BERANI HAPUSKAN PMRAM?

>> Monday, March 30, 2009

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ?PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

Sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Read more...

Sekitar Muktamar sanawi PMRAM kali ke 49

Dari Mansurah ke Muktamar PMRAM dengan penuh cita-citanya tiba awal.Tapi apakan daya hanya Allah yang menentukanya "Jalan Jem"

Waktu rehat para pewakilan

Bergambar bersama Mantan-mantan yang baru turun

Belabuh sudah tirai Muktamar sesi 2008-gambar bersama Presiden PMRAM baru Us Mu'iz ditengah2.

Harapan : Semoga segala isi perbincangan Ijtima' umumi (Muktamar PMRAM) pada kali ini akan terhasilnya dengan pelaksanaan.Dan akan dijayakan oleh kita dari semua PERWAKILAN yang bersepakat bersama dan dilebar luaskan kepada semua ahli PMRAM insyaAllah.

Ingat pesan Allah dalam firmanya :Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam hal itu.Kemudian apabila kamu semua bersepakat dan bersetuju,maka bertawakkallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. (Surah Ali 'Imran 159)

sekian
wabillahitaufiq walhidayah wassalamua'alakum waraohmatullahi wabarokatuh
Ilalliqo"




Read more...

Nisfu sanah 2008/2009

>> Monday, March 23, 2009

Program yang di namakan Nisfu Sanah DPMM (Muhasabah dan cadangan separuh penggal) alhamdulillah berjaya di laksanakan pada tanggal 23 marc 2009 bermula jam 1 : 30 tghri dan berakhir sesudah azanya maghrib.

Proram yang berinteraksi muhasabah ahli dan juga kepimpinan ini bukan hanya terhenti hanya sekadar dengan muhasabah dan cadangannya sahaja.Bahkan ianya perlulah direalisasikan dengan perlaksanaan dengan secara berperingkat.

Menyemarakkan lagi semangat ahli DPMM pada program Nisfu sanah ini dengan turut serta dihadiri Presiden PMRAM Us Khairul Anuar Bin ismail dan juga badan pengurus angkat bagi cawangan Mansurah al fadil Us syafiq dan us Nik rosdi dan turut serta us shahrizan.Tidak terhingga kami ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian bersama dan menyampaikan kalam semangat buat kami semua.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli DPMM yang telah memberi komitmen yang baik dalam memberi muhasabah dan cadangan kepada kami barisan kepimpinan bagi sesi ini.

Mudah-mudah keikhlasan berkat muhasabah dan cadangan yang terkeluar dari hati kalian semua akan terlaksanakan dengan sebaiknya.Dan jutaan kemaafan jika ada tersalah dan kesilapan yang tidak disengajakan.

sekian saja sekian wassalam.
7:56 pagi-Mesir

Read more...

KELEBIHAN BANGUN SOLAT MALAM

>> Sunday, March 22, 2009


Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutamanya di sepertiga malam yang akhir??Sehinggakan Rasulullah SAW sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Salehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata berulang-ulang :"Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat."


Saranan Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah R.A berkata:-

".....Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat agar aku tidak tidur sebelum solat witir." (HR Bukhari)

Dari Abdulullah bin 'Amr bin Al-'Ash Radhiallahu 'anhuma, katanya:-

"Rasulullah SAW bersabda:- Hai Abdulullah, janganlah engakau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Aisyah R.A katanya:-

"Nabi SAW itu berdiri untuk bersolat malam, sehinggakan pecah-pecah kedua-dua tapak kakinya. Aku berkata kepadanya ; "Mengapa kamu mengerjakan sedemikian ini Ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu yang dahulu dan yang kemudian?" Sabda baginda SAW : "Tidakkah aku ini wajar menjadi seorang hamba yang bersyukur?" (Muttafaqun 'alaih)

Dari Ibnu Mas'ud berkata:-

"Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi SAW, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi (yakni tidak bangun mengerjakan solat malam). Lalu baginda SAW bersabda : "Orang itu sudah dikencing oleh syaitan pada kedua-dua telinganya." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Abu Hurairah R.A berkata:-

Rasulullah SAW bersabda :- "Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang diantara kamu semua sebanyak tiga ikatan pada waktu tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan berkata : Engkau memperoleh malam yang panjang, maka tidurlah terus!. Sekiranya orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah Taala maka terurailah sebuah ikatan pada dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pula ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau ia bersolat, akan terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau ia tidak melakukan sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :-

"Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat dari sepertiganya dan tidur seperenamnya, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Aisyah R.A berkata "Bahawasanya Nabi SAW itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat." (Muttafaqun 'alaih)

Read more...

Nafar 1430 H DPM Mansurah

>> Thursday, March 19, 2009

Program mentautkan ukhuwah antara kita semua...

hari ke 2 Memasak bubur asyura'

sambil rehat-rehat

selesai bubur...hero2 bubur asyura

acara dewan...


Read more...

Selamat berjuang...

>> Friday, March 6, 2009

Selamat pulang ke tanah air diucapkan kepada al fadil us zaidi ke tanah air -Malaysia.Mudah-mudahan semangat pengorbanan yang telah dibekalkan selama ini berkekalan hingga akhir hayat.

Kami seluruh warga Mansurah dan mewakili kepimpian DPM Mansurah mengucapkan ribuan terima kasih kepada us zaidi yang selama ini telah banyak berkorban masa,wang ringgit dan segalanya demi membantu pesatuan Islam kita di cawangan Mansurah Mesir ini.

Kami tidak dapat megganti balik apa yang ustaz telah korban buat kami semua,samada "KLIM" kewangan atau membuat apa-apa bayaran atas tugasan yang telah dilaksanakan ...hanya kalam-kalam semangat sentiasa dikongsi bersama sepertimana firman Allah swt :

" sesunggunya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga ."(Attaubah-111)

salam ukhuwah dari kami semua dan semoga istiqomah dalam melaksanakan kerja-kerja Islam...dan jangan lupa mendoakan kami semua di sini semoga berjaya dan thabat dalam pejuangan ...amin ya robbal alamin..


Amin Taufiq
jumaat
4:55 Mesir

Read more...

Kempen biah solehah...

>> Sunday, March 1, 2009

"Amar Ma'ruf Nahi Mungkar"

Ini adalah salah satu kerja amal yang telah di laksanakan oleh DPMM atau mana-mana pesatuan,agensi dan petubuhan islam sejak dahulu lagi.

Kerja amal ini pendek kata tidak berat untuk dilaksanakan sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.sebab pada hari ini kita melihat rata-rata mahasiswa megambil sikap endat tak endah dengan kerja penting ini dan hanya terpundak kepada UNIT HISBAH semata-mata.

Di manakan peranan kita selaku INDIVIDU MUSLIM?adakah hanyakita hanya mendiamkan diri.Lantas membaranikan diri dengan perkara-perkara yang agak kurang penting untuk dilaksanakan...

Pelik sungguh!hari ini kita tegok dengan mata kepala sendiri ..mahasiswa perubatan yang BUKAN ALIRAN AGAMA lebih sedar dari itu.Sebab mereka berkehendak sangat-sangat dalam hati mereka dengan kerja ISLAM.saya cabar kalian untuk bangkit bersama untuk laksanakan dengan kerja ini!!

HISBAH Tanggungjawab semua............

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP