Industri Al-Azhar

>> Sunday, April 27, 2008


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah dan pujian dipanjatkan kepada Pencipta sekalian alam dan kepada Dia kembali setiap sesuatu.Syukur akan keluangan masa yang diberikan kepada ana untuk melakar satu coretan berbentuk dakwah dan unsur nasihat kepada sahabat2 pembaca sekalian.Dan diharapkan agar luangan masa ini tidak menjadi satu fitnah yang menikam diri sendiri akan kelalaian dan kealpaan dalam melaksanakan tugas luar sebagai seorang penuntut ilmu dan da'ie.

Al-Azhar satu ketika dahulu digelar sebagai 'Ka'batul Ilmi'.Namun sehingga kini nama tersebut masih lagi terpahat di lapangan ilmu tersebut.Bagi penuntut2 Al-Azhar atau mudah dikenali sebagai Azhariyyun dan Azhariyyat yang menuntut ilmu di Al-Azhar perlu merasa bangga dan bertuah kerana ditakdirkan oleh Yang Maha Esa untuk mendalami ilmu Islam di sini.Oleh kerana itu,perlulah kita mengambil peluang ini dengan sebenar-benarnya agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi.

Mahasiswa sebagai pemangkin dan pewaris pimpinan negara...Sejauh mana kebenaran tersebut?Jelas diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat dengan pernyataan tersebut.Oleh kerana itu,adakah kita sudah bersedia sepenuhnya untuk menempuhi keadaan tersebut?Sebagai Azhari,kita perlulah menanam satu cita2 untuk menuntut ilmu dan membawa segala bekalan-bekalan ilmu yang ada di sini untuk dipraktik dan untuk disebarkan di segenap lapisan masyarakat kita di Malaysia.Dengan itu perlulah kita mendalami ilmu di Al-Azhar ini dengan penuh tekun dan usaha demi menyempurnakan dakwah dan risalah yang dibawa oleh Baginda SAW.Sepertimana sabda Baginda SAW : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Sebagai Azhari yang bijak,kita tidak perlu memikirkan peluang pekerjaan atau kerjaya semata-mata kerana kerjaya merupakan 'wasilah' untuk berdakwah,dan pekerjaan hakiki bagi Al-Azhari adalah ulama' atau tokoh Islam yang terkemuka pada suatu masa kelak bersesuaian dengan keizzahan Universiti Al-Azhar tersebut.Firman Allah SWT di dalam Al-Quran : "Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambanya adalah ulama' " -Surah Al-Fathir:28

Dan akhir sekali,konsep yang perlu ada pada diri seseorang penuntut ilmu adalah konsep amal.Setiap perkataan yang dilafazkan atau dakwah yang disampaikan perlulah diiringi dengan amalan supaya dakwah tersebut berkesan dan tidak menjadi satu fitnah yang bisa.Sepertimana firman Allah SWT : " Hai orang-ornag yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah SWT bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan " - Surah As-Sof : 2 & 3. Dengan ini terbuktilah kemenangan dalam berdakwah adalah diiringi dengan amalan.

Akhirnya, ana menasihati diri ana sendiri dan diri sahabat-sahabat agar dapat dikongsi bersama dan dipohon agar diberi hidayah dariNya bagi menerusi onak dan duri di dalam lorong dakwah kita. Mohon maaf diatas keterlanjuran dan kekurangan kata. Yang baik dari Allah Taala, yang lemah dari diri sendiri, wassalam...

Read more...

Beras Oh Beras...

>> Saturday, April 19, 2008



Masalah yang dihadapi sekarang di seluruh pelusuk dunia adalah mengenai harga beras yang makin meningkat,sebulan demi sebulan,harga dan kawalan beras yang tidak menentu ini menyebabkan ketidaksenangan kepada seluruh pembeli beras...Namun,oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu, tidak dapat tidak pembelian beras mesti diteruskan bagi memenuhi kehendak pemakanan harian...Sepertimana negara-negara lain, Mesir juga mengalami krisis yang sama sehinggakan ia menjadi satu masalah besar di kalangan pelajar- pelajar melayu yang berada di Mesir untuk membeli beras dengan harga yang cukup tinggi...Diantara faktor -faktor kenaikkan harga beras adalah kerana kekurangan beras import dari negara luar menyebabkan kadar harga beras tidak menentu...dan juga hasil cucuk tanam di negara-negara yang banyak mengimport beras tidak mencukupi kadar yang diperlukan...Ini menyebabkan pengexport beras dari negara-negara luar terpaksa diberhentikan bagi menyara kehidupan rakyat di negara masing-masing...





Mahasiswa-mahasiswa Al-Azhar Mansurah berusaha memikul beras dengan penuh tekun dan rajin walaupun harga beras meningkat...tapi demi meneruskan hidup di bumi Mansurah ini, mereka redha dengan kejutan yang menimpa, kerana masyarakat arab di sekeliling tidak mengendahkan akan masalah itu...Dan kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi Melayu yang berada di sini lah yang mengambil berat mengenai hal ini ...oleh kerana beras merupakan makanan asasi bagi orang melayu,





Ini merupakan satu-satunya beras 'Filipine' yang berada di muka bumi Mesir...Dan kebanyakkan beras 'Filipine' ini diperuntukkan bagi masyarakat Melayu yang berada di Mesir ini bagi memenuhi kehendak harian berbanding dengan masyarakat Arab sekeliling kerana kehendak pemakanan harian mereke adalah lebih tertumpu kepada roti dan bijirin...Dengan itu benarlah kata-kata yang diungkapkan : "lain padang lain belalang"....

Read more...

Nasib si Pengumpat.....

>> Tuesday, April 15, 2008


Isu mengumpat,tongkok tambah cerita,macam-macam lagi lah..seringkali berlaku dimana-mana tempat...asalkan ada jer dua tiga org ..dan ada ja topik perbualan ..seringkali berlaku apa yang kita tidak harapkan ...kadang-kadang maklumat yang langsung tidak berasas...tapi dibincang belakang seakan-akan perkara tersebut..betul2 benar dan tepat sekali..dan ditambah lagi dengan ajinomoto...dan disampaikan lagi kepada perawi2 lain ..lanta tanguglah..perlu kita semua ingati ayat Allah ta'ala yang berbunyi terjemahanya dalam surah Al Lumazah : Allah berfirman :- Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.

Mahasiswa terutamanya,dalam mehnah kita belajaq ini terkadang diuji dengan perkara ini...ayat "bukan nak kutuk tapi tu la" seringkali berlaku sebelum pemulaan nk mengutuk dan nk mencaci..akan tetapi jadi penakut dan cukup bacul untuk berdepan dengan masyarakat ..ini adalah sebab musabab utama ...yang akan berlaku umpatan ini..oleh kerana terlampau malu..ego..ermm..segan..ikit hawa nafsu.. ..macam2 lagi..oleh kerana tu ana saja lah tulis ringkas ni ..untuk sama-sama kita berkongsi nasihat..pandangan...diingatkan hidup kita hanya semntara..bila2 masa kita akan mati..diakhirat sana akan trbongkar segala kerja keji kita ..xyah nk berlakon2...jadi setalam dua muka..hindarilah kita dari brbuat demikian..MOga Allah memberkati kerja buat kita..

Read more...

Kedai DPMM

>> Friday, April 11, 2008

segala-galanya ada....









Segala-galanya ada dijual di Kedai DPMM ..jika hampa nk beli..pergi ja Dewan Persada Jazirah Al-Ward Utubis jadid utubis jadid kmudian naik tingkat 1 kat tepi markaz 1 pjbat HEWI ..ada ja tulis kedai DPMM ...



Antara barangan menarik :-

1)Bahan bacaan ilmiah terjemahan

2)Suara kampus BKAN dan DPM

3)Beg Al -azhar

4)Alat tulis Malaysia.

5)Perencah-perencah Malaysia..

6)Baju-baju...

7)makanan ringan buatan Pakdam and makdam...

8)stiker..serta banyak lagi ..


Read more...

Tarbiah dengan Imtihan,

>> Friday, April 4, 2008


Imtihan akan mengajar kita erti kesusahan ..akan tetapi segala kesusahan imtihan dunia boleh diselesaikan dengan kesungguhan ..perlu kita kita ingat dan merenung akan sejauh manakan kesngguhan kita dalam mengerjakan ketaqwaan untuk menghadapi imtihan di akhirat kelak!!

saat ini seluruh mahasiswa khusunya di Mesir ini tidak kira pengajian islam mahupun perubatan sudah pasti bersungguh-sungguh menumpukan perhatian yang sebaiknya..namun,ana mengajak pada diri saya dan sahabat-sohabiah sekalian agar..bukan bukan sekadar selesainya imtihan maka selesailah kesungguhan dalam membaca kitab-kitab..."mudah saja kalau mahu najah dalam imtihan "pulun dan hafaz ..maka selesai..Najah!!siap jayyyid and jayyid jiddan lagi..bila tanya ntah blaja apa tak tau..itulah gara hapal membabi buta..!tapi kalau kita mahukan ilmu yang sedalamnya ..perlu lah bacaan ilmiah turathi mahupun mua'thirah perlu dteruskan..tak kira bila-bila masa..

Satu lagi ..soal ilmu dan akhlak..perlulah diselarikan ..jangan kata ja belajar tinggi-tinggi..tapi perangai sama saja dengan orang yang tidak berpelajaran .ini menyebabkan boleh timbul fitnah kepada kepada penuntut ilmu..ok..rasa itu saja untuk sesaat masa terluang ni..moga najah imtihan dunia akhirat..

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP