Demi Masa

>> Sunday, July 27, 2008


Assalamualaikum Warahmatullah..

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, di samping kita menunggu 'result' yang bakal keluar tak lama lagi, marilah kita sama2 mendoakan diri kita dan sahabat2 seperjuangan agar kita semua berjaya dengan cemerlangnya di dunia dan di akhirat.

Di dalam kita bercuti ini, kita harus mengisi masa terluang kita dengan pelbagai benda yang berfaedah seperti talaqqi, bersukan, berprogram, berjaulah dan aktiviti seumpama dengannya. Tentu kita pernah mendengar seungkap rangkai kata pujangga Arab yang berbunyi : Kewajipan lebih banyak dari masa. Kerana itu umat Islam perlu meluangkan masa yang lebih untuk benda yang bermanfaat dan memberi keuntungan kepada agama Islam. Kita tidak digalakkan membuang masa lapang dengan melaksanakan aktiviti2 yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri kita, agama dan masyarakat sekeliling.

Azhari dan Azhariat yang dirahmati Allah,
Di dalam kehidupan, kita perlu bijak mengatur masa. Pengaturan ini penting bagi memastikan agar masa yang berlalu dapat digunakan dengan sebaiknya. Bagi umat Islam yang bertanggungjawab dan menepati masa dia tidak akan membazirkan masanya dengan sia-sia. Bahkan dia akan merasa kesal di atas kelalaian dan kealpaannya. Dia juga akan merasakan betapa pendeknya masa itu. Di sana sudah pasti dia akan merasakan kewajipan sehariannya terbatas dengan masa yang diberikan dalam satu hari. Itulah yang dimaksudkan dengan ungkapan Arab ini. Moga2 sahabat dan sahabiat dapat merencanakan masa dengan lebih sempurna dan teratur.

Sahabat dan sahabiat yang dikasihi sekalian,
Hal ini jelas menunjukkan kepentingan masa bagi seorang individu muslim. Ia juga dapat dibuktikan dengan firman Allah di dalam surah Al-Asr : "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh". Dengan ayat ini menunjukkan orang yang beriman dan beramal soleh kepada Allah SWT bijak di dalam pengurusan masa. Tidakkah kita ingin tergolong di antara orang2 yang beriman dan beramal soleh? Cukup dengan kita menguruskan masa dengan teratur dan bijaksana untuk mendapatkan pangkat 'orang yang beriman dan beramal soleh'. Fikir2kanlah dan renung2kanlah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP