Cabaran diakhir zaman

>> Thursday, December 3, 2009

Dari Anas RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana orang yang berpegang dengan agamanya laksana menggenggam bara api". (Hadis Riwayat Tarmizi)


Hadis diatas merupakan salah satu petanda akhir zaman yang akan terjadi kepada satu golongan yang akan menegakkan agama Islam lalu dihimpit dan dihalang untuk dilaksanakan. Jikalau diperhatikan, kehidupan sekarang berlakunya mehnah yang pelbagai kepada orang agamawan yang ingin melaksanakan tuntutan Islam sebagai prinsip kehidupan manusia.

Kalau ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Hal ini berlaku akibat suasana sekeliling yang tidak membantu untuk ia menunaikan kewajipan agamanya. Seharusnya kita sedari perkara ini sedang berlaku dan kita selaku insan yang inginkan Islam dicernakan dalam kehidupan perlu bertungkus lumus membantu dan mendorong sebaik mungkin agar matlamat dan hadaf yang ingin dicapai oleh Ulama' tercapai.

Sama-samalah kita bermuhasabah...

1 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli December 3, 2009 at 5:36 PM  

aripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri.

Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP