Pesanan buat diri dan bakal Pimpinan

>> Wednesday, July 29, 2009

1- Ucapan tahniah dan takziah buat calon kepimpinan DPMM yang telah dicalonkan sebagai calon AJKT yang bakal dipertandingkan pada Ogos ini. Semoga berjaya.

2- Mereka yang bakal dipilih selaku Pimpinan perlu bersedia sebaik mungkin untuk terus menjayakan segala jenis program diperingkat PMRAM iaitu penaung kepada DPMM yang kita kasihi.

3- Harapan juga. Segala program mentarbiah ahli yang sentiasa sedia ada perlu dimantapkan, agar ahli yang dipimpin benar-benar memahami harakah organisasi Islam. Jika semua ahli difahamkan perkara ini ianya memudahkan dan melicinkan proses penyampaian dakwah diperingkat ahli.

4- Memahamkan kepada kepimpinan bahawa, mendidik dan menyeru ahli untuk bersama kita bukan suatu perkara yang mudah. Ianya perlu kepada kesabaran dan terus berusaha.

5- Seterusnya, saya meyakini bahawa Calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar bertaqwa dan bersungguh dalam memasti kesinambungan DPMM untuk menyampaikan risalah dakwah dapat diteruskan, bukan atas dasar tidak berpuas hati.

6- Akhirnya, setiap amanah yang bakal digalas ini tersangat berat dan akan dipersoalkan diakhirat kelak. Saya amat geruni perkara ini dan marilah kita sama-sama geruni!! Allahuakbar...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP