Nisfu sanah 2008/2009

>> Monday, March 23, 2009

Program yang di namakan Nisfu Sanah DPMM (Muhasabah dan cadangan separuh penggal) alhamdulillah berjaya di laksanakan pada tanggal 23 marc 2009 bermula jam 1 : 30 tghri dan berakhir sesudah azanya maghrib.

Proram yang berinteraksi muhasabah ahli dan juga kepimpinan ini bukan hanya terhenti hanya sekadar dengan muhasabah dan cadangannya sahaja.Bahkan ianya perlulah direalisasikan dengan perlaksanaan dengan secara berperingkat.

Menyemarakkan lagi semangat ahli DPMM pada program Nisfu sanah ini dengan turut serta dihadiri Presiden PMRAM Us Khairul Anuar Bin ismail dan juga badan pengurus angkat bagi cawangan Mansurah al fadil Us syafiq dan us Nik rosdi dan turut serta us shahrizan.Tidak terhingga kami ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian bersama dan menyampaikan kalam semangat buat kami semua.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli DPMM yang telah memberi komitmen yang baik dalam memberi muhasabah dan cadangan kepada kami barisan kepimpinan bagi sesi ini.

Mudah-mudah keikhlasan berkat muhasabah dan cadangan yang terkeluar dari hati kalian semua akan terlaksanakan dengan sebaiknya.Dan jutaan kemaafan jika ada tersalah dan kesilapan yang tidak disengajakan.

sekian saja sekian wassalam.
7:56 pagi-Mesir

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP