Catatan Kolokium dan Motivasi Mansurah

>> Sunday, April 12, 2009

Assalamualaikum wbth...

Kolokium Ilmuan siri ke 4 dan 5

Alhamdulillah lafaz syukur tidak terhingga pada Allah SWT atas kurnia masa yang telah diberikan kepada kita semua.Seterusnya dapat bersama-sama menjalankan tugasan kita selaku mahasiswa untuk menuntut ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' ini.

MANSURAH, DPJA, 28-29 Mac 2009 Dibawah kelolaan Unit Dakwah DPMM telah melaksanakan satu program Kolokium Ilmuan "Q" kali ke 4 dan 5 dengan jayanya.

Program ini diisi dengan beberapa pembentangan kitab antaranya Fiqh Aulawiyat dan kertas kerja Nasionalisme serta beberapa lagi aktiviti menarik. Lantaran merapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin itu dengan serapat-rapatnya.

Program yang melibatkan semua mahasiswa baru khususnya dan umumnya seluruh mahasiswa telah diberi sambutan yang amat mengalakkan. Pengisian program yang cukup menarik disampaikan kepada seluruhnya secara teori dan praktikal bagi merealisasikan tema program "Memperkasa Generasi Ulama' " dengan harapan majlis tersebut diberkati oleh Allah SWT.

Semoga ianya akan terlaksana oleh keseluruhan peserta mengikut RESOLUSI yang telah digariskan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

MIM (Motivasi Injeksi Mandiri) 2009

MANSURAH,DPJA,11 April 2009 Bersempena menjelang imtihan semester ke 2 secara langsungnya terlaksana satu lagi program yang melibatkan seluruh mahasiswa yang berada dicawangan Mansurah.

Program yang bertujuan memberi suntikan semangat kepada seluruh mahasiswa bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelang telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Motivasi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us Hanafi Bin Zulkapli yang merupakan mantan Badan Pengurus PMRAM dan Dr Ali Luqom - Pensyarah Universiti Al Azhar (Banat) ternyata memberi semangat yang luar biasa buat mahasiswa yang berada di bumi Jazirah Al-Ward Mansurah ini.Malah diberi semangat untuk kita sama-sama menjalankan tugasan amanah kita selaku muslim dengan melaksanakannya seikhlas hati.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini.Semoga ganjaran pahala yang berganda diberikan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Selamat menempuh Imtihan fasa dua dan selamat maju jaya".

Sekian dari hamba yang kerdil lagi hina,
Amin Taufiq bin Mohd Rifain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP