Pesanan buat diri dan bakal Pimpinan

>> Wednesday, July 29, 2009

1- Ucapan tahniah dan takziah buat calon kepimpinan DPMM yang telah dicalonkan sebagai calon AJKT yang bakal dipertandingkan pada Ogos ini. Semoga berjaya.

2- Mereka yang bakal dipilih selaku Pimpinan perlu bersedia sebaik mungkin untuk terus menjayakan segala jenis program diperingkat PMRAM iaitu penaung kepada DPMM yang kita kasihi.

3- Harapan juga. Segala program mentarbiah ahli yang sentiasa sedia ada perlu dimantapkan, agar ahli yang dipimpin benar-benar memahami harakah organisasi Islam. Jika semua ahli difahamkan perkara ini ianya memudahkan dan melicinkan proses penyampaian dakwah diperingkat ahli.

4- Memahamkan kepada kepimpinan bahawa, mendidik dan menyeru ahli untuk bersama kita bukan suatu perkara yang mudah. Ianya perlu kepada kesabaran dan terus berusaha.

5- Seterusnya, saya meyakini bahawa Calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar bertaqwa dan bersungguh dalam memasti kesinambungan DPMM untuk menyampaikan risalah dakwah dapat diteruskan, bukan atas dasar tidak berpuas hati.

6- Akhirnya, setiap amanah yang bakal digalas ini tersangat berat dan akan dipersoalkan diakhirat kelak. Saya amat geruni perkara ini dan marilah kita sama-sama geruni!! Allahuakbar...

Read more...

Mesti Bertalaqqi-cuti saifi

>> Sunday, July 12, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..

Setinggi-tingginya marilah kita sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya masih lagi kita dapat menghirup udara dan mampu terus menghembus nafas,dan apa yang paling utama yang perlu syukuri adalah nikmat iman dan islam yang dianugerahkanya.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,Tabi' dan Tabi'in.Para alim Ulama',pejuang agama Allah...serta seluruh muslimin dan muslimat...

Firman Allah : "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah,"kemudian mereka tetap teguh ( beristiqomah) di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu),maka tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik)terhadap mereka,dan mereka pula tidak akan berdukacita." ( Al-Ahqaaf : 13)

Lama juga rasanya saya tidak menjengah blog kerdil hak milik peribadi yang sedang bersawang dan telah dijajah sang labah-labah.

Rasanya kali ini hanya ringkas kata juga,untuk memesan sesama kita agar menggunakan semusim cuti yang agak panjang ini supaya sentiasa menuntut ilmu sebanyak mungkin dengan para ulama'.Kita yang sentiasa dikejar kelalaian dengan keindahan debu mesir perlu mengejar masa yang ada agar ianya tidak pergi meninggal kita.

Mulalah dengan sikit-sikit dan sentiasa beristiqomah.Agar kita pulang nanti ada ilmu di dada yang dapat kita taburkan di bumi Malaysia kelak.Bimbang kita pulang hanya bawa dada kosong,hanya yang dibekalkan kurma,tasbih koka....malu2..

Mari jangan leka lagi..mulalah..mulalah..dari sekaranggg...rugi kalau main-main..balik nanti nyesal..

sekian..pesanan ringakat buat diri dan untuk semua...

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP