Kewajipan lebih banyak dari masa. Kerana itu umat Islam perlu meluangkan masa yang lebih untuk benda yang bermanfaat dan memberi keuntungan kepada agama Islam. Kita tidak digalakkan membuang masa lapang dengan melaksanakan aktiviti2 yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita, agama dan masyarakat sekeliling.

Azhari dan Azhariat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan, kita perlu bijak mengatur masa. Pengaturan ini penting bagi memastikan agar masa yang berlalu dapat digunakan dengan sebaiknya. Bagi umat Islam yang bertanggungjawab dan menepati masa dia tidak akan membazirkan masanya dengan sia-sia. Bahkan dia akan merasa kesal di atas kelalaian dan kealpaannya. Dia juga akan merasakan betapa pendeknya masa itu. Di sana sudah pasti dia akan merasakan kewajipan sehariannya terbatas dengan masa yang diberikan dalam satu hari. Itulah yang dimaksudkan dengan ungkapan Arab ini. Moga2 sahabat dan sahabiat dapat merencanakan masa dengan lebih sempurna dan teratur.

Sahabat dan sahabiat yang dikasihi sekalian,
Hal ini jelas menunjukkan kepentingan masa bagi seorang individu muslim. Ia juga dapat dibuktikan dengan firman Allah di dalam surah Al-Asr : "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh". Dengan ayat ini menunjukkan orang yang beriman dan beramal soleh kepada Allah SWT bijak di dalam pengurusan masa. Tidakkah kita ingin tergolong di antara orang2 yang beriman dan beramal soleh? Cukup dengan kita menguruskan masa dengan teratur dan bijaksana untuk mendapatkan pangkat 'orang yang beriman dan beramal soleh'. Fikir2kanlah dan renung2kanlah.

Read more...

Pimpinan Harun Ar-Rasyid

>> Wednesday, July 23, 2008

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Mac 809, di Thus, Khurasan.

Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi adalah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.

Walaupun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya Ibn Malik Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada masa pemerintahannya, beliau:

  • Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
  • Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
  • Membangunkan tempat-tempat ibadat.
  • Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
  • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
  • Membangunkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

Read more...

Natijah bakal keluar

>> Sunday, June 29, 2008

Assalamualaikum buat semua pengunjuang blog ini.moga sama-sama kita berada di bawah naugan Allah s.wt....

Sudah lama saya tidak memasukkan apa-apa item untuk menambahkan lagi isi kandungan dalam blog yang serba daif ini.dek kata sibuk katakan ...

Apa-apa pun kali ini juga,saya tidak mahu memanjangkan intry saya ini ..gambar yang dipapar di atas sewaktu saya pergi berdiskus untuk dapatkan maklumat tambahan dari sahabat arab berkaitan dengan pengkuliahan ,yang mana saya sekarang berada ditahun 3 jurusan bahasa arab.

ok ..oleh kerana saya telah menyatakan seawal tadi tidak mahu memanjangkan antry ini.jadinya apa yang saya harap kepada semua rakan-rakan doakan saya semoga najah dalam imtihan kali ini.dan juga untuk makluman natijah sesi 2007/2008 seakan-akan bakal keluar beberapa hari lagi.kalau control tu ada yang dah keluar dan ada yang belum.jom pakat pegi tengok..ya Allah takutnye...Doakan moga najah fiddunia wala akhirah...

Read more...

Promosi Matruh Siwa

>> Wednesday, June 4, 2008

Ingin Mengajak rakan-rajan Warga Mansurah Pengajian Islam dan Perubatan ke Matruh siwa selepas selesainya Peperiksaan ini


Perjalanan ke Matruh siwa yang cukup bermakna..pemusafiran yang memberi ilmu ,pengalaman ..ukhuwah dan banyak lagi ...Muka mereka yang dahulunya menjadi peserta dan kini mnjadi Unit Sambutan dan Rehlah dan Pengarah Jaulah Matruh Siwa 08 ( kanan sekali baju putih Us Fakrul Iman USR DPMM dan kiri sekali Us Rashidi Pengarah Ekspidisi Matruh Siwa bagi sesi ini - EMAS 2008. Dan doakanlah moga Pengarah dan seluruh AJK penggerak EMAS 2008 dapat melaksanakan tugas dengan jayanya.

Lihatlah ketenangan Laut yang membiru insyaAllah hilang keserabutan dan kagum dengan kejadian Allah..setelah kita penat bertungkus lumus berhempas pulas tumpu dengan peperiksaan.jom Dafftar!! ana seakan-akan mahu pergi sekali lagi ...memang best..


Disamping ikatan ukhuwah kita akan semakin erat..kita lihat susana yang cukup meriah..kena pakat pi tu ..msti tertanya nk daftar pada sapa?haaa..daftarlah pada us fakrul iman ..dan us Rasyidi ..lihat iklan di http://dpm-mansoura.blogspot.com/


Melihat keindahan alam

Mandi manda di kolam Cleopatra...

Read more...

Lawatan MB Kedah

>> Saturday, May 31, 2008


Tahniah kepada Menteri Besar kedah atas Lawatan kerja dan merasmikan Rumah kedah Baru di Hayyu Sabik Kaherah.Moga lawatan ini memberi semangat dan momentum bagi kami untuk meneruskan agenda menuntut ilmu dan perjuangan di bumi anbiya ' ini.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP