Salam Imtihan 2009!

>> Tuesday, April 14, 2009


Assalamualaikum wbth...

Sempena menjelang imtahan ini, ingin saya mencoretkan posting pada kali ini berkenaan imtihan yang bakal menjelang buat saya dan sahabat-sahabat saya di Mansurah ini.

Sahabat-sahabat sekalian,

Jangan sesekali kita mengeluh akan peperiksaan yang bakal kita tempuhi ini, bahkan patut rasa bersyukur di atas peluang yang diberikan untuk menguji kepekaan dan kefahaman kita terhadap pelajaran selama ini. Bagi saya ini imtihan yang di bawa oleh Al-Azhar ini merupakan satu langkah terbaik bagi pelajarnya memahami terhadap pengajiannya selama ini. Walaupun terdapat beberapa fahaman sekular yang cuba mencemarkan status Al-Azhar itu dengan mengatakan Al-Azhar cuba menerapkan konsep barat dengan pembawakan imtihan tersebut.

Padahal konsep yang dibawa di barat sekarang ini adalah datangnya dari pemikiran umat Islam itu sendiri. Cuba sahabat-sahabat perhatikan sejarah-sejarah Islam yang terdahulu bagaimana cara hafiz-hafiz Alquran ingin menjadi Al-Hafiz yang berkualiti? Ia menggunakan konsep ingat, hafal dan faham akan pengajiannya selama ini.Dan seterusnya mengamalkan sistem tasmi' kepada gurunya.

Islam merupakan agama rahmat yang diturunkan oleh Baginda SAW. Disana juga umat Islam diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi terutama bagi orang-orang yang bergelar mukmin. Jadi jelaslah disini bahawa Islam juga mengajar pada ummatnya erti ujian sepanjang kita menghadapi liku-liku dalam menuntut ilmu ini.

Firman Allah SWT di dalam ayatnya yang berbunyi :-
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi." (Al-Ankabut : 2)

Demikian itu, kita perlu fahami konsep yang cuba dibawa oleh Islam itu sendiri. Manusia diciptakan bukan semata-mata untuk bermain-main dan melibatkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi manusia ini diciptakan untuk beribadat kepadanya.

Firman Allah SWT :-

"Maka apakah kamu kira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun :115)

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita bersungguh di dalam menghadapi imtihan ini walaupun ianya ujian duniawi. Namun ia juga merupakan satu persediaan bagi kita menempuhi ujian ukhrawi.

Salam imtihan,
Amin Taufiq Bin Mohd Rifain,
Syari' Izbatil 'Aqli, Murur.
Mansurah, Mesir.
11:25 PM

1 comments:

hafasutra May 5, 2009 at 10:27 PM  

insyaallah najah tgk2 la blok aku
hafasutra.blogspot.com dan hassanrazak-hafasutra.blogspt.com

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP