Jaga Kesihatan diri

>> Sunday, September 19, 2010

Menjaga kesihatan tubuh badan juga merupakan saranan penting di dalam Islam. Ini kerana umat Nabi Muhammad SAW perlu bersifat cerdas dan cergas dari segi mental dan fizikal. Oleh yang demikian, penjagaan dan rawatan tubuh badan amatlah penting bagi kita untuk memudahkan dan melancarkan pergerakan dakwah Islamiah.

Sejak kebelakangan ini, terdapat sebahagian dari sahabat-sahabat saya mengidap penyakit demam, pening kepala, suhu badan yang tidak terkawal. Hal ini mungkin terjadi akibat dari cuaca yang semakin berubah dari hari ke hari dan dari masa ke semasa.

Mengikut laporan yang dibuat di peringkat PMRAM pula, terdapat 6 kes yang mengidap penyakit Hepatitis A atau mudah dikenali dengan penyakit demam kuning. Kes ini berlaku pada mahasiswa yang menetap di Kaherah. Bimbang-bimbang, dengan kedatangan mahasiswa/wi baru yang datang dari Malaysia juga turut mudah dijangkiti dengan penyakit-penyakit yang sebegini. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil langkah untuk merawat sebelum ianya menjadi lebih teruk. Semoga diri kita semua dilindungi dari segala musibah baik dari penyakit-penyakit luaran (zahiriah) mahupun penyakit-penyakit dalaman (batiniah).

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penyakit :

Firman Allah SWT:

"Dan ingatlah kisah Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya : "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP