Matlamat Usrah
>> Sunday, February 14, 2010
Apakah Matlamat Usrah?
Matlamat usrah boleh digariskan seperti :
1) Untuk menghimpunkan ahli-ahli di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.
2) Untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dikalangan mereka dan proses pembentukan diri.
3) Untuk melatih ahli-ahli mengenali dan memahami kaedah bermuamalah dengan pimpinan dan bentuk-bentuk muamalah yang betul sesama rakan-rakan seperjuangan.
4) Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
5) Untuk menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur (berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.
6) Untuk memudahkan sebarang makluman-makluman yang penting atau segera.
7) Untuk melahirkan tenaga-tenaga mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program dengan jaya dan berkesan.
8) Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.
Penutup
Kita sama-sama berharap agar aktiviti usrah sebagai salah satu method untuk memastikan kebangkitan semula Islam dapat berjalan sebaik mungkin. Apa yang diharapkan ialah semoga usaha yang kita sama-sama lakukan akan diteruskan oleh generasi selepas daripada kita. Kerana sesungguhnya kita merupakan mata rantai di dalam perjuangan, tidak yang pertama dan tidak juga yang terakhir…
0 comments:
Post a Comment