Pimpinan Harun Ar-Rasyid

>> Wednesday, July 23, 2008

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Mac 809, di Thus, Khurasan.

Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi adalah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.

Walaupun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya Ibn Malik Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada masa pemerintahannya, beliau:

  • Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
  • Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
  • Membangunkan tempat-tempat ibadat.
  • Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
  • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
  • Membangunkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP