Industri Al-Azhar

>> Sunday, April 27, 2008


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah dan pujian dipanjatkan kepada Pencipta sekalian alam dan kepada Dia kembali setiap sesuatu.Syukur akan keluangan masa yang diberikan kepada ana untuk melakar satu coretan berbentuk dakwah dan unsur nasihat kepada sahabat2 pembaca sekalian.Dan diharapkan agar luangan masa ini tidak menjadi satu fitnah yang menikam diri sendiri akan kelalaian dan kealpaan dalam melaksanakan tugas luar sebagai seorang penuntut ilmu dan da'ie.

Al-Azhar satu ketika dahulu digelar sebagai 'Ka'batul Ilmi'.Namun sehingga kini nama tersebut masih lagi terpahat di lapangan ilmu tersebut.Bagi penuntut2 Al-Azhar atau mudah dikenali sebagai Azhariyyun dan Azhariyyat yang menuntut ilmu di Al-Azhar perlu merasa bangga dan bertuah kerana ditakdirkan oleh Yang Maha Esa untuk mendalami ilmu Islam di sini.Oleh kerana itu,perlulah kita mengambil peluang ini dengan sebenar-benarnya agar kita tidak tergolong dikalangan orang yang rugi.

Mahasiswa sebagai pemangkin dan pewaris pimpinan negara...Sejauh mana kebenaran tersebut?Jelas diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat dengan pernyataan tersebut.Oleh kerana itu,adakah kita sudah bersedia sepenuhnya untuk menempuhi keadaan tersebut?Sebagai Azhari,kita perlulah menanam satu cita2 untuk menuntut ilmu dan membawa segala bekalan-bekalan ilmu yang ada di sini untuk dipraktik dan untuk disebarkan di segenap lapisan masyarakat kita di Malaysia.Dengan itu perlulah kita mendalami ilmu di Al-Azhar ini dengan penuh tekun dan usaha demi menyempurnakan dakwah dan risalah yang dibawa oleh Baginda SAW.Sepertimana sabda Baginda SAW : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Sebagai Azhari yang bijak,kita tidak perlu memikirkan peluang pekerjaan atau kerjaya semata-mata kerana kerjaya merupakan 'wasilah' untuk berdakwah,dan pekerjaan hakiki bagi Al-Azhari adalah ulama' atau tokoh Islam yang terkemuka pada suatu masa kelak bersesuaian dengan keizzahan Universiti Al-Azhar tersebut.Firman Allah SWT di dalam Al-Quran : "Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada kalangan hamba-hambanya adalah ulama' " -Surah Al-Fathir:28

Dan akhir sekali,konsep yang perlu ada pada diri seseorang penuntut ilmu adalah konsep amal.Setiap perkataan yang dilafazkan atau dakwah yang disampaikan perlulah diiringi dengan amalan supaya dakwah tersebut berkesan dan tidak menjadi satu fitnah yang bisa.Sepertimana firman Allah SWT : " Hai orang-ornag yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah SWT bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan " - Surah As-Sof : 2 & 3. Dengan ini terbuktilah kemenangan dalam berdakwah adalah diiringi dengan amalan.

Akhirnya, ana menasihati diri ana sendiri dan diri sahabat-sahabat agar dapat dikongsi bersama dan dipohon agar diberi hidayah dariNya bagi menerusi onak dan duri di dalam lorong dakwah kita. Mohon maaf diatas keterlanjuran dan kekurangan kata. Yang baik dari Allah Taala, yang lemah dari diri sendiri, wassalam...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP